bab 15

1.1K 37 1
                                    

Rumah dua tingkat milik aziz hsyam kelihatan sangat sunyi tanpa kehadiran imanina. Yalah dah imanina je anak mereka. Sebab tulah dorang setuju je luqman masuk meminang imanina. Merialah sikit rumah ni. Lagipun anak mereka tu dah boleh dah kawin.

"apa agaknya nina buat ye bang?"

"kamu ni tak habis-habis lagi membebel. Bukannya jauh sangat selangor tu. "

"taklah saya risaulah. Sejak tadi lagi nina tak jawab call"

"sibuk agaknya. Nanti pandailah dia call balik tu"

Umi imanina mengeluh, sungguh dia risau akan keselamatan anak daranya itu. Tak pernah-pernah tak jawab call. Dalam dia memikir imanina tiba-tiba telefon aziz hsyam berbunyi.

"siapa tu bang? Nina ke? " laju saja dia bertanya. Namun gelenggan suaminya mematikan senyum yang terbit dibibirnya tadi.

"ye walaikumsalam"

"pejabat agama??"

Semakin gusar umi imanina jadinya mendengar jeritan suaminya.

"baiklah saya datang sekarang" setelah menamatkan panggilan. Terus dia bertanya

"kenapa ni bang??" risau melihat suaminya yang mengurut dada.

"nina.. Nina kena tangkap khalwat"

"astagafirullualazimm" jatuh air matanya. Patutlah hati dia rasa semacam je.

"jom kita gie pejabat aqama sekarang!!"

❤❤❤❤❤

Imanina duduk di kerusi yang telah disediakan. Tangan menutup mukanya. 'macam mana reakasi umi dan abah nanti. Kalau abang luqman tahu nanti apa yang aku nak cakap!' fikiranya buntu mengenang nasib malangnya.

Tengku Qalif hanya memandang imanina yang menangis sejak tadi lagi. Perasaan bersalah timbul disinaburi hatinya, namun hanya itu saja cara mendapatkan imanina. Dia iklas mencintai imanina. 'betul ke apa yang aku buat ni ya allah!' bisik hatinya. Lagi nak tanya ke Qalif oii, dah terang-teranglah tak betul.

"Tengku Qalif" serentak imanina dan Tengku Qalif memandang. Kelihatan wanita separuh umur dan gadis seperti sebaya imanina. Laju Tengku Qalif mendapatkan mamanya. Ya dia tela memaklumkan sendiri kepada keluarganya. Pak hamid iaitu driver mereka hanya memandang dari jauh. Tiada niat langsung nak masuk campur.

"apa Qalif buat ni ahhh.. " marah mamanya, datin mariam. Tengku Qalisha yang berada di sebelah mamanya hanya mengosok perlahan belakang tubuh tua itu.

"ma...Qalif minta maaf.. Qalif akan bertanggujawab k. Nanti  Qalif explain kat mama." pujuk Tengku Qalif.

"mama tak pernah ajar anak mama buat macam ni"katanya lemah. Kecewa teramat. Tengku Qalif memeluk mamanya yang sedang menangis itu.

"Qalif minta maaf ma. Qalif buat pun bersebab" Qaisara hanya diam. Tidak tahu nak buat apa.

Kereta alza berwarna hitam tiba-tiba memasuk pejabat aqama tersebut. Saat memandang figura yang turun dari kereta, serta-merta imanina mengigil. Enta masuk hari ni dah berapa kali dia mengigil. Belum sempat kaki melangkah pipinya ditampar. Imanina terkejut buat pertama kalinya aziz hsyam menampar wajah imanina.

Masing-masing terkedu Tengku Qalif mengenggam penumbuk. Terasa menyesal membuat rancangan ini tanpa memikir akibatnya. Ahh.. Baru nak menyesal ke Qalif oii.. Apapun masa tidak boleh diundur semula. Berani buat berani tanggung.

"abang mengucap bang" kata umi imanina sambil memeluk anaknya yang masih lagi menangis ketakutan.

"abah kecewa dengan nina. Selama ni pernah ke abah naik tangan dengan kamu. Pernah ke nina?  Sebab tak pernahlah abah sayangkan kamu. Tapi apa yang abah dapat. Abah tak sangkah perangai kamu macam ni. Apa abah nak cakap dengan luqman nanti. Abah malu ada anak macam ni. Abah malu!!" jelas kelihatan mata tua itu berair tanda kecewa bercampur marah yang teramat. Imanina melutut memegang kaki abahnya.

"abah.. Nina minta maaf bah. Nina minta maaf!! Tolonglah abah" rayu imanina. Muka dah merah habis. Mana taknya sejak tadi lagi menangis.
Tanpa dapat ditahan jatuh juga air mata aziz hsyam. Anak inilah yang selalu membuatkannya ketawa dan tersenyum namun hari ini anak inilah juga yang membuatnya kecewa.

"maaf pakcik. Tak apa saya akan bertanggujawab. "tiba-tiba Tengku Qalif menyampuk.

Aziz hsyam memandang Tengku Qalif tajam sebelum berkata sinis.

"baguslah kalau kamu reti nak bertanggujawab. Sekarang juga pakcik nak kamu nikah. Malam ni juga"

Imanina yang mendengar pantas menggeleng

"nina tak nak. Umi tolong nina. Nina tak nak kawin dengan lelaki tak guna ni. " rayu imanina.

"abah tak kira ini keputusan  abah. Kalau betul nina sayang abah. Kawin dengan dia. Muktamat" kata abahnya tegas.

"baiklah kalau macam tu. Memandang alih keluarga semua dah tiba. Marilah kita masuk. Bincang kat dalam". Kata pegawai yang sejak tadi lagi hanya menjadi pemerhati.

Imanina bangun dari melutut abahnya. Tidak semena-mena tamparan kedua dihadiakan buat Tengku Qalif. Semua terkejut.

"kau puaslah sekarang. Puas hati ahh..kau nak sangatkan kawin dengan aku. Ok aku kawin dengan. Aku akan pastikan kau menyesal. " jerit imanina bagai kerasukan.


Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now