"assalamualaikum.." Tengku Qalif dan imanina memberi salam.
"walaikumsalam.. Menantu mama rupanya." sahut datin mariam. Tubuh imanina ditarik dan dipeluk erat. Pelukan dilepaskan. Imanina menyalam tangan tua itu diikuti oleh Tengku Qalif.
"masuklah. Mama ada masak special ni" pelawa datim mariam. Tangan imanina di tarik masuk ke dalam. Terpinga-pinga Tengku Qalif memandang. Anaknya tak pula di bawa masuk.
"mama ni. Sayang menantu je. Anak dia lupa pula" bebel Tengku Qalif sendiri. Dia mengikut jejak imanina dan datin mariam pergi ke ruang tamu.
"sara dengan daus mana ma??"tanya Tengku Qalif. Dia duduk menyandar di kerusi sambil memandang datin mariam.
"ada kat atas" jawab datin mariam. Tengku Qalif dan imanina mengangguk serentak.
"kita tunggu dorang turun dululah. Baru kita makan sekali." kata datin mariam.
"ma... " baru saja Tengku Qalif ingin membuka mulut. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat. Siapa lagi kalau bukan Qaisara. Tengku Qalif tersenyum. Kepala qaisara di usap lembut.
"along.. " ujar Qaisara teresak-esak. Hairan mereka mendengar Qaisara menangis.
"kenapa ni? Rindu along ke?" gurau Tengku Qalif. Qaisara mencebik lalu menggeleng.
"aba..ng.. Dau...s" tersekat-tersekat dia ingin menutur kata. Berkerut dahi Tengku Qalif.
"apa daus buat?" tanya Tengku Qalif tegas. Baru saja nama daus disebut. Daus sudah berdiri sambil mengaru kepalanya. Tengku Qalif memandang tajam.
"kau dag buat apa ahh? Kau dah janjikan nak jaga adik aku baik-baik. Mana janji kau tu" kasar Tengku Qalif bercakap. Daus mengeluh lemah. Wajah isterinya yang masih berada dalam pelukan Tengku Qalif dipandang.
"aku.. Aku.. " belum sempat dia berkata Tengku Qalif sudah memotong percakapannya.
"aku apa?" tanyanya serius.
"aduhhh.. Kau ni. Lek boleh tak? Bagi aku habis cakap dulu" kata daus.
"ahh.. Cakaplah. Cakap" arah Tengku Qalif.
"sara mengidam nak makan durian. Mana aku nak cari durian doh. Dahlah malam. Lepas tu musin durian pun belum tiba" bagitau daus. Suasana sepi seketika.
"mengidamm?" jerit datin mariam. Daus dan qaisara dipandang seli berganti.
"sara mengandung ke?" tanya imanina bersuara. Daus menepuk dahinya.
"aduhh.. Daus lupa nak bagitaulah. Haah sara mengandung. Baru 3 minggu" ujarnya tenang. Terus saja datin mariam memeluk qaisara. Pipi qaisara dicium berkali-kali. Tengku Qalif pula sudah ketawa terbahak-bahak.
"aduh.. Ingatkan nangis sebab apa? Sebab durian rupanya" katanya dengan sisa ketawa
Qaisara mencebik. Wajah datin mariam dipandang dengan mata berkaca.
"ma.. Sara nak makan durian.. " rengeknya sambil menghentak-hentak kaki ke lantai.
"mana nak cari durian ni sayang? Musim durian pun belum tiba lagi. Lain kali erk" pujuk Daus.
ANDA SEDANG MEMBACA
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...
