bab 32

1K 30 1
                                    

Dengan semangat baru imanina dengan yakinnya keluar dari biliknya. Dia melangkah ke dapur. Air kopi dibancuh. Roti kosong disediakan. Asal ada isi perut. Imanina duduk di meja dapur itu. Baru segigit dia makan roti itu. Dia ditegur membuatkan imanani tersedak, terkejut.

"Uhukk.. Uhukk.. " Tengku Qalif mengosok perlahan belakang imanina. Kopi di minum perlahan. Tangan Tengku Qalif yang berada di belakang ditepis kasar.

"sorry biy tak sengaja" ujarnya. Imanina sekadar menjeling tajam. Tengku Qalif tersengih. Dia duduk disebelah imanina.

"buatkan biy kopi juga boleh?" tanyanya.

"ada tangan kan. Buatlah sendiri" balas imanina. Suapan diteruskan. Tengku Qalif mencebik sebelum membacu sendiri kopinya. Selesai membuat kopi Tengku Qalif duduk semula di tempatnya tadi.

"sayang dah start kerja ke hari ni?" tanyanya.

"dah nampakkan aku pakai baju macam ni. Habis nak pergi mana? pasar" sindir imanina. Tengku Qalif ketawa. Dia rasa imanina sedang buat lawak. Walaupun hakikatnya imanina sedang sindir dia. Pandangannya jatuh ke arah penampilan imanina. Ditilik satu persatu. Cantik.

"ehmm.. Cantik" pujinya iklas. Imanina bangun menuju ke singki. Pinggan dan cawan tadi dicuci. Kelam kabut Tengku Qalif mengikut jejak imanina yang sudah keluar rumah. Cawan kopinya dibiarkan.

"sayang jom biy hantarkan" ujar Tengku Qalif. Imanina yang sudah berniat membuka pagar terhenti. Berfikir seketika. Tempat tinggalnya jarang sikit ada teksi lalu. Kalau dia tolak tawaran Tengku Qalif. Mesti dia lambat sampai kerja. Dah lah hari ni temu duga.

"jomlah. Biy tau sayang nak cepatkan." ujar Tengku Qalif. Faham apa yang bermain dipikiran isterinya. Pintu kereta dipenumpang dibuka. Mempelawakan imanina masuk. Nak tak nak je imanina masuk ke dalam.

Perjalan mereka hanya ditemani dengan radio. Sesekali Tengku Qalif ada juga ajak berbual. Namun tahu sangatlah perangai imanina ni. Suka sangat menternak berlian di mulut.

"masuk simpang ni kan?" tanya Tengku Qalif. Apabila terdapat simpang masuk ke arah kerja imanina. Imanina mengangguk kecil. Kereta diparking setelah tiba di bangunan tempat kerja isterinya. Tengku Qalif menahan imanina yang ingin keluar. Tangan dihulur meminta untuk salam. Imanina memandang pelik. Dia tahu maksud huluran tangan itu. Tapi sengaja buat tak tahu. Tengku Qalif tersenyum hambar. Tangan yang dihulur tadi ditarik semula.

"good luck" katanya memberi semangat. Imanina tidak membalas apa-apa.








❤❤❤❤❤







Imanina gusar menunggu di ruang menunggu. Tangan diramas sesama sendiri. Menunggu gilirannya dipanggil. Seorang perempuan tiba-tiba menyebut namanya. Imanina terus bangun mengikut langkah perempuan itu.

"nur imanina binti aziz hsyam.. "

Saat sampai di pintu bilik CEO itu. Imanina membaca doa. Tombol pintu ditolak. Melihat CEO itu membelakanginya membuatkan dia kecut perut. Sama situasinya saat bertemu dengan Tengku Qalif dulu.

" so miss imanina right" ujarnya tanpa memandang. Imanina mengerut dahi. Suara CEO itu seperti dikenali. Kepala digeleng manaifkan.

"ye.. Saya" jawab imanina lembut. Tiba-tiba CEO itu ketawa sendiri. Kerusinya dipusing. Terbeliak mata imanina saat melihat raut itu.

"abang luqman.. " meniti nama itu dibibirnya perlahan. Terkejut.

"yes..nina" ujar luqman dengan sisa tawanya.

"nina.. Tak tahu pula.. "

"it's okay.. So dah ready nak temu duga" tanya luqman kembali serius. Imanina mengangguk. Luqman tekun meniliti dokumen imanina. Sesekali mulutnya tidak berhenti memuji kepintaran imanina. Memang sangat layak untuk berkerja di sini.

"good.. So nina boleh mulakan kerja esok" ujarnya setelah lama berdiam.

"cepatnya. Betul ke??" imanina menyoal dengan riak terkejut.

"yelah. Kenapa tak suka?" tanya luqman pula. Walaupun dia CEO namun masih tidak boleh mengalahkan kemewahan dan kekayaan Tengku Qalif. Nama syarikat Tengku Qalif sudah dikenali di seluruh dunia. Syarikatnya pula tidak terlalu mewah, tidak juga terlalu miskin. Senang cerita senderhana sahaja. Tapi itu pun sudah dianggap kaya raya. Yalah sebulan berapa juta masuk.

"erkk.. Taklah nina sukalah. Suka sangat. " ujarnya gembira. Luqman tertawa melihat riak kebudak-budakan imanina. Aduhaii.. Jatuh cinta lagi.

"so hari ni abang just bagi nina rehat dulu. Esok baru mulakan kerja" bagitaunya.

"aba.." teragak-agak imanina ingin memanggilnya abang. Yalah tempat kerja kut. Nanti orang dengar macam mana. Sekali lagi ketawa luqman pecah melihat riak bingung imanina. Adehh.. Berapa kali dah ketawa hari ni.

"just call me abang" katanya. Faham sangat apa yang bermain di fikiran imanina. Imanina tersenyum kelat.

"bukannya macam tulah. Boleh tak kalau nina panggil macam orang lain panggil abang?" tanya dengan riak polos.

"why? Ok apa panggil abang"

"ishh.. Mana ada ok lah. Nanti apa pula orang pandang nina kalau nina panggil abang dengan panggilan abang. " jelasnya.

"pedulikan apa orang nak cakap" luqman masih berdegil. Imanina mengeluh kecil. Luqman tersenyum. Tahu sangat imanina tidak suka campurkan hal pribadi dengan hal kerja.

"call me bos" ujarnya. Imanina tersenyum lega. Memang luqman ni orang yang sangat memahami. Bukan macam Tengku Qalif suka memaksa. Iya ke? Bukannya Tengku Qalif sentiasa bertolak ansur ke. Tengolah imanina nak tidur berasingan Tengku Qalif bagi. Kalau kita bina ego tinggi sangat ni susah tau. Kebaikan orang pun tidak dinampak. Semua salah.

"ok bos" jawabnya. Gembira. Siap ditabik tangan bagai.

"tapi kalau luar pejabat. Kena panggil abang, abang" ujarnya memberi pesanan. Sekali lagi imanina mentabik tangan. Luqman tersenyum kepala digelengkan.





Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now