Melisa bangun dari baring. Matanya melilau memandang sekeliling perpustakaan. Mata dipejam seketika. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus. "It's time, Melisa." Ujarnya kepada diri sendiri. Keluar dari perpustakaan, kaki Melisa melangkah menuju ke bilik peribadinya yang selang tiga pintu dari perpustakaan. Masuk di dalam bilik peribadinya Melisa terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai mandi, wanita itu menukar pakaian lain dan melaram di depan cermin. Dia yang jarang-jarang sekali mengenakan alat solek di wajah menghias sedikit bagi menutup wajah sembapnya.
Turun ke ruang bawah, Melisa tidak nampak batang tubuh abangnya mahupun kakak iparnya. Dia berjalan menuju ke bangunan asrama lelaki. Pada waktu siang, asrama lelaki dibenarkan masuk oleh perempuan sekiranya berteman sahaja. Begitu juga dengan asrama perempuan. Dengan syarat, kebenaran dari tuan empunya ruang sahaja. Kalau tidak, tidak sekali dibenarkan.
Sampai di depan pintu bilik Dav, Melisa mengetuk pintu. "Dav."
Dav di dalam menguak pintu. "Kak Melisa?"
Melisa mengatup pintu rapat kemudiannya melabuhkan punggung di kerusi meja belajar budak lelaki itu. "Maaf kalau kehadiran Kak Melisa menganggu Dav."
"Eh, mana ada. Dav tak ada buat apa-apa pun." Melisa nampak beberapa buah buku cerita ada di atas katil Dav. Pastinya anak kecil ini meluangkan masa dengan membaca buku sebelum kemunculannya.
"Kak Melisa nak ambil barang ya?" soal Dav. Melisa mengangguk.
Dav tunduk mencapai sesuatu dari bawah katil menarik keluar. Penutup bekas plastik itu dibuka dan satu barang berserta satu nota yang terlipat diserahkan kepada kakak angkatnya.
"Dua ini sahaja?" soal Melisa meminta kepastian daripada adik angkatnya.
"Ya."
"Kalau macam tu, Kak Melisa minta diri dulu ya?" Melisa meminta pamit.
"Sekejap, Kak Melisa." Melisa yang tadinya berdiri duduk semula di kerusi memandang Dav. "Ada apa, Dav?"
"Lelaki yang datang berikan benda tu kepada Dav... bukan Abang Nikolai kan?"
Melisa tersenyum. "Kenapa Dav cakap macam itu?"
"Sebab suara lelaki tu tak sama langsung dengan suara Abang Nikolai." Dav perasan apabila dia tadi terserempak dengan suami Kak Layla dia ruang dapur sedang minum air. Dia tidak pernah bersua muka dengan abang kandung kepada kakak angkatnya. Tetapi, apabila dikenalkan dengan Abang Nikolai tadi dia terus terdetik sesuatu sebaik mendengar suara lelaki itu dan raut wajah juga seakan berbeza dengan lelaki yang singgah di tingkapnya beberapa hari lepas.
"Muka lelaki yang datang muncul dekat tingkap Dav hari tu pun ada parut dekat atas kening dia. Dav perasan." Walaupun lelaki yang datang itu memakai topeng dan tutup separuh muka. Bahagian mata jelas dilihat oleh Dav walaupun waktu itu gelap malam.
"Dia ada cakap apa-apa ke kepada Dav?" soal Melisa ingin tahu, Mana tahu kalau temannya itu tiba-tiba mesra dengan budak. "Tak ada. Dia cuma suruh beri dua benda tu dan cakap Abang Nikolai yang bagi."
"Kak Melisa nak minta tolong Dav rahsiakan perkara ini daripada semua orang. Boleh?"
"Boleh, Kak Melisa."
"Thanks, Dav. Jangan risau. Teman Kak Melisa tu cuma muncul sekali sahaja dan tak akan muncul lagi selepas ini." Melisa bangun menggosok kepala budak kecil itu.
iMela dan sekeping nota yang terlipat diletakkan di dalam beg galasnya. "Kak Melisa nak gerak dulu. Kalau ada apa-apa minta Kak Hailey atau Kak Tiana tolong hubungi Kak Melisa."
"Baik, Kak Melisa. Jaga diri baik-baik. Dav dan yang lain sentiasa ada untuk Kak Melisa di sini." Kalau keluarganya sendiri tidak memerlukan dia, budak-budak ini akan sentiasa ada untuk dia. Mereka ini lah keluarganya.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...