EPISODE XXVIII

1.2K 138 42
                                        

Melisa memarkirkan keretanya di luar Corvo. Keluar dari perut kereta dia membuka bonet belakang keretanya. Hailey dan Tiana yang menyedari ketibaannya muncul di muka pintu utama Corvo. "Kak Melisa."

"Hailey, Tiana tolong Kak Melisa bawa barang-barang ni semua ke dalam." Dua gadis itu datang merapatinya.

"Banyaknya barang Kak Melisa beli. Penuh bonet kereta." Ujar Hailey menjinjit dua beg plastik di tangan.

"Jangan lari. Nanti jatuh." Nyaris Hailey tak jatuh terduduk disebabkan ada budak-budak berlari-lari.

"Kak Melisa!" Lily, Jes dan Eva teruja melihat kehadiran kakak angkat mereka yang sudah lama tidak ketemu. Melisa tersenyum melihat ketiga-tiga anak itu memeluk kakinya erat. "Mana Dav?" soal Melisa kerana tidak nampak tubuh lagi seorang yang kebiasaannya selalu berempat.

"Dav di sini, Kak Melisa." Dav berdiri di tangga depan pintu utama. Budak lelaki itu turun perlahan-lahan menggunakan tongkat. Beg plastik yang ada di tangan Melisa, Melisa letakkan di bawah tanah lalu merapati Dav. "Kenapa turun? Jangan susahkan diri boleh."

"Dua tiga anak tangga sahaja, Kak Melisa. Dav boleh." Melisa membiarkan Dav turun sampai ke bawah. Tubuh budak lelaki kecil itu dipeluknya erat.

"Dav rindu Kak Melisa." Ucap Dav kepada kakak angkatnya yang sudah dianggap seperti kakak sendiri. Malah sebenarnya lebih daripada itu, dia dan rakan-rakannya yang menetap di Corvo sudah menganggap Kak Melisa seperti seorang ibu. Melisa adalah figura ibu buat mereka di situ. Walaupun muka nampak garang tapi Kak Melisa seorang yang baik hati dan tak pernah lokek kasih sayang.

"Kak Melisa pun rindukan Dav."

"Dav sahaja ke yang Kak Melisa rindukan?" Lily, Jes dan Eva dan memeluk tubuh. Melisa melepas tawa. Tubuh anak-anak perempuan yang sedang tayang muka kononnya berjauh hati ditarik ke dalam dakapannya. "Kak Melisa rindukan semua adik-adik Kak Melisa." Senyum lebar di bibir Melisa apabila mendengar tawa si kecil-kecil.

"Tiana, Hailey. Boleh ke tu?" soal Melisa kepada dua remaja itu yang sejak tadi keluar masuk rumah ke keretanya membawa masuk beg plastik yang berisi barang-barang keperluan buat anak-anak Corvo.

"Boleh. Banyak betul barangnya."

Melisa tayang sengih. "Sengaja Kak Melisa beli lebih. Topup mana-mana yang kurang."

"Kurang? Yang bulan lepas pun ada lagi masih tak bersentuh, Kak Melisa." Bicara Hailey. Dia tahu pun kerana dia bertugas dalam menguruskan stok-stok barang keperluan anak-anak Corvo. Stok-stok barang keperluan bukan sahaja dari bentuk makanan tapi juga barang-barang lain seperti pakaian, alat mandian, mainan dan lain-lain lagi. Hailey tidak sendiri menguruskan itu semua kerana dia dibantu oleh teman baiknya, Tiana. Malah, gadis-gadis seusia mereka yang menetap di Corvo juga ada membantu dia menyusun kesemua barang di tempat yang sepatutnya.

"Kak Melisa datang seorang sahaja ke hari ini?" soal Tiana. Hal ini kerana kebiasaannya, kakak mereka seorang itu akan membawa teman kalau bertandang ke Corvo.

"Cari Kak Layla lah tu." Melihat Tiana tersengih maka benarlah tekaan Melisa.

"Ada Kak Layla kamu tu nanti. Tengah hari sikit dalam pukul 11, dia sampai."

Tiana mengangguk faham. Kakinya yang ingin memanjat anak tangga terhenti apabila mendengar bicara Melisa seterusnya, "Tahulah Kak Melisa jarang-jarang timbul sekarang. Mana nak cari kita dah. Cari Kak Layla sahaja."

"Tiana tak bermaksud macam tu." Melisa gelak melihat riak Tiana berubah serba salah. "Kak Melisa ni sengaja tau buat Tiana cuak." Tiana menjelir lidah ke arah Melisa sebelum menyambung langkah masuk ke dalam rumah.

YEOUBITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang