bab 42

1.3K 35 1
                                    

Imanina dan uminya sibuk memasak di dapur. Habis saja solat mahgrib berjemaah terus mereka turun ke bawah menyediakan makanan.

"umi lobak ni nak potong macam mana?" jerit imanina. Noraini datang mendekati. Pisau di tangan anaknya di ambil.

"potong hiris macam ni je." kata noraini sambil menunjuk cara memotong lobak ni.

"okeyy.. " imanina mengambil semula pisau itu dan terus memontong lobak seperti yang telah di ajar oleh uminya tadi.

"nina masak sayur ni nanti okey. Umi nak letak lauk-lauk ni kat depan." arah noraini. Imanina sekadar membalas dengan anggukan.

Sedang imanina khusyuk memotong lobak tiba-tiba terasa ada tangan menjalar di pinggangnya. Pantas dia berpusing tapi terhalang.

"apaaaa ni... Lepaslahh.. " marah imanina. Tengku Qalif buat tak tahu je. Dia rasa macam nak manja-manja pula dengan isterinya hari ni.

"lepaslaahh.. " sekali lagi imanina mencuba meleraikan pelukan di pinggangnya namun masih tiada perubahan. Malah semakin erat pula.

"i miss youu.. " ujarnya selamba dan mengucup lembut pipi kiri imanina. Terbeliak mata imanina dengan ciuman spontan itu. Terasa semakin berapi-api kepalanya.

"kau dengar tak ni? Aku kata lepas. Lepaslahh.. " marah Imanin lagi. Kali ini kemarahan sudah sampai ke puncak. Dengan segala tenaga dia menolak kuat tubuh Tengku Qalif. Tangan mengelap pipi kirinya. Bagai menghilang kesan ciuman itu.

"sekali lagi kau sentuh aku. Aku cekik kau biar mati terus. Aku jijik tau tak?" marahnya. Tengku Qalif terkaku mendengar imanina menyebut jijik itu. Hatinya terguris. Namun cepat-cepat dia mengukir senyuman. Cuba melawan rasa sakit di hati.

"sorryy.. " ujarnya perlahan dan terus melangkah keluar dari dapur itu. Tidak mahu kemarahan imanina semakin tinggi. Dia sendiri tidak tahu apa yang Merasukny. Sampai berani peluk dan cium imanina.

Imanina merengus kasar. Kerjanya tertanggu tadi di sambung semula. Nasib je penampar ketiga nya tidak melayang di wajah kacak itu.

"assalamualaikum..."

"walaikumsalam.. "jawab Tengku Qalif dan aziz hsyam serentak. Kebetulan juga mereka hanya berbual kosong di ruang tamu. Tengku Qalif mengikut jejak aziz hsyam untuk menyabut tetamu.

"luqman.. Masuklah" pelawa aziz hsyam. Lama luqman dan Tengku Qalif berpandangan. Masing-masing memandang dengan perasaan berbeza. Satu pandang dengan pandangan marah. Seorang lagi dengan pandangan cemburu.

"hi atookk.. " sapa maira. Yang berada di dukungan luqman itu terkapai-kapai mahu dilepaskan.

"rindunya dengan cucu atok ni. " aziz hsyam mengambil maira dari dukungan luqman. Tersenyum suka maira apabila diangkat oleh aziz hsyam. Mereka bertiga menuju ke dapur.

"maairaaa... " jerit imanina. Maira berlari terus tubuh imanina dipeluk erat. Imanina membalas pelukan itu sambil mencium ubun-ubun maira berkali-kali.

"i miss you so muchh mommyy.. " ujar maira.

"i miss you too.." balas imanina. Pipi maira sekali lagi dicium.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now