Sedang elok imanina menyuap kuih karipap yang dimasak oleh uminya, kedengaran suara abahnya berdehem. Semua mengailh pandangan ke arah abahnya.
"nina dah fikir dah ke?"tanya abah. Berkerut dahi imanina
"fikir apa abah"
"pasal pinangan luqman hari tu"
"uhukk.. Uhukk.. Uhukk". Tersedak terus imanina memikirkan hal itu macam mana pula dia boleh lupa lah hal tu. Imanina memandang luqman yang turut memandangannya bagai menanti jawapan. 'tapi aku cinta ke dia? Hati aku tak rasa berdegup pun pandang dia' fikir imanina. Mata mengalih pula memandang maira.
"erkk.. Ni..na.."tergagap pula dah
"nina apa?" laju saja luqman menyoal
"nina..terima!" fuhh.. Tak pe lah aku buat demi maira. Cinta tu belakang kira. Mana tahu lepas kawin aku jatuh cinta dengan dia.
Terus terlafaz syukur di bibir luqman. Senyum dah sampai ke telinga dah. Happy sangggatttt...
"baguslah, macam tu" kata abanya lagi
"tapi boleh tak kalau.. Ehmm.. Kita bertunang dulu, lepas nina dah habis kerja 2 bulan ni barulah ke langkah yang seterusnya" ujar imanina
"boleh je! So bila kita nak bertunang ni?" amboii, bukan main ye luqman.
"gelojolah luqman ni.. Tak ke mana pun nina ni" usik umi imanina.
"luqman nak cop lah awal-awal nina ni. Supaya tak ada orang yang boleh ambik. Takut melepas pula"
"betul tu, kang menangis tak berlagu luqman ni" semakin mengayat pula meraka mengusik luqman
"lusa ni boleh?" tanya, luqman sekali lagi imanina tersedak.
"uhukk.. Uhukk.. "
"ehmm.. Dah tak sabar ye nina" kali ni uminya mengusik pula imanina..
"awalnya, sempat ke?"
"sempat jelah.. Lagi pun kita buat kecil-kecil je, kawin nanti baru buat besar-besar" ujar luqman, bagai sudah lama merancang
"makcik,pakcik setuju tak?"
"makcik okey je.. "
"pakcik pun sama"
Nak tak nak terpaksalah imanina setuju juga. Berdebar-debar dah rasanya.. Tak ready lagi memanglah cakap nak bertunang je dulu, tapi bukan lah secepat ini.
"daddy nak kawin ke?" tanya maira dengan polosnya."maira nak tak mommy tak?"
"nakk.. "
"kalau mommy jadi mommy betul-betul maira nak tak?"
Bulat mata maira memandang luqman cuba memahami ayat luqman. Tiba-tiba saja maira memeluk tubuh imanina.
"yeahh.. Boleh tidur dengan mommy"
Imanina mengusap rambut lurus maira. Jatuh lagi kasih sayang buat anak kecil ini. Maira memerlukan kasih sayang seorang ibu. Tak apa lah asal maira gembira. Imanina sanggup untuk melihat bibir mungkil maira senyum.
"dah kalau maira nak mommy jadi mommy maira, maira kena dengar cakap,buat kerja sekolah, tak lawan cakap nenek, atuk, daddy.. Boleh!!"
Maira mengangguk gembira. "maira janji.. "
Luqman yang melihat keadan anak beranak tu tersentuh dengan layanan imanina terhadap maira.
'abang dah jumpa pengganti sayang,ibu kepada anak kita. Abang yakin dia mampu jaga abang dan maira. Terima kasih sayang pernah hadir buat abang walaupun untuk seketika. Doakan abang gembira ya sayang. Abang akan sentiasa ingat sayang walau apapun sayang tetap wanita pertama yang hadir dalam hidup abang' bisik luqman. Memandang maira mengingatkan nya akan arwah isterinya. Semoga tenang di sana...
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomantizmTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...