"sayanggg... " jerit Tengku Qalif. Dia menrengus kasar. Sejak tadi lagi dia cuba memakai samping namun tetap tidak menjadi.
"ada apa ni?" tanya Imanina sambil mendukung seorang budak yang berumur 3 tahun.
"macam ni? Tolong biy kejap" pintanya. Imanina menggeleng kepala. Budak yang bernama Tengku Qairul itu di letak di atas kantil.
Tengku Qairul. Anak kepada imanina dan Tengku Qalif. Ya sudah 4 tahun berlalu. Walaupun sudah 4 tahun namun pasangan ini tidak pernah lagi bergaduh. Setakat gaduh-gaduh manja tu adalah. Walapun usia sudah meningkat namun usia hanya angka. Cinta mereka juga semakin hari semakin meningkat. Kini imanina pula di sah mengandung untuk kali kedua. Kandungan nya baru berusia 5 bulan.
Daus dan Qaisara pula sudah mempunyai dua anak. Anak pertama lelaki berusia 4 tahun bernama Tengku Dafi iskandar. Anak perempuan pula bernama Tengku Qaira isyah berumur setahun. Mereka juga tidak saling bahagianya sama seperti Tengku Qalif dan imanina.
"nina dah ajar kan banyak kali. Still tak pandai lagi" bebel imanina. Tangan ligat membetulkan samping di tubuh suaminya. Perutnya yang memboyot itu membuatkan dia bertambah comel. Dengan jubah berwarna baby blue itu.
"mana lah biy reti.. " jawab Tengku Qalif. Imanina menjeling.
"ehmm dah siap. Daus dah tunggu biy tu nak solat raya sama-sama kat masjid. Cepat turun" ujar imanina.
Hari ini mereka sekeluarga menyambut syawal yang pertama setelah sebulan berpuasa.
"yalah. Sayang ni sejak jadi ibu kuat membebel betul" rungut Tengku Qalif. Anaknya yang tadi berada di atas kantil di dukung.
"jomlahh.. " ajak Tengku Qalif. Hairan melihat imanina yang kaku sambil memandangnya. Mulut pula dah muncung 3 inci. Tak lain tak bukan mesti merajuk.
"yalah.. Sorryy" pujuk Tengku Qalif. Dahi imanina di kucup. Isterinya ini kalau mengandung tak boleh nak di marah. Mesti menangis. Manja sangat. Pembawa budak mungkin.
"sayangggg... " panjang Tengku Qalif menyebut perkataan sayang itu. Pipi imanina di usap lembut.
"janji tak cakap nina macam tu lagi" katanya. Tengku Qalif mengangguk. Kena cakap kuat membebel pun merajuk. Nasib sayang. Kalau tak dah di buang kat sungai.
"jomm.. " lenggan sasa Tengku qalif di paut lembut. Mereka bersama menurun tangga.
Kelihatan semua sedang seronok berbual. Noraini dan aziz hsyam juga turut ada. Semua mereka memakai baju berwarna baby blue.
"lambatlah kau ni" marah daus. Tengku Qalif tersengih.
"dah jom.. " ajak aziz hsyam. Hanya mereka bertiga saja yang pergi ke masjid menunaikan solat raya. Kaum hawa pula duduk di rumah.
Tengku Qalif menyerah anaknya kepada imanina sebelum ikut sama keluar.
"comelnya qaira.. " imanina mencubit pipi qaira yang berada di dukungan qaisara. Anaknya pula di biarkan bermain bersama dengan dafi. Mereka berdua sangat rapat. Maklumlah cousin kan. Main bersama. Sekejap gaduh. Sekejap berkawan.
"mestilah comel macam sara" sampuk Qaisara bangga. Pipi anak daranya itu di cium geram. Tembam sangat pipi tu.
"mama nak masuk dapur dululah. Kamu berdua just duduk kat sini. Jom ani" ajak datin mariam. Noraini mengikut dari belakang. Memang kedua orang tua ini rapat. Boleh di katakan bestfriend. Nak ke mana pun bersama. Nak beli barang dapur.

YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
Roman d'amourTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...