"kami balik dulu ye.. Terima kasih sudi bagi kami tinggal kat sini untuk sehari. " kata aziz hsyam.
"apa pula. Kitakan keluarga. Tak ada apanya setakat bagi tidur kat sini. Lagi lama lagi bagus" seloroh datin mariam. Yang lain hanya menjadi pemerhati.
"insya allah. Kalau ada masa kami datang lagi ye.. " noraini pula berkata sambil bersalam-salaman dengan datin mariam dan yang lain.
"umi dengan abah balik dulu ye. Nina jangan nakal-nakal pula" pesan noraini seraya memeluk erat tubuh anaknya.
"hati-hati.. " kata imanina sambil kepala di angguk-angguk kan.
"qalif boleh kita bincang sekejap?" Tengku Qalif mengangguk sambil melangkah keluar pagar mengikut jejak bapa mentuanya. Menjauhi sedikit daripada yang lain.
"ada apa bah?" tanya Tengku Qalif. Aziz hsyam menepuk bahu Tengku Qalif berkali-kali.
"abah minta maaf dengan layanan abah selama ni dengan qalif. Abah tak marah pun cuba... " belum sempat aziz hsyam menyambung ayatnya. Tengku Qalif sudah berkata terlebih dahulu.
"qalif faham bah. Qalif maafkan dan qalif pun minta maaf sebab buat macam tu. Qalif tau salah tapi qalif betul-betul sayang nina bah. Qalif minta maaf sangat." katanya memohon maaf. Tubuh tua itu dipeluk sekejap.
"abah harap qalif jaga nina baik-baik ye. Tu je anak yang abah ada." bisiknya sayu. Belakang Tengku Qalif diusap perlahan sebelum melepaskan pelukan.
"bagi abah cucu cepat-cepat yee.. " gurau aziz hsyam menerbitkan ketawa kecil di bibir Tengku Qalif.
"yang tu pastilah bah.." seloroh Tengku Qalif. Tak senonoh betul.
Sedang mereka elok berbual datang pula noraini mendekati mereka. Serta merta perbualan mereka terhenti.
"seronoknya cerita. Cerita apa?" sanpuk noraini.
"tak adanya. Hal lelaki. Ani tak payah sibuk" jawab aziz hsyam selamba. Noraini mencebik manja.
"dahlah. Kami balik dulu." ujar aziz hsyam. Tengku Qalif menunduk mencapai tangan bapa mentuanya lalu dikucup lembut. Begitu juga noraini.
"hati-hati bah. Apa-apa masalah bagitau qalif tau" sempat dia berpesan. Mata menghantar pemergian mentuanya sehingga hilang daripada pandangan.
Senyuman terukir tatkala saat dia berpaling ingin masuk ke dalam rumah melihat isterinya sedang berdiri tegak menunggunya. Langkah kaki dipercepatkan.
"abah cakap apa tadi kat biyy?" tanya imanina. Sedari tadi hanya itu yang bermain difikirannya. Tengku Qalif memeluk pinggang imanina sambil menuju naik ke bilik.
"tak ada apa pun" jawabnya. Imanina mendonggak. Membuatkan Tengku Qalif juga turut menunduk memandangnya.
"tipu" katanya tidak percaya. Mereka berhenti seketika di tangga pertama.
"abah minta maaf kat biy and dia suruh jaga puteri dia ni elok-elok" jawab Tengku Qalif Sambil mencubit kedua-dua pipi gebu isterinya lalu ditarik ke kiri dan kanan. Imanina menepis lembut tangan Tengku Qalif dengan cebikkan di bibir.

ANDA SEDANG MEMBACA
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...