"Mama buat apa dekat dapur?" soal Melisa. Hairan tengok wanita kesayangannya itu berada di ruang dapur.
"Kamu perli mama ke Melisa?"
"Bukan perli. Cuma tertanya-tanya. Maklumlah, mama kan jarang-jarang sekali masuk ke dapur. Ada apa-apa ke sampai mama mencemar duli menurun padang ni?"
Puan Aileen pandang anak sulungnya. Senduk di tangan mendarat di atas kepala si anak. Mengaduh sakit Melisa menggosok kepala. "Apa ni mama? Period ke? Sakitlah."
"Dah. Mama tak jadi memasak. Kamu kena masak. Papa kata malam ni ada tetamu nak datang makan malam."
"Mama, rancangannya makan malam. Yang jam 9 pagi dah ada dekat dapur ni, kenapa?" Melisa bingung sekejap. Selalunya kalau orang nak buat jamuan makan malam, masaknya petang. Mana pernah dibuat orang pagi-pagi masak untuk hidangan makan malam.
"Mama fikir nak masak apa. Itu yang duduk dekat dapur. Cari ilham."
"Ilham? Anak siapa?" Senduk mendarat kali kedua di kepala Melisa. "Mama, sakitlah. Sensitif sangat ni kenapa? Mel bergurau je."
"Bergurau tengkorak kamu. Kembar dengan adik kamu mana?"
"Aiden tidur lagi kot. Thalia dia keluar pergi jogging dekat taman."
"Kamu?"
"Orang nak buat sarapanlah. Itu yang nak masuk dapur. Tengok-tengok mama dah masuk dulu."
"Melisa, kamu jangan sampai mama bagi kamu ke orang lain."
"Dah besar panjang gini, tak ada siapa pun nak bela Melisa. Mama dan papa je yang sudi tanggung biawak hidup comel ni." Melisa memeluk tubuh wanita yang mengandungkannya sembilan bulan itu.
"Menempel macam anak kucing ni kenapa? Tadi bukan main perli-perli mama. Ugut bagi ke orang baru nak sayang-sayang, manja-manja."
"Melisa sayang mama sangat-sangat. Bukan hari ini, hari-hari sebelum ni pun Melisa sayang. Cuma itulah, esok lusa tengok keadaan."
"Ish, budak bertuah seorang ni." Melisa dan Puan Aileen dah main kejar-kejar di dapur. Tuan Kris yang sejak tadi memerhati tersenyum senang melihat dua beranak itu berkasih sayang. Mungkin pada orang luar pandang pelik cara Melisa dan isterinya berkasih sayang tapi bukan dia dan ahli keluarga mereka lain. Kerana inilah cara isterinya dan anak sulungnya itu menunjukkan rasa sayang.
"Papa! Tolong Melisa. Mak dinosaur nak telan Melisa." Melisa menyorok di belakang tubuh papanya menjadi perisai dari serangan Puan Aileen.
"Papa jangan masuk campur. Ini urusan saya dengan anak kita."
"Ya. Anak kita." Tuan Kris melilit kemas pinggang isterinya. Kedua-dua pipi Aileen dikucup. Ciuman cinta juga dilabuhkan di dahi dan ubun-ubun isterinya.
Melisa pula jadi tukang perhati. Dia senang melihat cara papa dan mamanya. Walaupun sudah lebih 30 tahun usia perkahwinan pasangan itu, sepertinya baru semalam mereka berdua itu berkahwin. Bukan papa dan mamanya tidak pernah sebulu, ada sahaja. Cuma dia, Adrien dan Thalia tahu yang rasa cinta serta kasih di antara Tuan Kris dan Puan Aileen lebih agung dari ego dan rasa amarah.
"Ehem! Ehem!" Thalia yang baru balik dari bersenam di taman berdehem. Gadis itu membuka pintu peti ais dan mencapai botol air lalu diteguk membasah tekak yang kering.
"Malam ni, papa ada tetamu. So, papa harap semua boleh join. Ke ada yang ada plan lain?" soal Tuan Kris yang masih tidak lepas memeluk isterinya.
"Tak ada." Aiden yang baru turun menjawab dahulu.
"Anak teruna seorang ni. Basuh muka tak sebelum turun?" Puan Aileen dah menggeleng kepala. Macam-macam perangai anak-anak.
Aiden menayang sengih. Dia pergi ke singki di dapur ingin membasuh muka. Melisa menarik satu tisu dapur dan hulurkan kepada kembarnya untuk mengelap muka.

ANDA SEDANG MEMBACA
YEOUBI
Romance(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengan...