bab 46

1.9K 41 0
                                        

Tengku Qalif lincah menyediakan sarapan paginya. Simple je. Kopi dan sandwich. Dia duduk di kerusi sambil menikmati sarapanya. Sekali kunyah, mengeluh. Sekali lagi kunyah, termenung. Entah apa yang difikirkannya.

Selesai makan sarapan. Tengku Qalif terus mengambil kunci kereta. Sepatutnya hari ini dia cuti. Tapi memandangkan tak ada apa nak buat lebih baik kerja.

Terasa hari ini hidupnya tidak lengkap tanpa melihat wajah kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan imanina. Tengku Qalif mengeleng cuba mengusir bayangan imanina difikirannya. Kembali ke alam nyata.

Mengambil 45 minit barulah Tengku Qalif sampai ke pejabatnya. Baru saja kaki mahu melangkah masuk. Dia ditegur.

"erkk.. Tengku bukan cuti ke hari ni?" tanya nelly pelik. Tengku Qalif tersengih. Maklum dah cakap nak cuti seminggu memandangkan dia balik ke rumah mentuanya. Namun apakan daya. Lain pula jadinya.

"cancel!" jawabnya sepatah. Nelly mengangguk. Nampak lain macam mood Tengku Qalif hari ini. Jadi langkah keselamatan ialah just diam.

Tubuh dihempas ke kerusi kerjanya. Komputer di buka. Tangan mula menaip tapi terhenti untuk seketika saat iphonenya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

My love 🌹

Saya nak balik rumah. Nak ambil baju.

Ringkas saja mesej itu namun boleh membuatkan Tengku Qalif terasa sebak. Tangan ligat membalas mesej.

Tengku Qalif
Petang nanti boleh. Saya kat pejabat ni.

Tidak sampai seminit. Chat Tengku Qalif sudah terbalas.

My love 🌹
Okey!!

IPhone nya terus disimpan dilaci. Sakit hati nak balas. Mereka berbalas mesej seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tengku Qalif mengeluh. Rambut yang tadi terpacak kemas dikusutkan. Geram. Wajahnya diraup sebelum memulakan kerjanya yang terhenti tadi. Satu-satunya cara menghilangkan tekanan.




Tokk.. Tok.. Tokk..


Tengku Qalif merengus kasar. Menganggu fokusnya.

"masuk.. " arahnya tegas.

Pintu dibuka. Wajah nelly menyapa pandangan.

"tengku kawan tengku nak jumpa" beritahu nelly takut-takut. Yalah muka Tengku Qalif tu. Fuhh..kelat habis.

"siapa?" tanyanya sepatah.

"adam.. " jawab nelly. Tengku Qalif mengangguk tanda membenarkan.

"assalamualaikum  bro.. " sapa adam. Tanpa dipelawa terus saja menarik kerusi dihadapan Tengku Qalif. Punggung dilabuhkan sambil memeluk tubuh.

"walaikumsalam.. " jawab Tengku Qalif. Mata masih fokus meneliti fail.

"lain macam mood kau hari ni? Okey?" tanya adam, prihatin. Tengku Qalif tidak menjawab malah hanya mengangguk kepala.

Marah-marah SayangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang