bab 11

963 33 1
                                    

Akhirnya hari pertunangan imanina telah pun tiba. Mereka hanya membuat kecil-kecil sahaja, pelamin pun biasa-biasa je. Boleh asalkan ada. Imanina sekadar memakai kebaya pahang berwarna biru laut, dikenakan pula dengan tudung shawl berwarna pink pudar. Walaupun kelihatan biasa namun tetap menawan. Make up pun sepupu imanina je yang buat. Malas nak upah orang lagi pun memang imanina nak sepupu dia juga yang make up kan sebab tak terlalu tebal dan free of charge. Jimat duit. Heheheh.. Tampal-tampal dah siap ni baru make up sikit muka imanina dah cantik sangat maklumlah imanina ni jarang nak make up lawa. Sekadar gincu, bedak, dah siap

Imanina duduk di pelamin kecil di ruang tamu mereka. Walaupun kecil tapi cantik. Simple je. Dah berpeluh dah tangan imanina melihat tetamu yang hadir tak ada lah banyak sangat sekadar kawan-kawan imanina dan luqman, keluarga terdekat itu je. Tak payah ramai-ramai.

Seketika bakal mentua imanina datang mendekat, Nor Hajah. Disarung cincin di jari manis imanina

"terima kasih sudi terima anak mama dan cucu mama. Terima kasih sangat." ujarnga seraya terus memeluk imanina. Imanina sekadar mengangguk kepala sambil mengusap lembut belakang Nor Hajah.

"Dah-dah.. Jom kita makan, dah lapar ni! " suara papa luqman menghentikan drama tadi. Nor Hajah tersenyum memandang imanina sebelum berdiri sempat dia berkata

"janji dengan mama yang nina tak kan kecewa kan luqman. Janji ye nak.."

"insya allah." hanya itu yang mampu imanina ucapkan. Jujur hatinya masih ragu-ragu menerima pinangan ini kerana imanina hanya menganggap luqmam sebagai abangnya tak lebih. Tapi dia akan berjanji untuk belajar mencintai lelaki itu.

Setelah selesai makan imanina duduk di buaian belakang rumahnya. Sengaja menjauh tetamu yang riuh bercerita di dalam ingin bersendirian memikir status nya kini sudah bertunang. Cincin tadi dipandang sekarang dengan rasminya dia sudah bertunang dengan luqman. Bibir mengeluh cuba mengusir kegusaran di hati.

"terima kasug terima abang"

Terhenjut bahu imanina dek rasa terkejut, tangan mengusap dada. Luqman melabuhkan tempat duduk di hadapan imanina. Mata tidak lepas memandang tunangnya dihadapan. Aduhh jatuh cinta lagiii..

"abang ni, terkejut nina. Cubalah bagi salam dulu ke?" marah imanina marah-marah manja. Luqman ketawa lucu melihat imanina menjelingnya. Comelll...

"sorry, janji tak buat lagi"kata nya. Keadaan sunyi sekejap masing-masing mendiamkan diri. Kekok rasanya bukan tak pernah mereka duduk berduan tapi kali ni rasa aura dia lain sikit mungkin dulu duduk sebagai teman sekarang dah duduk seperti berpasangan. Imanina perasan mata luqman tak habis-habis renung dia macam nak telan. Gatall..

"so esok nina kerja ke?" luqman bersuara bagi menghilang suasana yang sunyi. Dia tahu imanina tak selesa. Imanina mengangguk. Nasiblah hari pertunangan nya kena pada hari orang cuti. Tak payahlah nak minta cuti lagi. Nak jawab itu ini lagi dari bos a.k.a Tengku Qalif.

"abang hantarkan nina gie kerja nak"

"tak apa lah, nina boleh je naik teksi or grab!" tolak imanina lembut. 

"it's okay, nanti abang datang jemput k" luqman masig tidak mahu mengalah.

"tak payahlah susah abang.. " belum sempat imanina menyambung ayatnya pantas luqman mencela

"tak susah pun. " ujarnya masih berdegil.

"okeyylah kalau abang nak juga jemput" kata imanina mengalah. Dia tahu nak tolak macam mana sekali pun tetap juga luqman nak hantarkan.

"jam 7 abang datang" katanya gembira.

"amboi bukan main ekk dating"usik sepupu-sepupu imanina yang entah muncul dari mana.

"pandai je kau" marah imanina.

"alahh.. Cakap jelah jealous.." kata luqman.

"tak adanya nak jealous. Tu dorang dah panggil dah tu nak ajak bergambar, kalau nak sangat dating tunggu je malam pertama" bertambah merah muka imanina di usik sebegitu.

"abang kena pandai pujuk sikit tau  imanina ni kalau malam pertama nanti. Nina ni pemalu sikit..."

"ee.. Kuning kan..dah lah jom masuk" marah imanina. Sepupu dia ni memang kuat mengusik dah tu otak kuning pula tu. Luqman hanya ketawa sambil menggelang. Lucu melihat imanina seperti cacing kepanasan. Malu sangat tu dah merah pipi.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now