EPISODE XIV

1.6K 154 41
                                    

Bangun pagi, Melisa seperti biasa menyediakan sarapan untuk ahli keluarganya. Sesudah sarapan, Adrien dan Thalia siap-siap untuk keluar bekerja. Sementara Thalia mencari tempat lain untuk bekerja, Adrien mengajak adik mereka untuk bekerja di bawah butik milik Nikolai yang sekarang ini diselia oleh kembarnya. Manakala, Tuan Kris dan Puan Aileen ke syarikat Ravention.

Ravention ialah syarikat yang ditubuh oleh Tuan Kris pada usia mudanya. Syarikat ini menawarkan servis perkhidmatan bodyguard. Ramai artis-artis terkenal dan orang ternama menggunakan perkhidmatan syarikat ini dalam memastikan keselamatan mereka terjaga dan dilindungi daripada sebarang marabahaya.

Orang kuat yang membantu Tuan Kris membangunkan syarikat ini ialah Puan Aileen. Puan Aileen yang sebelum ini merupakan atlet negara dalam sukan tae kwan do menjadi jurulatih atau tenaga pengajar dalam melatih anak-anak buah syarikat Ravention. Di situ juga pengenalan Tuan Kris dan Puan Aileen bermula. Berhenti menjadi seorang atlet, Puan Aileen bekerja sepenuh masa sebagai tenaga pengajar di syarikat Ravention. Sehingga kini, walaupun sudah sedikit berusia, Puan Aileen masih mengajar anak-anak buah syarikat Ravention.

Melisa seorang sahaja yang berada di rumah pada masa semua orang keluar bekerja. Dia hanyalah seorang penulis blog. Ruang kerjanya hanyalah di bilik peribadinya sahaja. Dalam blog Melisa, dia menulis beberapa perkara yang menarik seperti tentang filem, makanan dan topik semasa yang mengikut trend. Selain daripada itu, Melisa juga seorang penulis yang menulis buku cerita kanak-kanak serta dewasa. Buku cerita kanak-kanak yang ditulisnya adalah buku berilustri. Manakala buku untuk pembaca dewasa, dia mengeluarkan buku novel grafik. Ilustrasi dalam kedua-dua buku juga adalah hasil seni tangannya sendiri.

Sebaik semua menghilang, Melisa perlahan-lahan menyusup masuk ke dalam bilik Nikolai. Pintu dikatup rapat. Tidak lupa juga dikunci. Ada sesuatu yang ingin dia cari sebenarnya.

Gambar semalam yang dia dapat daripada Leonardo sudah dia hantarkan kepada kawannya untuk pastikan gambar tersebut benar-benar asli atau tidak. Malang sekali, gambar itu ternyata benar dan tiada bukti ia adalah gambar yang diubah atau diedit.

"Siapa Leonardo, Nikolai?" Dia memegang bingkai frame gambar abang sulungnya. Rindu benar dia dengan Nikolai. Teringat masa kecil, bilik ini yang selalu disinggahnya sebaik pulang dari sekolah.

Kerana sakit, Nikolai tidak berpeluang untuk ke sekolah. Papa akan mengupah cikgu untuk mengajar abangnya itu di rumah. Malah, papa dan mama juga akan bergilir-gilir ambil cuti untuk menemani Nikolai. Risau kalau Nikolai dibiar sendiri akan bosan. Walaupun pada masa itu, mereka ada mengupah orang gaji.

Itu yang Melisa musykil. Macam mana Leonardo boleh kenal dengan abangnya kalau Nikolai lebih banyak habiskan masa di dalam rumah atau di hospital sahaja. Bila masanya Nikolai sempat bertemu dan berkawan dengan Leonardo. Malah, dalam gambar lelaki itu bagi semalam, abangnya dan Leonardo memang sangat rapat.

Dia masih ingat bentuk burung gagak yang ada pada bahu abangnya. Bentuk yang sama ada pada bahu Leonardo. Malah, mereka berdua bersama-sama mendapatkan tatu itu di kedai dan masa yang sama. Ya, gambar Leonardo bagi itu gambar selepas mereka dapatkan tatu bentuk gagak.

"Nik, kau ada tatu?" Soal Melisa bila menanggalkan baju abangnya. Hari ini, dia menawarkan diri untuk mengelap tubuh abangnya. Hari ini tubuh Nikolai lemah. Hanya berbaring di atas katil. Namun wajah itu mampu menayangkan senyuman ke arahnya.

"Shush. Jangan beritahu papa dan mama. Mereka tak tahu."

"Bila pula kau dapatkan tatu ni? Adrien yang ajak ke?"

"Adalah. Janji dengan aku, jangan beritahu papa dan mama. Nanti mereka marah." Pinta Nikolai. Melisa lambat-lambat mengangguk. Nikolai menarik nafas lega.

"Kalau ada tatu lain lagi dekat tubuh kau. Mel akan beritahu mama dan papa. Janji ini yang pertama, ini juga yang terakhir." Nikolai senyum mengangkat tangan seperti sedang berikrar. "Ya, janji."

"Cantik."

"Burung kesukaan Melisa kan?" Melisa mengangguk. Burung hitam itu nampak menakutkan tapi itu yang menarik di mata Melisa. Aura seram burung itu buatkan dia tertarik. Malah, dia pernah cadangkan kepada papa dan mama untuk bela satu. Habis dibebelnya oleh Puan Aileen. Tak pernah dibuat orang bela burung gagak. Ada tapi jaranglah. Biasa orang pilih burung nuri, yang macam kaset. Suka ulang cakap orang. Aneh.

Kembali ke dunia realiti, dia meletakkan semula bingkai gambar itu di atas meja belajar Nikolai. Dia merapati bilik pakaian abangnya. Duduk bersila di lantai karpet, dia menarik laci yang tersorok di bawah sekali. Ada beberapa kotak dan album gambar dibawa keluar.

Satu demi satu helaian album diselaknya. Cuba mencari kalau-kalau ada wajah Leo. Sambil mencari tangan sebelahnya bermain dengan cincin yang tergantung di lehernya menjadi rantai. Entah kenapa dia tak mahu berpisah dengan cincin itu. Mungkin Melisa takut kalau hilang dia kena keluarkan duit beribu untuk bayar semula. Dia bukanlah kaya sangat nak bayar semula ke Leo.

Perihal status dia sebagai isteri lelaki itu, memang dia langsung tidak percaya. Mana mungkin dia berkahwin kalau hari itu tiada lafaz yang diucap oleh orang untuk mengahwininya. Sedangkan hakikatnya pada petang itu, ada satu lelaki sudah mengumumkan mereka suami isteri tapi bukan dalam bahasa yang difahami Melisa.

Sudah puas album dibelek dan kotak-kotak itu dibuka, dia beralih pula ke arah kotak besi hitam besar yang tersorok di sebalik pakaian-pakaian yang masih bergantung. Kotak besi hitam itu memerlukan nombor pin untuk dibuka. Memasukkan tarikh lahirnya, pintu kotak besi itu terbuka sendiri.

Ada beberapa fail dan dokumen sahaja dalam kotak besi itu. Dokumen-dokumen ini banyak berkait dengan butik milik Nikolai. Walaupun butik itu milik abangnya, yang menyelia dan uruskan adalah kembarnya. Hal ini kerana Nikolai tidak kuat untuk memandu sendiri ke sana. Kadang-kadang sahaja Melisa jadi pemandu untuk abangnya kalau betul-betul memerlukan Nikolai di sana. Kalau tidak, Adrien sendiri yang akan tolong uruskan.

Semasa dia bawa keluar semua dokumen itu, Melisa perasan akan satu benda yang melekat di bawah permukaan dalam kotak besi tersebut. Mungkin selama ini dia tidak tahu kerana jarang sekali usik.

Menyentap kuat benda yang seakan buku diari itu, bawah permukaan itu terbuka sendiri. "Apa kau sembunyikan daripada aku, Nikolai?"

Melisa mengambil iMela yang tersembunyi itu keluar. Di belakang iMela itu ada logo burung gagak dan tandatangan Nikolai tanda milik abangnya gajet canggih itu. Dia cuba menekan butang untuk dihidupkan. Melisa tidak pernah tahu yang Nikolai memiliki iMela. Maksud Melisa, Nikolai ada iMela tapi bukan versi satu ini.

Bam! Pintu bilik pakaian Nikolai ditutup rapat. Melisa menoleh dan alangkah terkejutnya ada satu tubuh asing berpakaian hitam sedang memandang tajam ke arahnya. Wajah milik tubuh asing itu juga tidak dapat dia mengecam kerana disarung dengan topeng ski warna hitam.

"Kau siapa?"

Orang asing itu tidak bersuara malah mengacukan pistol ke arahnya.

Nantikan episode akan datang...

Surat layang buat pembaca tercinta,
Terima kasih guys! Thank you so so so much! May Allah bless you guys :flying kiss:
Btw, korang rasa² siapa yang pecah masuk bilik Nikolai and acukan pistol tu ke arah Melisa?

YEOUBIWhere stories live. Discover now