bab 28

1K 32 0
                                    

Tengku Qalif dan yang lain menjamu selera setelah selesai berbincang tentang Daus dan qaisara. Datin mariam memandang Tengku Qalif yang sedang menyamu selera. Riuh meja tersebut dengan kehadiran 2 sahabatnya itu.

"kau makan dulu boleh tak? Asyik senyum-senyum. Sabar sikit!" marah adam rimas melihat daus tersenyum-senyum.

"alaahhh.. Kau ni suka hati akulah. Taulah jealous. " ujar daus sambil menjelir lidah.

"nak buat apa aku jealous. Aku pun ada tunang ok!" Tengku Qalif mengeleng kepala melihat perangai sahabanya itu. Kalau tak gaduh sehari memang tak sah betul.

"qalif bila nak bawa nina balik rumah qalif?" tanya datin mariam. Tengku Qalif mendongak memandang mamanya.

"ohh yaa... Esok qalif bawa nina balik sana." bagitaunya. Memang dah lama dia rancang nak bawa imanina balik ke rumahnya sendiri. Tapi lupa nak bagitau. Imanina mengerut kening. Tidak faham langsung.

"nina ok kan?" imanina memandang datin mariam sebelum mata memandang Tengku Qalif meminta penjelasaan.

"biy ada rumah. Tak jauh pun. So esok kita start tinggal kat sana. Sayang ok tak?" Imanina berfikir sejenak.

"tak apa. Saya boleh je tinggal dengan mama. Lagi pun kesian mama seorang-seorang! " terpaksalah imanina mengelarkan dirinya dengan perkataan saya. Maklumlah adam dan dauskan ada. Nanti apa pula dorang katakan. Cuma depan dorang jelah.

"it's okay mama okey je. Sarakan ada teman mama" datin mariam tersenyum. Imanina mengeluh. Berat hati sebenarnya nak tinggal berduaan dengan Tengku Qalif.

"betul tu. Sara kan ada. " sokong qaisara. Imanina mengangguk kepalanya dengan keterpaksaan. Tengku Qalif menunjuk ibu jari ke arah datin mariam dan qaisara. Tanda terima kasih.

"geli tekak doh. 'Biy' konon. " usik daus.

"nampak sangat jealous!" ujar Tengku Qalif mengejek.

"tak ada nak jealous. Kan sayang!" qaisara tersenyum malu apabila daus memanggilnya sayang depan semua orang. Malu tapi mahu.

"kau jangan lebih-lebih. Aku batalkan juga majlis kamu. Baru tau" ugut Tengku Qalif. Daus mencebik.

"sikit-sikit nak ugut. Nasib abang ipar aku!"

"abang ipar? Bakal ok!" ejek adam. Meletus ketawa mereka semua.

❤❤❤❤❤

Tengku Qalif dan datin mariam menghantar adam dan daus sehingga ke pintu.

"kami balik dulu" ujar adam sopan.

"bye my future brother in law.. " usik daus. Tengku Qalif menumbuk lenggan daus. Adam pula sudah tertawa. Baru saja mereka mahu memasuki kereta. Sesorang memanggil mereka. Lebih tepat  memangil daus.

"boleh tak sara nak jumpa abang daus kejap? " ujar qaisara meminta izin dengan alongnya. Tengku Qalif mencuit hidung qaisara.

"jangan lama-lama sangat!" pesannya. Qaisara pantas berlari mendapatkan daus.

"abang.. " panggilnya separuh menjerit. Daus tersenyum.

"kau semak kat sini buat apa? Pergilah tunggu aku kat kereta" halau daus. Adam yang berada disebelahnya dijeling.

"amboii.. Kau.. " marah adam. Adam meninggalkan mereka menunggu di kereta. Daus kembali memandang qaisara.

"kenapa sayang.. " amboii bukan main ye daus. Miang.

"abang.. Thank you!" ujarnya malu-malu. Daus menjongket kening.

"sebab?"

"yalah.. Sebab sudi terima sara"

Daus tertawa. Kepala qaisara yang berlapik tudung  itu diusap kasar. Muncung terus qaisara.

"abang.. Habis rosak tudung oranglah!" marahnya. Semakin kuat daus ketawa. Mukanya didekatkan dengan qaisara. Seinci je lagi hidung mereka ingin berlaga. Qaisara menelan liur. Mata menjeling ke pintu rumahnya. Mana tau ada alongnya. Tak sia-sia kena lempang pula daus ni.

"why? Takut?" tanya daus masih berkeadaan begitu.

"erkk.. Mana ada" habis merah pipi qaisara. Malu weii. Gila tak malu. Rapat sangat ni.

"abang yang patut berterima kasih dekat sayang. Sudi terima abang!" ujar daus. Kembali serius. Qaisara tersenyum malu. Suaranya masih tidak terkeluar.

"You're embarrassed, darling?" usik daus. Geram melihat wajah malu-malu qaisara. Rasa nak gigit.

"erkk.. Mana Ada.. "

"ye Ke?" wajahnya ditarik semula. Kesian melihat qaisara. Merah sangat muka tu. Sabar jelah daus. Sikit lagi dia nak jadi milik kau.

"okeylah abang..sara masuk dulu ye." tanpa sempat daus menjawab pantas qaisara berlari anak masuk ke rumahnya. Daus tertawa suka. Tak sabar rasanya nak kawin.

"bukan main kau ye.. " usik adam setelah daus sudah masuk ke dalam kereta. Adam yang membawa Kereta itu dikerling.

"apa kau ni?" tanyanya. Tidak faham.

"buat-buat tak faham pula ye!"

"aku serius bodoh!" marah daus. Adam tersengih. Suka sangat usik daus.

"kalau qalif nampak tadi kau dekat-dekat dengan adik dia. Habis kau" barulah daus faham. Mulut dibentuk 'O'.

"sweet sikit-sikit dahlah. Jangan lebih-lebih. " pesan adam yang fokus memandu.

"aku taulah"

"yelah. Orang dah nak tunangkan. Tak fasal-fasal kena cancel. Kau tau je lah qalif tu"

"ishh.. Kau ni janganlah cakap macam tu. Aku taulah. Iman aku kuat masih ni. Tunggu malam pertama. Habis aku kerja kan dia. Hahaha" miang betul lah daus ni. Baru nak bertunang kut. Adam tertawa. Kenal sangat dengan perangai daus. Gatal. Tapi gatal main-main je lah. Walaupun kekadang otak kuning dia datang. Tapi didikan agama dia kuat tau.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now