Imanina dan keluarga sibuk menyamu selera..makan malam ini sedikit berlainan kerana umi dan abahnya menjemput luqman sekali.
Beria benar uminya memasak lagaknya bagai menantu datang. Nauzubilah..
Tak mainlah kawin-kawin ni. Umur muda lagk kut baru 23. Banyak lagi nak buat masa muda-muda ni"mommy, boleh tak kalau maira nak tidur dengan mommy" ujar maira.Imanina tersengih sebelum memandang abah dan uminya meminta kebenaran. Kedua orang tuanya hanya mengangguk tanda mengizinkan
"boleh sayang, tapi tanya daddy dulu"ujar imanina, lembut. Terus saja maira memandang luqman dengan wajah sengaja di comelkan memohon agar permintaannya ditunaikan
"tak susahkan nina ke? "tanya luqman, segan pula rasanya.
"taklah,mana ada.. Bolehlah abang lagipun nina kira nak bawa maira jalan-jalan lah esok. Nak luang masa dengan dia. Boleh? "
Aduhai berdiri tegak bulu roma luqman mendengar suara lembut itu.
"ok lah macam tu.. "katanya sambil mengangguk kepala
"yeahh.. Sayang daddy!"jerit maira,teruja.
"amboi happy ye anak mommy ni"
"mestilah.. Kita tak pernah tidur sama-sama.. Ehmm apa kata mommy temankan maira dengan daddy kat rumah"ujar nya. Terbeliak mata mereka mendengar kata-kata maira..
"tak bolehlah sayang!" imanina hanya mengusap lembut rambut ikal milik maira perlahan. Maklumlah budakkan mana nak tau hukum hakam agama.
"kenapa??" polos saja caranya bertanya
Imanina tidak menjawab sebaliknya berbalas senyuman dengan luqman yang sejak tadi memandangnya"dah makan dulu"
❤❤❤❤❤
Setelah luqman balik. Terus imanina membawa maira masuk ke biliknya. Tak sempat nak berbual panjang, maira dah lena. Imanina perlahan-lahan mengucup dahi maira.
Pikiranya melayang memikir permintaan abang luqman tadi..
Habis sahaja makan malam. Mereka hanya duduk berbual di ruang tamu.
"Ehmm.. Ehmm.."
Tiba-tiba saja semua mata memandang luqman yang ingin berkata sesuatu
"pakcik..sebenarnya luqman nak cakap sesuatu ni"ujar nya
"apa dia luqman macam serius je?!"tanya abah imanina, Aziz Hysam
"ehmm.. Macam ni, luqman dah berkenaan sangat kat nina ni. Luqman yakin dia boleh jaga anak luqman. Luqman kesiankan maira je pakcik, asyik-asyik sebut pasal mommy dia. Tapi saya iklas nak jadikan nina isteri saya. Saya sayang dan cinta nina sepenuh hati saya. Ni bukan pasal maira je, tapi hati saya dah berkenaan"kata-kata itu membuatkan semua memandang imanina
Terasa bagai mimpi. Nak je dia masuk bilik. Aduh muka dah merah-merah dah ni. Luqman ni jujur sangat tak ada angin, tak ada ribut, tetiba je luahkan perasaan depan umi,abah pula tu. Alahh orang dah berpengalaman memang macam tu, tak ada istilah malu-malu kucing. Kang tak cakap melepas pula.
"ahhh.. Baguslah tu pakcik ok je.. Pakcik pun dah berkenaan sangat dengan kamu ni"ujar abahnya. Ni lagi satu, aduii.. Tersenyum luqman mendengar nampaknya misi memikat hati bakal mentuanya sudah berjaya. Sekarang misi memikat bakal isterinya pula.. Amboi bukan main ekk..
"tapi kita tanya embun badannya dululah..nina ok tak?"tanya abahnya
Sekali lagi imanina menjadi tumpuan mereka. Alahai nak jawab apa ni. Nak tolak tak sampai hati, nak terima..hati belum sedia lagi.. Aduhh.. Nasib kau lah nina
"ekk.. Bagi nina masa boleh?" ujarnya memandang luqman. Luqman mengangguk yalah imanina muda lagi..so kita bagi dia masa sikit..
"ok..abg harap jawapan nina nanti 'yes'" sempat pula bagi pesanan. Imanina hanya senyum kecil.
'aduhhh.. Macam mana ni??' jerit imanina perlahan. Serabutlah macam ni. Imanina sekali lagi mengucup dahi maira 'mungkin aku akan buat demi maira' bisiknya, perlahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...