Melisa menjengul sedikit kepalanya ke luar dari pintu. "Thalia!"
"Thali o Thalia!" Senyap.
Mana pula pergi adik perempuannya? Mereka sudah gerak ke private garden ke? Aduh!
"Angel." Suara garau dari belakangnya menarik perhatian Melisa. Dia menutup pintu dan menoleh ke belakang. Pintu balkoni yang tadinya tutup terbuka luas. Langsir putih menari-nari ditiup angin.
"Hello, is someone there?" Melisa berjalan mendekati balkoni bilik yang ditumpangnya sementara itu.
"Angel." Mata Melisa menangkap satu bayangan di sebalik tiraian langsir. Tangannya menyelak langsir.
Kosong.
Dia mengintai kiri dan kanan luar balkoni. Adakah dia salah lihat atau cuma bayangan sahaja? Tapi, dia pasti di luar balkoni tadi ada orang. Dan, orang itu memanggil 'Angel'.
Melisa terperasan satu benda di atas kerusi yang terletak di balkoni. Tuala wanita. Macam tahu-tahu sahaja yang dia memerlukan benda tu. "Siapa yang bagi ni tadi? Hantu ke orang? Tak kisahlah."
"Mr. Hantu, terima kasih!" Suaranya dikuatkan mengucap terima kasih.
Cepat-cepat tangannya mencapai bungkusan tuala wanita itu dan masuk ke dalam bilik mandi. Nasib baik dia ada bawa seluar dalam lebih. Kalau tidak naya sahaja. Nasib baik juga dia perasan yang dia sedang datang bulan. Kalau tidak tak memasal gaun pengantin putih rekaan Aiden bercop warna merah. Pengantin berdarah pula dia nanti.
Leo di luar balkoni bersebelahan balkoni bilik isterinya mengukir senyuman. Comel sahaja bicara gadis itu mengucap terima kasih tadi. Nasib baik ada Marco, dia boleh kerahkan pergi belikan tuala wanita di farmasi sebelum datang ke sini. Dia sudah sampai dahulu tanpa Marco. Ales dan Draco tidak tahu kehadirannya kerana dia mengikut pagar belakang.
Semasa dia melihat pertemuan Melisa dan Ales dari tingkat atas, dia sedar yang kerusi meja makan duduk isterinya ada kesan merah. Cepat-cepat dia hubungi Marco.
"Marco, singgah farmasi belikan pad."
"Pad? Menatang apa tu?"
"Pad. Tuala wanita."
"Tuala ada wanita lelaki ke?" Leo rasa nak tepuk dahi sendiri. Kalau bagi bab urusan mafia kepada Marco cekap sahaja dibuatnya. Tapi, kalau hal-hal luar bidang mafia memang zero.
"Tuala wanita. Pad. Tampon. Tak akan kau tak tahu?"
"Aku tak ada kakak atau adik perempuan, manalah aku tahu. Tak penting."
"Even kalau kau tak ada ahli perempuan dalam keluarga sekali pun, kau kena tahu. Nanti yang kahwin dengan kau perempuan juga tau. Bukan lelaki. Lainlah selera kau sama jenis."
"Choi! Mulut kau. Aku straight tau."
"Singgah farmasi tau. Cari pad. Tak kisahlah jenama apa. Tapi, kalau boleh ambil saiz besar sikit kot. Sebab first day. Ada yang 28 cm dan 35 cm kalau tak silap aku. Ambil dua-dua sekali."
"Yang tampon kau sebut tadi apa benda pula?"
"Tak apa. Belikan sahaja pad. Dah memadai."
Tidak sempat Marco bertanya lanjut, sepupunya sudah matikan panggilan.
Sampai di villa milik Regina (yang belum Regina tahu pun), Marco hulurkan beg plastik kepada Leo. "Ini barang kau pesan."
Leo membelek barang yang dipesan dalam plastik. "Pil warna pink ni mana kau jumpa?"
"Akak kerja kat farmasi tu suruh aku beli sekali. So, aku malas nak cakap banyak, aku suruh dia kirakan sahaja sekali."
"Bagus."

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...