bab 44

1.4K 33 0
                                    

Laju kereta BMW Tengku Qalif melintasi jalan raya. Hati nya sakit. Pedih tidak terkata. Dia memandu dengan had yang paling laju. Sebelum tiba-tiba berhenti di simpang jalan. Stereng kereta di hempas berkali-kali menghilangkan rasa sakit hati dan marah.

"ARGHHH..... " jeritnya sekuat hati. Kepala di letak di stereng. Air mata yang sejak tadi ditahan akhir tumpah membasahi pipi. Tidak pernah lagi dia menangis seperti ini. Keputusan sudah pun dibuat. Dia sendiri tidak tahu mahu balik ke mana. Kalau nak balik rumah mamanya takut pula mama risau. Lagi-lagi dengan keputusan mereka yang ingin bercerai.

Tengku Qalif turun dari kereta. Memandang ke arah langit sambil menyandar diri di kereta. Terasa tenang. Sekali lagi air matanya turun. Cepat-cepat di seka. Tidak mahu terlihat terlalu lemah.

Bibir menguntum senyuman. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik. Ini adalah jalan yang terbaik. Jodohnya dengan imanina hanya setakat ini. Iphone nya dikeluarkan. Di cari-cari gambar imanina. Di usap lembut.

"i love you so much.. " hanya itu yang terluah di bibirnya. Sakit hanya dia dan tuhan yang tahu. Siapa sangkah perkawinan yang dibina hancur seperti ini. Perkawinan yang dipertahankan hancur dengan sekelip mata. Usahanya hanya sia-sia.

Nafas di tarik panjang dan dihembus perlahan-lahan. Suka atau tidak. Ini adalah jalan yang terbaik. Dia perlu kuat. Banyak lagi tanggujawab yang perlu dia pikul. Mama dan adiknya masih perlukan dia. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia harus bertahan seolah-olah tidak terkesan langsung.





Tokk.. Tok.. Tokk..

Imanina mengesat air matanya apabila mendengar ketukan di pintu. Pintu dibuka. Wajah uminya jelas kelihatan seperti baru habis menangis.

"nina okey?" tanya noraini lembut. Imanina mengangguk. Dipelawa uminya masuk ke dalam.

"nina okey tak ni?" sekali lagi noraini bertanya. Punggung turut dilabuhkan di sisi imanina yang duduk di tepi kantil.

"okeylah.. " balas imanina perlahan. Sehabis mungkin dia menahan air matanya.

"betul ke apa yang nina buat ni? Nina serius ke?" soal noraini. Membuatkan detak jantung imanina semakin laju berdegup. Dia sendiri keliru. Dia mahu perceraian tapi dalam masa yang sama dia rasa sakit sangat.

"umi tak paksa nina untuk kembali dekat qalif kalau betul nina tak bahagia dengan dia" ujarnya. Tangan mengosok-gosok belakang imanina.

"umi harap keputusan nina betul. Umi doakan lepas ni kamu lebib bahagia" katanya lagi. Entah kenapa imanina terasa disindir. Noraini bangun perlahan.

"rehatlah.. " ujarnya. Dahi imanina dikucup. Pintu di tutup. Dan saat itu juga air Mata imanina kembali menitis. Puas dilarang. Puas ditahan. Tapi air matanya degil juga mahu keluar. Terhenjut-henjut bahunya menangis.

Kenapa nak nangis lagi kalau ini yang di mahu selama ini. Bukankah ini yang ditunggu. Bebas dari Tengku Qalif. Bukankah dengan peceraian ini yang buat dia bahagia.

Imanima merebahkan dirinya. Perasaannya bercampur baur. Risau akan keadaan Tengku Qalif sekarang. Rasa bersalah buat Tengku Qalif begina. Terasa sakit. Sedar tak sedar akhirnya mata nya mula layu. Akhirnya dia lena bersama air mata yang entah bila akan berhenti.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now