Imanina membasuh mukanya. Bangun saja dari tidur tadi, Tengku Qalif sudah pun tiada. Mungkin kerja kut. Sekarang dah jam 8 mestilah masuk kerja. Imanina pula disarankan bercuti selama seminggu. Dia masih lagi kerja tempat Tengku Qalif. Sementara mendapat tawaran kerja.
Nasiblah hari ni period. Tak payah nak bangun subuh. Imanina terlajak tidur selalunya 6.30 atau jam 7 dah bangun. Kali ni lambat sikit. Maybe penat.
Ipohenya dicapai. Terdapat 10 missed call dari luqman. 3 mesej juga dari luqman. Pantas mesej tersebut dibuka
Abang luqman
Nina..betulke nina dah kawin. Abang nak jumpa nina. Abang nak dengar dari mulu nina sendiri
Kita bincang tempat biasa
Jam 9 ok. Abang tunggu
Imanina mengeluh. Nampak gaya luqman mesti dah tahu. Imanina ragu-ragu nak jumpa ke tak. Tapi dia perlu jelaskan hal sebenar. Kaki melangkah keluar. Pintu bilik Qaisara diketuk.
"akak.. Kenapa?" tanya qaisara.
"boleh tak akak nak pinjam baju sara. Akak nak keluar kejap. "
"baju yang along belikan kenapa tak pakai?" kali ini imanina terdiam. Bukan tak nak pakai tapi tak rela nak pakai. Tak kuasa nak pakai baju yang dibeli oleh Tengku Qalif. Jijik. Begitu sekali ye imanina jijik kat Tengku Qalif.
"sorry.. Jomlah masuk. Akak pilihlah baju yang akak suka. " ujar qaisara. Serba salah menyoalkan isu tadi.
❤❤❤❤❤
Hati berdebar saat melihat figura seseorang yang sedang duduk sambil memandangnya tepat. Tidak berkalih sedikit pun. Semakin kaki melangkah semakin kuat debaran di hati. Kerusi ditarik. Berpura-pura tenang walhal hati dah gusar sangat.
"sorry nina lambat"
"tak apa. Nina orderlah dulu"
Selesai membuat pesanan keadaan kembali sunyi.
"abang luqman.. " panggil imanina lembut. Melihat luqman hanya bermain dengan straw itu. Tahu yang luqman kecewa. Semakin rasa bersalah melihat wajah terluka itu.
"nina minta maaf. I 'am so sorry.." ujarnya. Kepala ditunduk. Air mata ditahan supaya tidak jatuh.
"abang maafkan. Abang tau ada salah faham berlaku. Abang kenal nina macam mana! Abang tau nina takkan buat macam tu" katanya tenang.
"abang cuma nak tau macam mana benda ni boleh terjadi. Please bagitau abang.. Nina" pujuknya. Imanina memberanikan diri memandang luqman. Walaupun tiada perasaan langsung terhadap tunangnya ini.. Opsss ex tunang. Tapi tidak ada niat langung nak permainkannya.
"nina cerita pun bukannya boleh putarkan masa. Semua dah terlambat. Nina dah kawin dengan tengku qalif abang. " bergetar suara saat sebut perkataan kawin.
"abang tau. Please cerita kat abang. Sekurang-kurangnya beban nina berkurang. Ada orang yang percayakan nina. Abang percaya kat nina" luah luqman. Masih tidak putus asa.
![](https://img.wattpad.com/cover/270148239-288-k8120.jpg)
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomansaTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...