Pejam celik pejam celik.. Sudah 2. Minggu usia perkawinan Tengku Qaif dan imanina namun langsung tiada perubahan. Tidur pun seorang kat kanti,seorang kat sofa. Sepanjang perkawanin 2 minggu ni. Imanina langsung tidak menjaga makan minum Tengku Qalif. Tapi sedikit pun Tengku Qalif tidak marah. Semua pakaian dan makan minumnya disediakan oleh bibik. Walaupun itu sebenarnya tugas imanina. Menjaga segala keperluannya. Kadang dalam 1 hari mereka langsung tidak bertegur. Masing-masing sibuk berkerja. Oh ya.. Imanina dah mula masuk kerja. Tinggal 2 minggu je lagi.
Setiap pagi sebelum kerja mereka pasti akan bersarapan dulu. Imanina hanya menolong serba sedikit saja.
"nina dah dapat ke kerja tetap?". Imanina yang menyuap mee goreng itu terhenti. Mendengar pertanyaan mentuanya.
"mungkin minggu depan kut keputusan keluar. " Datin mariam memandang imanina mengangguk faham.
"tak payahlah susahkan diri cari kerja. Apa kata sayang terus je kerja kat tempat biy. " cadang Tengku Qalif. Imanina diam seketika.
"tak susah pun." jawabnya ringkas. Mengeluh Tengku Qalif mendengar jawapan isterinya. Kalau imanina kerja dekat dengan dia senanglah sikit nak tengo-tengokan. Semua dekat pejabat tu tak tahu pun imanina ni isteri Tengku Qalif. Alasanya imanina tak mahu orang pandang serong kat dia. Nanti dikatakan mata duitlah. Yalah baru je kerja kat sana dah kawin. Topik hangatnya ialah kawin dengan bos pula tu. Hanya nelly dan sofea saja yang tahu. Dari mana nelly tahu? Of course adam yang sampaikan. Sofea? Well busybodykan. Mesti semua dia tahu. Nasib pandai simpan rahsia.
"betul tu nina. Senanglah nina. Kerja sekali je dengan Tengju Qalif. " sokong datin mariam. Imanina mengeluh.
"kalau boleh nina nak cari kerja dengan usaha nina sendiri. Habis kalau nina kerja sana terus, nelly macam mana? Nina tak naklah. Nina dah janji 2 bulan je. Nina harap umi faham ye" katanya lembut. Banyak sebenarnya sebab kenapa dia tak nak kerja dengan Tengku Qalif. Satu sebab dia malas nak dengar bebelan Tengku Qalif. Rimas. Dua sebab malas nak hadap muka Tengku Qalif je 24 jam. Tiga sebab tak suka Tengku Qalif asyik kacau dia. Dan banyak lagi lah. Malas nak list panjang-panjang. Sebab utama dia ialah TENGKU QALIF.
Terpaksalah datin mariam mengalah. Mereka menerus sarapan tadi. Selesai makan pantas imanina keluar dari rumah banglo mewag itu. Baru saja kaki melangkah keluar dari pagar. Dirinya ditegur membuatkan perjalananya terbantut.
"jomlah biy hantar sekali. " ajak Tengku Qalif. Ni bukan pertama kali tau ajak imanina supaya pergi kerja sama-sama. Dah banyak kali dah. Tapi imanina tetap berdegil tak nak ikut.
"tak apa aku boleh je naik teksi. " jawabnya walaupun lembut namun tetap tidak berubah panggilan kasarnya.
"tak apalah. Jomlah. " pujuk Tengku Qalif masih tidak berpuas hati.
"kau buat hal kau dahlah. Aku boleh je jalan sendiri. Tak runtuh punya jalan raya tu kalau aku tak ikut kau sekali pun" marahnya. Kaki terus melangkah keluar dari pagar. Tengku Qalif memandang sayu. Orang nak buat baik marah. Buat jahat marah. Nasib sayang. Iphone dipoketnya dikeluarkan.
"hello.. Kau boleh gerak sekarang. Cepat sikit jangan biar dia tunggu lama-lama. Bawa kereta hati-hati" katanya setelah panggilan dijawab. Haaa...Nak tahu tak sebenarnya selama imanina naik teksi tu. Itu semua rancangan Tengku Qakif. Dia yang upah anak buahnya jadi tukang driver sekejap. Kalau imanina balik pun sama je. Licikkan. Tapi tak apa. Demi keselamatan imanina.
❤❤❤❤❤
Tengku Qalif mengintai imanina yang khusyuk sangat buat kerja. Jam berkali-kali dipandang. Dah masuk wakth lunch kut. Tapi imanina masih buat kerja. Akhirnya Tengku Qalif memberanikan diri menegur imanina
"dah masuk lunch ni. Jom keluar" imanina sekadar memandang sekilas sebelum menggeleng kepala. Kerja tadi disambubg semula
"jomlah. Perut tu isi dulu. Lepas ni baru sambung kerja. Sakit perut nanti"
Imanina bangun dari kerusinya. Senyuman terpaksa dipamarkan dihadapan bosnya itu.
"thank you but no need. I can take care of myself. You don't have to worry about people." terus kaki imanina menuju ke arah tandas perempuan.
Hampir 30 minit Tengku Qalif keluar. Imanina pula masih sibuk buat kerjanya. Padahal tak adalah busy sangat. Saja sibukkan diri. Hilangkan tekanan.
"nah makanlah. Biy dah belikan sayang makanan" tiba-tiba Tengku Qalif meletak bakul berisi makanan di meja imanina.
"aku boleh beli sendirilah. Kau faham ke tak? Aku dah cakapkan tak payah sibuk hal aku" marah imanina.
"biy dah belikan. Membazir tau kalau buang"
"masalah aku ke? Kau yang beli. Kaulah yang makan!" Tengku Qalif tidak menghiraukan imanina. Belum sempar kaki melangkah masuk kedalam biliknya. Makanan tadi dicampak sehingga bertaburan dilantai. Tajam dia memandang imanina yang beriak selamba.
"kenapa buang? Membazir tau tak? Biy cuma belikan makanan pun jadi hal ke?" marahnya. Terkilan dengan perangai biadap imanina.
"dah kau bagi aku. Suka hati akulah nak buat makanan tu macam mana. " selamba imanina berkata. Langsung tiada rasa bersalah.
"kalau tak nak boleh je kan bagi elok-elok. Tak payah nak buang." naik suara Tengku Qalif.
"dah bagi elok pun tak nak. Bagi kasar je lah"
"biy penat tau tak layan perangai sayang ni. Tak habis-habis. Apa lagi yang perlu biy buat supaya sayang maafkan biy. Tell me how? "
"kembalikan abah aku!" ujar imanina. Tengku Qaluf terdiam. Imanina ketawa mengejek melihat kebisuan suaminya. Kan terus diam.
"why? Tak berani?" cabar imanina. Sengaja bahu Tengku Qalif dilanggar semasa melintas disebelahnya.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...