bab 24

1K 35 1
                                    

Tengku Qalif duduk termenung dibuaian kelaurga imanina. Alhamdulillah hubungan imanina dan aziz hsyam semakin baik. Malam ini Tengku Qalif bermalam dirumah mentuanya. Datin mariam dan qaisara pula sudah balik petang tadi. Datin mariam juga mesra dengan umi imanina. Siap gelak tawa lagi. Qaisara dengan imanina juga macam berkawan. Kalau dorang bercerita tak ingat dunia. Tinggallah Tengku Qalif seorang diri. Dia Bukannya rapat sangat dengan aziz hsyam. Cerita pun nak tak nak je. Nampak sangat aziz hsyam masih marahkan Tengku Qalif.

Tengku Qalif mendonggak memandang langit. Macam ni ke kehidupannya. Sampai bila? Dia sendiri tak tahu. Dia harap sangat suatu hari nanti imanina dapat terima dirinya nanti. Beri kasih sayang yang dia perlukan. Prihatin tentang dirinya. Siapkan makan minum dirinya. Semualah macam suami isteri yang lain.

"Qalif buat apa kat sini. Jomlah masuk dah nak makan malam ni!" Tengku Qalif berpaling menghadap ibu mentuanya. Nasiblah noraini ni jenis peramah dan pemaaf. Kalau tak. Alamat jadi tunggullah Tengku Qalif jadinya. Imanina dengan aziz hsyam memang susah nak pujuk.

"qalif jangan terasa pula ye dengan abah tu. Biasalah. Abah dengan nina tu memang keras kepala sangat." pesan noraini. Bagaikan tahu apa yang bermain dipikiran Tengku Qalif.

"taklah umi. Qalif faham. " balasnya perlahan. Mereka baru saja melangkah masuk ke dalam. Tiba-tiba kedengaraan suara orang memberi salam.

"mommyy.. " siapa lagi yang panggil mommy kalau bukan maira. Imanina membalas pelukan maira. Ubun-ubun maira dicium berkali-kali bagi melepaskan rindu.

"maira.. Rindunya.. " ujarnya melepaskan pelukan. Maira pula mengucup pipi kanan dan kiri imanina.

"abang luqman.. Masuklah" pelawa imanina. Lembut. Cemburu Tengku Qalif melihat cara percakapan imanina terhadap luqman. Dengan dia bukan main lagi garang. Dengan luqman siap berabang bagai. Tak adil betul.

"ahh.. Luqman masuklah" Suara abah pula memanggil. Noraini memandang riak wajah Tengku Qakif. Walaupun beriak biasa namun dia tahu Tengku Qalif terluka sebenarnya.

Lama Tengku Qalif dan luqman berpandangan. Janganlah pula dorang nak bertarung. Sah dua-dua kena halau.

"qalif.. " Tengku Qalif menghulur salam.

"luqman.. " tegang je luqman pandang Tengku Qalif. Sakit hatilah tu.

"jomlah kita makan.. " ajak noraini. Menghilang suasana tegang antara Tengku Qalif dan luqman. Masing-masing jeling tajam. Kalah jelingan perempuan.

Mereka semua menuju ke dapur. Kecut perut malihat lauk-pauk yang dihidang itu. Sangat menyelerakan. Ada sup ayam, ikan masak asam pedas, sayur bendi, timun, sambal belacan. Fuhh.. Mantul.

Tengku Qalif menarik kerusi di sebelah isterinya. Maira pula duduk disebelah luqman yang bertentangan dengan Tengku Qalif. Imanina mencedok nasi ke atas pinggan semua. Tengku Qalif juga turut menolak pinggannya tanda inginkan nasi. Namun imanina tidak pula mencedok nasi untuk suaminya. Apa hal pula ni. Semua di cedokkan. Tengku Qalif je yang tak. Luqman ketawa lalu menutup mulutnya dengan gerakan bibir 'sorry'. Elehh.. Nak gelak tu gelaklah. Tengku Qalif menjeling luqman.

"cedokkan biy nasi boleh?" tanyanya. Masih mengharap agar imanina melayannya. Imanina memandang sekilas. Menyampah.

"ada tangankan. Cedoklah sendiri!" jawabnya. Sekali lagi tawa sinis mengundang dibibir luqman. Mengejeklah tu. Kurang asam betul. Tengku Qalif akhirnya mencedok nasi ke pinggannya sendiri. Sikit saja dia mengambil nasi. Selera mati tiba-tiba. Cemburu melihat imanina dan luqman saling mencedok nasi sesama sendiri. Suami dia tak pula dia nak cedokkan. Siapa suami imanina sebenarnya ni. Tengku Qalif or luqman?

"ada tangan tukan. Ambillah sendiri"sindir Tengku Qalif, pabila melihat luqman menghulurkan pinggannya menyuruh imanina mecedokkan ikan. Imanina pula nelayan je. Sakit hati betul.

"tak apalah. Nak manja-manja dengan nina. Tak salahkan?" ewaahhh boleh pula dia cakap macam tu. Tak salah? Kepala otak kau tak salah.

"kita ni nak bermanja biar bijak sikit. Isteri orang kut. " balas Tengku Qalif masih tidak mahu mengalah. Noraini dan aziz hsyam berpandangan. Imanina pula makin liat menyedok makanan untuk luqman dan maira. Sah luqman yang jadi suami dia agaknya.

"dahlah. Depan rezeki tak baik gaduh-gaduh. " cela aziz hsyam. Tengku Qalif mengeluh cuba membuang sisa-sisa sakit hati dan cemburunya. Sampai hatikan imanina buat macam tu. Layan lelaki lain boleh. Layan suami sendiri tak nak pula. Keluhan dilepaskan lagi. Nasi dikuis-kuis hilang seleranya. Sumpah sakit sangat. Tadi bukan main lagi lapar. Tapi sekarang rasa kenyang sangat. Kenyang dengan layanan diingin imanina. Kenyang dengan ejekkan luqman. Ingat dia ni tak ada perasaan agaknya.

"qalif dah kenyang. Qalif naik dulu" ujarnya seraya terus mencuci tangan dan naik ke atas. Kenyang apanya. Sebutir nasi pun tak masuk mulut lagi. Noraini memandang imanina tajam. Namun imanina hanya beriak biasa. Biar betik dia ni. Tak nampak ke suaminya merajuk tu. Kental betul ye jiwa imanina ni. Waduhhh parah kalau macam ni.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now