bab 12

1K 41 2
                                    

Tengku Qalif yang baru keluar kereta tersenyum melihat figura yang dirinduinya itu, belum sempat kaki melangkah senyumanya mati apabila melihat imanina bercerita dengan seorang lelaki. 'kalau tak silap, lelaki ni nama dia luqman kan' tanya hatinya sendiri.

Seperti yang dijanjikan luqman menghantar imanina ke kerjanya.

"okeylah abang.. Nina nak masuk dulu". Luqman sekadar mengangguk. Setelah kereta luqman menghilang daripada pandangan. Cepat-cepat Tengku Qalif mengejar langkah imanina.

"mesra nampak"sindir Tengku Qalif bercampur dengan perasaan cemburu. Automatik imanina pusing ke belakang.

"tengku.. Selamat pagi" sapa imanina, sopan.

"siapa tu?" tanpa membalas sapaan imanina. Tengku Qalif laju saja menanyakan.

"tu abang luqmanlah. Tengku pernah jumpa kan masa hantar saya balik hari tu. "jelas imanina.

"ouhh.. Patutlah macam kenal je. Mamat muka nak pecah rupanya" selamba saja Tengku Qalif mengutuk luqman. Macam lah dia handsome sangat. Tapi memang handsome pun dari luqman. :)

"apa pula tengku ni? Muka nak pecah?"

"yalah kau tak nampak ke muka dia tu macam nak pecah"

"amboii sedap mulut ye mengata orang. Tengku tu handsome sangat ke?"

"dah tentu lah aku handsome daripada mamat tu. " Berlagak Tengku Qalif menjawab. Imanina mencebik.

"kau dengan dia tu ada kaitan apa-apa ke?" tanyanya lagi.

"tu daddy maira. Yang budak hari tu. Tengku ingat kan"

"so kenapa budak tu panggil kau mommy. Tu bukan anak kau kan!"

"ya dan tak" balas imanina. Kaki terus melangkah ke arah lif. Pelik dengan perangai Tengku Qalif yang busybody.

"apa yang kau cakapkan ni?" Tengku Qalif menarik tangan imanina membuatkan imanina berpaling semula ke arahnya.

"ok biar saya jelas kan.. "kata imanina. Dia menarik nafas sebelum memulakan cerita dari A sampai Z. Tengku Qalif tekun mendengar cerita imanina.

"dah puas"

"kenapa dia hantar kau?" rupanya belum habis lagi soalannya.

"kenapa tak boleh ke?" kali ini imanina tak jawab sebaliknya menyoal tengku Qalif semula.

"kau dengan dia ada apa-apa ke?"

"kenapa tengku nak tahu?" masing-masing tidak mahu mengalah.

"saja. Mesra je aku nampak macam ada sesuatu"

"erkk.. Sebenarnya kami baru je bertunang"kata imanina berterus terang. Terbeliak mata Tengku Qalif. Tunang!!! Nampaknya melepaslah Tengku Qalif.

"bila masa pula kau bertunang?"

"kelmarin"

Tengku Qalif menolak imanina ke dinding tangan mengepung imanina supaya tidak dapat melarikan diri.

"apa ni tengku.. Orang nampak nanti lah. " marah imanina, mata meliar memandang kiri kanan takut kalau ada orang nampak agenda meraka. Tak pasal-pasal timbul pula fitnah.

"do i care! Kenapa kau bertunang dengan dia ahhh.. " keras suara Tengku Qalif.

"dah kenapa pula tengku ni. Suka hati saya lah nak tunang dengan siapa!" balas imanina berani sambil tangan menolak dada Tengku Qalif menjauhinya.

"sebab aku suka kaulah" opss.. Tersasul pula. Terkebil-kebil imanina memandang wajah serius Tengku Qalif. Jantung dah berdegup laju. Dup dap dup dap dup dap

Tengku Qalif menundukkan wajahnya. Bibirnya bertemu dengan bibir imanina. Dipagut lembut bibir merah itu. Imanina terkejut lama dia membiarkan Tengku Qalif menyentuh bibirnya. Seakan tidak percaya. Seketika dia sedar, terus memukul dada Tengku Qalif. Tengku Qalif tidak mempedulikan rontaan imanina. Ditangkap tangan kecil itu dan digenggam erat ke dinding. Setelah puas Tengku Qalif berhenti, memandang wajah imanina yang kemerahan sambil menghirup oksigen. Pipi Tengku Qalif ditampar.

" i hate you!!!!!!" jerit imanina. Tengku Qalif dah melampau. Sesuka hati kiss orang. Dah tu anak dara orang pula. Dah lah tak ada kaitan langsung.

"aku akan pastikan kau jadi milik aku. I love you imanina. "ujarnya tanpa rasa bersalah.

"tolong lah tengku.. Saya dah bertunang." kata imanina.

"i don't care. Kau dah bertunang kah belum yang penting aku dah curi first kiss kau. Kau akan jadi milik aku. Bukan luqman dan bukan juga orang lain. "

Imanina tidak menjawab sebaliknya terus meninggal kan Tengku Qalif.

"one day kau akan jadi milik aku juga. "bisik Tengku Qalif,nekad. Bibir disentuh sedikit sebelum tersenyum. Dah hilang akal agak nya.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now