Tubuh dihempas ke sofa empuk yang berada di ruang tamu utama banglo itu. Tangan masih ligat memicit dahi. Bertambah pening lagi kerana jalan sesak semasa dia balik ke rumah..
Fikirannya melayang memikirkan kejadian semasa dia hendak memasuki kereta.Tengku Qalif berjalan laju..sudahlah panas terik, hati pun panas dengan kerenah pekerjanya. Baru sahaja kakinya ingin menuju ke kereta seorang gadis melanggarnya. Ini yang bertambah panas ni.. Aduhhh!!
Seketika dia diam melihat gadis itu berkali-kali meminta maaf.
Jantung berhenti berdegup.
Sungguh cantiklah ciptaanmu ya tuhan melihat gadis yang berada di depannya ini. Dengan memakai baju kurung berwarna blue bercorak bunga-bunga gold dan tudung juga berwarna gold. Sungguh manis dan ayu. Sejuk mata memandang"encik saya minta maaf sangat
..saya tak sengaja!!"
Serta-merta Tengku Qalif tersedar..leka sangat renung anak dara orang. Ye ke anak dara
..mungkin ya, tengo pun macam budak-budak masih. Tapi stil cute.."encik tak apa-apa ke!?" tanya gadis itu lagi. Pelik dari tadi diam je mamat ni
"it's okay..nama kau apa?"ujar Tengku Qalif.. Ekk dia ni dah kenapa tanya nama orang. Tiberrr..suaranya tak adalah lembut sangat,tak juga kasar.. Pelikkan,selalunya bukan main lagi marah-marah orang
"ekk.. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ye!"ujarnya. Belum sempat Tengku Qalif menghalang gadis itu sudah hilang memasuki bangunan di disitu. Tanpa sedar bibir mengukir senyuman kecil
"Amboi anak mama ni..termenung je dari tadi,mama tanya pun tak jawab"
Melayang terus bayangan gadis yang bermain dipikiranya apabila mendengar suara mamanya, Datin mariam. Bibir tersengih memandang mamanya yang duduk disebelahnya. Dicapai tangan tua itu, sebelum dikucup lembut..
"fikir apa tadi?"tanya mamanya lagi. Mana taknya dari tadi lagi dia duduk sini tapi anaknya sibuk pula termenung tak ingat dunia.
Tengku Qalif mengusap belakang tengkuknya,sebelum kembali memandang mamanya..
"nothing ma, pikir hal pejabat je!"
"dah pergi rehat, lepas dah solat apa semua turun balik sini. Kita makan sama-sama"ujar mamanya, lalu meninggalkan anak terunanya seorang diri.
Laju saja Tengku Qalif menuju ke biliknya. Badannya pun sudah melekit, satu cara saja supaya dia selesa iaitu mandi..
Sesudahnya dia mandi terus saja mengibar sejadah untuk menunaikan solat asar..
![](https://img.wattpad.com/cover/270148239-288-k8120.jpg)
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomantizmTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...