Tengku Qalif membuka tombol pintu. Hatinya sebak saat terpandang wajah yang sudah lena di buai mimpi. Lama dia berfikir sama ada mahu jumpa isterinya atau tidak. Tapi hatinya kuat mengatakan untuk berjumpa dengan isterinya buat kali terakhir.
Perlahan-lahan dia melangkah mendekati susuk tubuh itu. Bibir mengukir senyuman. Tangan bermain-main dengan wajah mulus itu. Hatinya terasa tenang. Damai. Dan yang paling ketara dia bahagia.
Dahi imanina dikucup lama. Dan saat bibirnya bertemu dengan dahi licin imanina air matanya sekali lagi jatuh. Dia cuba reda namun semua itu tidak mudah seperti yang di sangkahkan. Dia akan kehilangan gadis ini.
"biy minta maaf. Biy harap sangat lepas ni sayang sentiasa gembira. Biy doakan sayang jumpa lelaki yang boleh buat sayang happy selalu. Senyum selalu ye sayang kerna senyuman itu buat aku turut gembira. I love youuu.. " bisiknya perlahan tidak mahu menganggu lena isterinya. Untuk sekian kali dahi imanina di kucup lagi. Kali ini lebih lama.
"i love youu" sekali lagi dia mengungkap kan kata-kata keramat itu. Dia tidak akan pernah jemu. Tidak akan pernah bosan. Kerana dengan mengukapkan kata itu dia terasa bahagia. Dia gembira. Tenang.
Baju-bajunya di sumbat ke dalam bagasi. Inilah pengakhiran mereka. Suka atau tak dia tetap harus pergi. Pergi jauh daripada isterinya. Dia tidak mahu melihat imanina terseksa lagi. Dia tidak mahu air mata itu jatuh disebabkan dia. Cukup sekadar ini. 5 bulan bersama wanita itu sangat membuatkan dia bahagia. Sangat bahagia.
Wajah isterinya di pandang lagi. Buat kali terakhir. Dia keluar setelah puas membawa bekal. Bekal untuk ubat kerinduan nya. Walaupun bekalan itu tidak cukup. Tapi dia kena belajar reda.
Keretanya di bawa laju. Saat ini hanya satu tempat saja yang boleh dia pergi. Rumahnya dan imanina. Banglonya dulu. Kalau nak balik rumah mamanya.. Dia masih belum bersedia. Dia nak tenangkan fikiran. Biarlah mamanya bersenang lenang dulu di kampung.
Mengambil masa 1 jam setengah akhirnya Tengku Qalif sudah terpacak di banglonya. Rasa sebak datang lagi. Rumah ini banyak kenanganya bersama imanina. Walaupun tidak seindah mana.
Bagasinya dikeluarkan. Dia masuk ke dalam rumah. Mata meliar ke seluruh genap ruang tamu itu. Di sana lah menjadi saksi gaduh dan tangisan imanina. Semuanya masih segar di mindanya.
Tengku Qalif melabuhkan duduk di sofa embuk itu. Mata dipejam menghilangkan rasa penat. Dahi diurut perlahan.
Namun ketenangannya terganggu dek bunyi iphonenya yang meminta di jawab. Mata melihat pemanggilan. Dia mengeluh. Malas-malas dia menjawab panggilan itu.
"kau nak apa? Call aku malam-malam buta ni?" tanyanya.
"kau okey tak?" soalan di balas dengan soalan. Siapa lagi kalau bukan daus a.k.a sahabatnya dan adik iparnya.
"okey je! Kenapa?" bohong lah kalau dia kata dia okey. Tapi dia tidak bersedia lagi kongsi masalah pribadinya. Biarlah masa yang menentukan. Lambat laun semuanya akan terbongkar juga.
"tak adalah. Kau betul ke okey ni? Lain macam je suara kau tu. " kata daus. Tidak puas hati.
"aku okeylah..." bentak Tengku Qalif.
"yalah-yalah. Sara kirim salam kat nina. " beritahunya.
"okey. Tu je ke kau call aku?"
"tak adalah. Saja rindu kat abang ipar aku" usik daus. Tengku Qalif mencebik.
"okeylah. Aku nak tidur. Kirim salam kat mama juga ye. Sorry aku tak dapat ikut korang balik kampung" ujar Tengku Qalif.
"tak apa. Aku faham. Okeylah. Semoga kau bahagia berasmara dengan isteri kau" usik daus lagi. Terus panggilan di matikan.
Tengku Qalif tersenyum sumbing.
"Berasmara apanya. Dah nak cerai pun." katanya sendirian. Mata ditutup kembali. Sedar tak sedar dia akhirnya sudah dibuai mimpi. Denguran halus jelas kedengaraan. Mumgkin penat dengan dugaannya.
❤❤❤❤❤
Imanina mengeliat apabila tidur terganggu akibat bunyi jam itu. Tangan terkapai-kapai mencari jam tersebut. Dia bangun duduk.
Mata meliar memandang sekeliling namun hampa kelibatan yang di cari tiada. Rasa bersalah tiba-tiba muncul. Cepat-cepat dia bangun menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
Setelah mengambil masa 25 minit. Imanina terus memakai baju. Sejadah di ambil. Imanina langsung menunaikan solat subuh.
Imanina turun ke bawah seperti biasa akan memasak sarapan. Pagi ini dirinya terasa lain sedikit. Dia tidak selesa. Seperti ada kekurang. Mata di gosok menghilangkan ngatuk jelas matanya yang bengkak akibat terlalu banyak menangis.
Bahan-bahan di keluarkan. Hari ini menunya hanya nasi goreng dan telur mata. Simple. Dia tiada mooa ingin memasak.
"nina. Awalnya bangun" ujar noraini yang baru tiba di dapur. Imanina mengerling sekilas.
"umi ni. Memang nina awal bangun pun selama ni" kata imanina sedikit membentak.
"nina dah okey ke? Dah pergi rehat biar umi sediakan sarapan" arah noraini. Pisau di tangan imanina di ambil. Imanina mengeluh. Namun dia turuti juga arahan uminya.
Dia duduk di meja makan. Tangan menongkat kepalanya. Keluhan dilepaskan lagi.
"tak baik mengeluh pagi-pagi ni" tegur aziz hsyam. Kerusi di sebelah imanina di tarik. Punggung dilabuhkan di kerusi itu.
"nina okey ke?" soal aziz hsyam. Soalan yang sama seperti noraini bertanya tadi.
"okey.. " jawabnya sepatah.
Aziz hsyam memandang wajah mendung imanina. Dia tersenyum tipis. Tahu sangat apa yang difikirkan.
"qalif tak ada balik ke semalam?" tanya aziz hsyam lagi. Imanina tersentak. Dia juga tidak tahu. Yang dia tahu baju-baju Tengku Qalif sudah tiada di almarinya.
"nina tak tahu.. " balas imanina.
"abah saja tak kunci pintu semalam. Kot-kot dia balik.. " beritahu aziz hsyam.
"maybe ada kut. Sebab baju dia dah tak ada. " kata imanina perlahan. Aziz hsyam beriak biasa.
"nina dah fikir ke keputusan nina ni? Ada masa lagi kalau nina nak tarik balik kata-kata nina semalam." pesan aziz hsyam.
Imanina mengeleng kepala. Gila ke nak tarik balik. Semalam bukan main lagi. Tu namanya. Ludah jilat balik.
"nina dah buat keputusan abah. Nina tetap nak bercerai dengan dia. " jelas imanina membuatkan aziz hsyam mengangguk.
"kalau itu yang nina nak. Abah tak halang. Tapi satu je abah nak cakap. Moga lepas ni nina bahagia dan tak menyesal dengan keputusan nina." ujar aziz hsyam.
Imanina mengeluh lagi. Pagi ni dah berapa kali dah dia mengeluh. Abahnya dipandang lama.
"dah jom makan.. " noraini berkata sambil membawa nasi goreng tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...