Lucas curi-curi pandang ke arah Leonardo yang sedang mengawal kemudi kapal Black Siren I. Perjalanan mereka menuju ke lokasi Alfonso berada memakan masa berminggu juga. Hari ini sudah hari keempat mereka di atas laut. Ini bermakna sudah empat hari la Leonardo dan Melisa berpisah jarak. Malah, dia juga tahu selama empat hari ini juga pasangan itu tidak berhubung sama sekali. Atas alasan apa, Lucas sendiri tidak pasti. Tapi tidak bermakna dia tidak tahu apa yang berlaku di kapal Black Siren II empat hari lepas. Macam mana dia tahu? Mestilah dua pakcik kepoh yang berada di kapal sana.
Lucas ingin mempertikaikan kerana Melisa boleh berhubungnya dengan baik tanpa ada masalah. Namun apabila disebut nama Leonardo, cepat sahaja teman baiknya itu cuba menukar topik. Bukan dia tidak tegur atau memesan Melisa supaya tidak menangkan ego. Tapi, Melisa la katakan... ibarat mencurah air ke daun keladi. Sengaja memekakkan telinga dan gelarkan dirinya pakcik kepoh. Melisa tak tahu yang pakcik paling kepoh sekali adalah salah seorang makhluk yang berada di atas Black Siren II itu. Marco. Ales boleh tahan lagi sebab buka mulut apabila perlu dan mahu sahaja. Kalau Marco, hah apa semua dia nak tabur cerita. Nasib baik la tak ada penambah perasa bagi menyedapkan lagi cerita.
"Kau pandang-pandang aku sejak tadi kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Lucas kembali ke alam nyata apabila Leonardo bersuara. Sekali gus menangkap tingkahnya yang jelas memberi rasa tidak selesa kepada jejaka itu.
"Aku? Pandang kau? Mana ada. Perasan la kau ni." Lucas menuding jari ke arah sendiri sambil tersengih. Berpura-pura tidak faham.
"Ya, aku memang perasan kau pandang aku sejak tadi. Apa hal?"
"Mana ada. Perasaan kau sahaja. Aku tak pandang kau, aku pandang luar sana."
"Luar sana, depan. Yang kau pandang tepi. Aku tepi kau ni. Kenapa?" Leonardo menayangkan riak serius.
Lucas mengeluh. Macam berat sangat masalah yang sedang menimpa di bahunya ketika ini. "Melisa."
"Hmm."
"Hmm je reply kau?"
"Kau nak cakap apa, Lucas?" Leonardo mahu Lucas berterus terang. Tidak mahu berlindung-lindung bagai. Dia tahu apa yang ingin Lucas katakan tapi dia mahu mendengar sendiri perkataan itu keluar daripada mulut teman baik isterinya.
"Melisa... dia ada tanya aku pasal kau."
"Benda tak betul jangan cakap dengan aku, Lucas."
"Leonardo." Lucas kini benar memandang ke arah suami Melisa. Cakap dengan Leonardo kena bijak sebab lelaki ini selalu dua langkah hadapan daripadanya.
"Aku dan Melisa, kami baik-baik sahaja."
Lucas menjuling mata ke atas. 'Baik sangat'.
"Ya la... tu." Leonardo pandang tajam ke arah Lucas. Nada Lucas jelas tidak percaya dengan katanya.
"Sampai bila kau nak diamkan diri daripada Melisa?"
"Mana ada."
"Kau ada hubungi Melisa."
"Tak ada."
"See. Jelas-jelas yang kau tak hubungi Melisa. Jadi betul la kau diamkan diri daripada Melisa."
"Diam aku tak bermakna aku tak ambil tahu pasal dia."
"Tapi sekurang-kurangnya kalau kau hubungi dia sendiri, kau boleh tahu keadaan dia."
"Lucas, kalau Melisa sakit... mesti Ales dan Marco akan maklumkan kepada aku."
"Ish kau ni, Leo. Aku bukan cakap Melisa sakit."
"Ya, aku faham apa maksud kau. Dalam situasi sekarang ini, aku tak nak paksa dia. Kalau betul-betul dia dah bersedia, dia akan hubungi aku."
"Apa salahnya kalau kau mulakan dulu? Hubungi Melisa."
YOU ARE READING
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...