"Kau masih tak jumpa Melisa ke?" Leo menggeleng kepala. Sudah melilau dia mencari tubuh sang isteri yang dicintainya tetapi tidak juga jumpa.
Kornea matanya bergerak ke arah jam di pergelangan tangan. Beberapa minit lagi kedua-dua kapal akan bergerak ke tempat masing-masing. Dia dan Melisa akan berpisah untuk beberapa tempoh masa. Adakah mereka tidak berpeluang untuk bertemu sebelum berpisah?
"Cuba kau cari dia di kapal Siren I, Leo?" Cadang Lucas menepuk bahu suami temannya.
"Aku dah ke sana, Lucas."
Lucas turut garu kepala. Bengang juga dengan tingkah teman yang kadang tidaj matang dengan usia. Suka benar buat orang risau. Sudahlah diri itu berbadan dua tapi buat-buat tak tahu. Kasihan dia dengan Leonardo.
"Kita ada lagi 20 minit sebelum bergerak. Kau pergilah cari dia. Tak akan kau tak nak jumpa dia?"
"Mungkin."
"Leonardo."
"Mungkin Melisa tak nak jumpa aku."
"Lantak dekat dia lah tak nak jumpa kau. Kau nak jumpa dia kan? Kau nak jumpa dia, pergi. Kalau tak, suka hati kau lah." Ujar teman Melisa sebelum berlalu meninggalkan jejaka itu sendiri.
Leonardo menguak kasar rambutnya ke belakang. "Alfonso!" Geram dan amarah bercampur. Tangannya menepuk kuat palang kapal meluahkan rasa. Kalau sahaja Alfonso tidak hidup pasti hidup dia dan Melisa baik-baik sahaja dan aman.
Melisa memerhati suaminya dari jauh menggunakan teropong. Dia mengeluh perlahan. Tangannya mengusap perut yang masih tidak membulat. Punggungnya dilabuhkan di atas lantai kayu. "I hate you, bie.""Kita gerak sekarang Ales."
"Tapi, Regina belum-"
"Sekarang, Ales."
"Baik, Regina." Ales di ruang kawalan kapal memberi arahan kepada pengemudi kapal untuk meninggalkan pelabuhan.
"Leonardo, Ales." Marco tunjuk skrin iMela yang menyala dan tertulis sebaris nama sahabat merangkap ketua mereka.
Jarinya meleret butang hijau. "Kenapa Black Siren II-"
"Regina arahkan kami bergerak."
"Melisa ada di atas kapal?"
"Ada."
"Shit!" Leonardo di corong sebelah sana menyumpah maki.
"Berhenti kan kapal-"
"Regina?" Marco dan Ales terpempan apabila panggilan Leonardo dimatikan begitu sahaja oleh wanita itu.
"Jangan angkat panggilan daripada Leo untuk seminggu ini."
"Regina-"
"Ini hal antara aku dengan Leonardo. Biar aku sendiri yang uruskan. Apa-apa, aku yang akan bertanggungjawab."
"Siapa nama kau?" Melisa berdiri di hadapan pengemudi kapal.
"Bayu, Regina."
"Kau berehat. Perjalanan kita jauh. Biar aku kemudi kapal untuk malam ini."
"Tapi, Regina-" Bayu tidak jadi sambung kata apabila Marco memberi isyarat mata. "Baik, Regina."
Bayu meninggalkan ruang kawalan itu. "Kau orang berdua pun pergilah berehat."
"Kau ada dua pilihan sahaja, Regina. Sama ada kami berdua kekal di sini atau hubungi Leonardo semula."
"Duduk diam-diam." Melisa duduk di atas kerusi mencampak pandangan ke hadapan. Langit gelap tidak menghalang kapal Black Siren II untuk membelah laut bagi menjalankan misi.
"Kau nak ke mana, Leo?" Lucas menahan langkah jejaka itu. Tangan dia terlepas dari memegang lengan Leo. Kepalanya mendongak melihat pengangkutan udara itu terbang di atas langit.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Dragoste(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...