EPISODE XXXXIII

1.8K 167 14
                                    

Melisa berpimpin tangan dengan suaminya. Mereka berjalan seiring bersebelahan. Matanya sekejap-sekejap mengerling ke kanan mencuri pandang Leonardo. Bibirnya melakar senyuman.

Leonardo sedar tingkah isterinya walaupun mata dia fokus ke hadapan. Geram sahaja dia dengan tingkah comel dan nakal bidadarinya. Hatinya cuba menahan sabar daripada menerkam Melisa. Kalau tak difikirkan mereka di luar, sudah pasti digomolnya gadisnya.

Walaupun sudah dipujuk hati menahan sabar dan diri, Leonardo kalah. Dia berhenti melangkah. Melisa juga turut berhenti. Berkerut dahi isterinya memandang dia. Mungkin tertanya-tanya.

Kedua-dua telapak tangannya melekap di pipi Melisa. Sengaja ditekan tangannya memicit pipi gebu kekasih hatinya. Muncung bibir mungil itu ke depan. Seksi!

Terus dikucup ringkas bibir kecil seksi Melisa. Perlahan-lahan tangannya tidak lagi memicit pipi gebu gadisnya. Bibir yang dikucup tadi dipagut. Dia mendalamkan ciuman bila mana gadisnya membalas ciuman dia. Tangan Melisa juga sudah merangkul lehernya. Tubuh genit itu dipeluk dan didukung. Kaki Melisa sudah melilit pinggangnya.

Beberapa minit kemudian, bibir pasangan suami isteri terlerai. Dahi mereka bertemu. Bibirnya tersenyum nakal melihat Melisa sedang mencari nafas yang dicurinya. "Jangan digigit bibir, love." Jari Leonardo mengusap bibir bawah isterinya yang sedikit bengkak akibat ciuman nakal hangat mereka.

Melisa mengintai kiri dan kanan sebelum menyorokkan muka di dada bidang Leonardo. Nasib baik sudah lewat malam, jadi tidak ramai pengunjung yang singgah ke kedai 24 jam itu. Leonardo menurunkan tubuhnya berdiri menjejak lantai kedai itu semula.

"Love."

"Si?" Melisa merapikan bajunya yang sedikit ternaik. Ini tak bukan, mesti tangan Leo nakal meliar di dalam pakaiannya menyentuh kulitnya.

Leonardo menunding jari ke atas siling. Melisa mendongak. Menangkap benda separuh bulat melekat di atas siling, mata Melisa terbeliak besar. Automatik tangan dia menepuk dada bidang Leonardo. "Sebab awak."

"Aik, aku pula?"

"Siapa yang cium saya?"

"Siapa yang balas cium?" Melisa mati kata. Soalan Leonardo sengaja memerangkap dia.

Dia terus meneruskan langkah ke depan. Malam ini, malam kedua mereka di pulau sahabatnya. Esok pagi, mereka akan menaiki kapal Black Siren II untuk membantu misi Lucas. Malam ini, sedang semua tidur, Melisa tidak dapat tidur. Perutnya tiba-tiba teringin makan snek. Dikejutnya Leo minta suaminya bawa ke kedai 24 jam yang ada di pulau Lucas.

"Love." Leonardo mengejar langkah isterinya. Dia mengekori Melisa tidak jauh dari belakang.

"Saya gigit awak baru tahu." Melisa geram. Dia tidak menoleh. Derapan kaki suaminya jelas kedengaran menandakan Leonardo berada di belakangnya.

"Aku tak kisah."

"Leonardo."

"Si, love?"

"Sejak bila nakal sangat ni?"

"Sejak ada isteri nakal macam kau."

"Mana ada saya nakal."

"Ya ke kau tak nakal?"

"Apa bukti awak kata saya nakal?"

"Nak aku buktikan ke?"

"Ya."

"Pusing." Melisa berhenti. Dia pusingkan tubuh ke belakang menghadap suaminya.

"Leonardo." Melisa mengertap bibir. Geram. Cepat-cepat langkahnya merapati Leonardo. Baju t hitam yang tersarung di tubuh sasa Leonardo diturunkan semula. Dia menepuk kuat dada dan perut suaminya. "Behave."

YEOUBIWhere stories live. Discover now