Tengku Qalif dan keluarganya duduk di ruang tamu. Sejak tadi pasangan baru itu asyik berkepit. Tengku Qalif berdehem.
"sekarang adik dah ada suami. Kalau daus apa-apakan adik just tell me. Biar along uruskan dia" ujarnya. Semua mata memandang.
"kau ni asyik-asyik ingat kan aku. Aku taulah jaga dia macam mana. Dia isteri aku kut" rungut daus. Dah berapa kali dah Tengku Qalif beri amaran.
"yalah. Dia seroang je adik aku. Kau jangan macam-macam." walaupun kedengaran biasa namun ada terselit nada sebak di situ. Qaisara perlahan-lahan mendekati Tengku Qalif. Tubuh itu dipeluk erat. Matanya sudah bergenang.
"sara minta maaf kalau selama ni sara susahkan along" katanya sebak. Terus saja air matanya jatuh. Tengku Qalif mengusap belakang adiknya. Cuba menenangkan.
"along maafkan. Sekarang ni sara bukan lagi tanggujawab along. Along dah serahlan adik dengan daus." perlahan dia menutur kata. Datin mariam sebak.
"dah jangan peluk along lama sangat. Orang tu dah cemburu dah"usik Datin mariam. Bukan dia tidak tahu daus dan Tengku Qalif asyik berlawan mata. Tengku Qalif dengan sengaja lagi mengangkat kening sebab qaisara dapat peluk dia. Makin cemburut daus jadinya. Qaisara mengangkat wajahnya dari dada Tengku Qalif. Tubuh Datin mariam pula dipeluk.
"manja sangat anak mama ni" ujar datin mariam. Walhal hatinya sebak melepaskan satu-satunya anak perempuannya.
"mama.. I love you so muchh.. "
"i love you more. Bagi mama cucu cepat-cepat ye" sakat datin mariam.
"ma.. " rengek qaisara. Segan.
"dahlah.. Penat mama layan kamu ni. Manja tak habis-habis. Macam budak-budak. Ingat sara dah jadi isteri orang. Buang sikit manja tu" tegurnya. Anaknya seorang ni bukan boleh ditegur sangat. Sikit-sikit nangis. Qaisara kembali duduk menegak. Tangan datin mariam masih dipegang erat.
"mama harap daus boleh didik sara ni ye. Kalau dia salah tegur dia elok-elok. Kalau dah tak nak pulangkan dengan cara baik. Seperti mana kamu ambil dia. " pesan datin mariam.
"insya allah ma. Apa pula daus nak lepaskan dia. Susah tau daus nak pikat hati abang ipar daus ni. Senang-senang je nak lepas. Usihh.. " kata daus. Sengaja diperli Tengku Qalif.
"kau jangan senang-senang nak lepaskan adik aku. Jaga dia sampai hujung nyawa kau." pesannya tegas. Daus menelan liur.
"abang ipar ni. Gurau pun tak boleh. Aku taulah. Aku akan jaga dia. Itu janji aku. " daus juga turut serius. Tengku Qalif mengangguk kecil. Dia yakin daus boleh jaga adiknya.
"baguslah macam tu. Tapi jangan lambat sangat bagi mama cucu ye. " semakin qaisara menrengek. Mama dia ni asyik nak cucu je. Ingat ni kilang ke. Senang-senang nak dapat cucu.
"itu mama jangan risau. Pasti mama dapat cucu. Daus bagi banyak-banyak. " bertambah merah pipi qaisara.
"mama ni. Kita baru je kawin. Tu along dengan akak. Dah lama dah kawin. Mintalah dekat dorang" ujar qaisara. Imanina yang sejak tadi tersenyum melihat mereka menyakat qaisara terkedu. Mati senyumannya.
"belum ada rezeki lagi" jawab Tengku Qalif bagi pihak imanina. Dia tahu isterinya tidak selesa dengan topik begini.
"ya ke? Kau mesti belum sentuh isteri kau kan" usik daus. Namun ketawanya berhenti. Segera dia menutup mulut saat mata isterinya memberi isyarat. Dia lupa akan masalah mereka.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...