bab 26

1.1K 38 0
                                        

Imanina mengerot kesejukkan saat hujan yang turun itu membuatkan dirinya sejuk. Selimut ditarik hingga paras dada. Tiba-tiba matanya terbeliak. Kepala mengitai ke bawah dilihat Tengku Qalif berpeluk tubuh. Mungkin kesejukan. Dia yang memakai selimut tebal pun sudah kesejukan apatah lagi Tengku Qalif yang tidak memakai sebarang alas tidur. keluhan dilepaskan. Rasa simpati jatuh di sudut hatinya namun cepat-cepat diusir. Egokan biasalah. Akhirnya Imanina mengambil keputusan untuk membiarkan saja suaminya dalam keadaan kesejukan.

Mata ditutup memaksa untuk tidur kembali namun sudah sejam berlalu bagai sukar mata dilelapkan memikirkan keadaan Tengku Qalif.

Imanina bangun ke arah almarinya mengambil selimut lalu perlahan-lahan menyelimuti tubuh Tengku Qalif. Mata dipejam agar dapat lena kembali. Ehmm Taklah jahat sangat Imanina ni kan

Jam yang berbunyi itu mengejutkan Tengku Qalif. Seketika dahinya berkerut apabila menyedari dirinya diselimuti. Dia berfikir sejenak mengingatkan kembali hal semalam.Namun waktu Solat Subuh yang hendak habis menghentikannya daripada memikir, cepat-cepat dia berlari ke kamar yang tersedia dan membersihkan diri.

Tengku Qalif turun ke bawah setelah selesai menunaikan solat subuh.Jam di dinding dipandang,baru saja menunjukkan 8 pagi. .Mata meliar mencari kelibat imanina yang Sejak tadi tidak kelihatan lagi.

"ehmm..baru bangun?" suara aziz mengejutkan Tengku Qalif. Cepat-cepat dia menghampiri aziz hsyam yang sedang duduk di ruang tamu.

"ahah.. Umi mana abah?" tanya Tengku Qalif.

"dekat dapur.. " jawabhnya tanpa memandang Tengku Qalif.

"Qalif.... " suara noraini memanggil.

"kenapa umi?"

"temankan nina pergi pasar sekejap boleh?"

"boleh je.. " ujar Tengku Qalif. Terus dia naik ke atas menukar pakaian. Imanina mendekati uminya dengan wajah mencuka.

"umi ni.. Nina boleh jelah pergi sendiri. " katanya. Mulut dah muncung dah. Noraini menjeling anaknya sekilas.

"apa salahnya. Senang sikit Nina nak jalan ada orang tengokan. Tolong nina!" selamba noraini berkata.

"jomlah.. " Tengku Qalif menarik tangan imanina mengikutnya ke kereta. Dengan tak relanya terpaksalah imanina ikut.


❤❤❤❤❤



Tengku Qalif menyurung troli mengikut jejak imanina. Perempuan kalau beli barang memang mahu 1 hari. Lambat bukan main. Cerewet betul.

"dah ke sayang?" tanya Tengku Qalif memandang tubuh imanina yang sedang membelakanginya. Imanina memandang troli yang sudah penuh itu bagai sedang berfikir. Kepala diangguk. Mereka berjalan ke kaunter. Baru saja imanina menghulurkan wang kepada penjaga kauter itu pantas Tengku Qalif menghulurkan wangnya.

"tak apa biy bayarkan!" ujarnya. Selesai membuat pembayaran Tengku Qalif dan Imanina menuju ke kereta. Barang-barang disimpan di bonet kereta. Perjalanan diteruskan.

"kita singgah minum sekejap dululah. Tadi biy tak sempat nak sarapan. " Imanina sekadar mengangguk. Tengku Qalif memarkingkan keretanya di depan restoran.

Minuman yang diorder pun telah sampai setelah beberapa minit menunggu. Tengku Qalif memandang imanina yang menunduk itu. Sejak tadi tiada apa perbualan yang menyeronokkan. Sekarang ni imanina yang diingin bukan lagi Tengku Qalif.

"boleh abang join.. " tiba-tiba suara sesorang menegur. Tengku Qalif mendonggak. Begitu juga imanina.

"abang luqman. Joinlah. " kata imanina. Luqman terus duduk bersebelahan imanina. Tengku Qalif boleh dia buat tak tahu je.

"orderlah abang."

"no need.."

"kalau tak nak minum blah lah. Menyibuk je!" sindir Tengku Qalif. Luqman tidak menhiraukan. Sebalik sibuk bercerita dengan imanina.

"nina jom teman abang.. " ajaknya

"nak pergi mana?"

"jomlah.. " luqman menarik tangan imanina tanpa sempat imanina menolak. Tengku Qalif menrungus kasar. Suka hati mak bapa dia je sentuh imanina. Dia mengikut langkah luqman yang sudah keluar dari restoran itu. Badan luqman dipusing. Satu tumbukan padu melayang dipipi luqman. Sekelip mata bibir luqman luka. Kuat tak kuat tumbukan Tengku Qalif itu. Hanya sekali tumbukan sudah membuatkan luqman terluka. Tangan imanina direntap kasar.

"kau sedar sikit siapa yang kau sentuh ni. Dia isteri. Milik aku." lantang suara Tengku Qalif. Luqman tertawa sinis.

"kau yang sepatutnya sedar. Kau yang ambik nina dari kau. " jawabnya. Dah kena tumbuk pun masih lagi nak melawan. Imanina menarik tangan Tengku Qalif menyuruh untuk berhenti.

"tu dulu. Sekarang kau kena terima dia isteri aku. Isteri aku. Kau faham tak?" berkali-kali perkataan isteri disebut.

"memang dia isteri kau. Tapi jiwa dia milik aku!" mendengar saja kata luqman itu sekali lagi pipi luqman ditumbuk.

"qalif... " jerit imanina. Tangannya menolong luqman yang terlantar dilantai. Kali ini pipi Tengku Qalif pula ditampar.

"kau boleh tak jangan berperangai budak-budak. Kau dah tua. Tak payah nak tumbuk bagai!" marahnya.

"budak-budak? Habis tu dia bukan budak-budak? Kacau bini orang apa kes?". Tangan imanina ditarik kasar. Imanina meronta-ronta.

"balik sekarang!" jerit Tengku Qalif.

"kau balik sendirilah. Aku balik dengan luqman. " ujarnya. Luqman dipimpin sehingga ke kereta luqman

"imanina aku kata balik dengan aku sekarang!" sekali lagi Tengku Qalif menarik tangan imanina. Tetapi imanina tetap berdegil. Terus dia masuk ke dalam kereta luqman dan mengunci pintu. Luqman di sebelah dipandang tidak menghiraukan Tengku Qalif yang menjerit diluar sambil mengetuk cermin kereta.

"biarkan dia. Jom kita pergi klinik jap" kata imanina. Terpinga-pinga Tengku Qalif ditinggal sendiri. Botol dihadapannya ditendang geram. Tanpa membuang masa dia juga turut naik ke keretanya. Datang berdua balik seorang.


Marah-marah SayangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang