bab 21

1K 41 1
                                    

Tengku Qalif yang meletak ais diwajah itu sambil duduk di ruang tamu itu terkejut saat terdengar suara mamanya. Kus semangat.

"Qalif apa dah jadi ni?" tanya mamanya risau melihat kesan merah dibibir anaknya. Segera ais yang ditangan Tengku Qalif diambil. Sebelum perlahan-lahan menyapu tempat yang luka.

"tak adalah ma.. " jawab Tengku Qalif. Sesekali dahinya berkerut menahan sakit.

"mama tau Qalif bergaduhkan dengan nina" ujar datin mariam. Bukannya dia tak dengar suara orang menjerit tadi. Tapi malas nak masuk campur. Biarkan dorang suami isteri urus sendiri.

"ehmm.. Entahlah nina tiba-tiba pula mengamuk balik tadi. "

"cuba tanya dia elok-elok.. "

"nak tanya macam mana. Asyik mengamuk je. Macam singa betina dah" ujarnya selamba. Datin mariam yang mendengar pantas menekan kuat cela bibir anaknya yang terluka itu.

"aduhhhhh.. Ma.. Sakitlah"rugut Tengku Qalif.

"ada ke samakan menantu mama dengan singa. Ahh memang nak kenalah jawabnya" kata mamanya, geram. Tengku Qalif ketawa.

"yalah.. Sorry.. "

"kenapa nina mengamuk tadi" tanyanya masih tidak berpuas hati.

"tadi dia kata dia balik rumah abah dia. Tapi abah dia still marahkan dia. Qalif rasa serba salahlah ma.. " datin mariam mengeluh mendengar luahan Tengku Qalif. Dia tahu yang Tengku Qalif perangkap imanina. Memang antara mereka tiada sebarang rahsia pun.

"kalau rasa bersalah. Pergilah jumpa mentua kamu tu bagitau hal sebenar. " katanya. Tangan berhenti daripada terus menyapu ais tadi. Di genggam tangan anaknya itu.

"Qalif janji dengan mama bahagiakan nina. Dia dah cukup terseksa tau Qalif buat macam ni. " pesannya.

"Qalif tau. Tapi qalif takutlah nak jumpa mentua qalif. Garang gila. Macam anak dia juga" amboi sempat ye selitkan nama imanina.

"tengo tu. Mana tak garang kalau kamu buat perangai macam ni" marah datin mariam. Tengku Qalif tersengih. Semua nak salahkan dia sebab kenapa imanina layan dia teruk sangat. Walaupun memang salah dia pun sebenarnya. Memang layaklah. Padan muka.

"hihihi..tapikan ma..kalau mama kenal nina yang dulu. Fuhh..  Dulu dia sopan-santun, baik. And bila dia malu tu ya allah merah sangat pipi tebam dia tu. Rasa macam nak gigit je geram. " cerita Tengku Qalif. Kan bagus kalau imanina layan dia macam tu.

Sebak Datin mariam mendengar cerita anaknya. Tahu sangat yang anak cintakan imanina. Kalau tak, tak adanya rancang perkara gila ni. Buat pertama kalinya dia nampak anaknya gembira jika bercerita tentang perempuan termasuk qaisara. Tengku Qalif ni susah nak jatuh cinta dekat orang. Kiranya imanina tu cinta pertama dialah. Jatuh cinta pandang pertama macam tu..

"dahlah.. Mama nak tengo nina pula. " sempat dia berkata sebelum naik ke atas. Sayang sangat ye dengan menantu dia tu.

❤❤❤❤❤

Tokk.. Tokk.. Tokk..

Datin mariam mengetuk bilik. Namun tiada langsung sahutan.

"nina mama ni. Boleh mama masuk?" ujarnya separuh menjerit. Tidak lama kemudian keluar menantunya tanpa mengenakan tudung. Pertama kali nampak imanina buka tudung depannya. Ayu sangat. Patutlah Tengku Qalif jatuh cinta. Ni kalau Tengku Qakif nampak tak ke gugur iman dia.

"sorry.. Jomlah ma masuk" kata imanina. Pintu ditutup sebelum dikunci kembali. Datin mariam duduk di birai kantil anaknya itu. Mata memandang imanina yang masih berdiri didepannya. Sebam muka imanina. Mesti bekas menangis ni.

"mehh sini duduk" katanya sambil menarik tangan imanina.

"nina ok ke?" tanyanya prihatin. Imanina mengangguk.

"kalau nina nak cerita dekat mama. Boleh je. "

"tak adalah ma. Nina cuma rindu kat umi" ujarnya, serak. Kepala imanina diusap lembut.

"nina sabar ye.. Mama tau apa yang Qalif buat dekat kamu. Dan Mama juga tau kenapa Qalif tu boleh buat macam tu" katanya.

"sebab dia cintakan nina" sambungnya lagi. Imanina sekadar mendengar. Datin mariam tersenyum tangan imanina pula diusap.

"mama tak marahkan nina kalau  nina buat qalif macam tu. Memang patut pun dia rasa. Kalau mama pun mama marah gila. Rasa nak bertukar jadi kingkong" . Tertawa kecil imanina jadinya. Perangai datin mariam sama je macam qaisara. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Tak gitu.

"mama cuma nak bagitau, yang qalif memang sayangkan nina iklas. Walaupun cara dia tu salah sama sekali. Mama boleh nampak keiklasan dia tu melalui cara dia pandang nina. Qalif ni sebenarnya panas baran tau. Tapi tak sangkah pula dia boleh bersabar bila nina kasar-kasar kat dia.  Mama terkejut sangat masa tu." cerita datin mariam. Melihat menantunya tidak membalas sebarang respon. Membuatkan dia terus menyambung cerita. Kita anggap imanina ni macam berminat je nak dengar cerita tentang Tengku Qalif.

"qalif yang periang berubah bila papa dia meninggal. Lama dia murung sebab papa dia. Maklumlah rapat sangat dengan papa dia. Macam belangkas. Dekat orang memang dia diingin sejak papa dia meninggal. Tapi kat mama,qaisara dengan kawan-kawan rapat dia tak adalah diingin. And alhamdulillah  dia semakin ceria sedikit demi sedikit. Bertambah ceria sejak dia jumpa nina. " panjang lebar datin mariam bercerita. Imanina sama macam tadi diam saja. Namun sebak juga mendengar cerita bapa mentuanya itu. Bukan sebab Tengku Qalif ye guys.

"mama harap sangat suatu hari nina boleh terima dia. Maafkan dia. Mama tau bukan senang. Tapi mama minta nina cuba layan dia sekali je. Cuba bergurau dengan dia. Macam kawan tu. Lama-lama mama yakin nina boleh buka hati untuk dia. Mama tak minta sekarang tapi mama harap nina cuba bahagiakan dia sekali."

"nina tak janji" jawabnya perlahan. Berharap datin mariam faham situasinya. Datin mariam mengangguk. Dia tahu imanina tertekan buat masa ni. Satu je doanya. Iaitu melihat imanina dan Tengku Qalif bahagia. Amin ye guys..

"mama faham. Mama tak paksa nina. Nanti turunlah kat bawah. Kita sembang-sembang. Jangan berkurung je kat bilik. Tak baik." pesan datin mariam sebelum melangkah keluar.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now