bab 33

1K 37 1
                                    

Tengku Qalif melihat jam yang berada di dindingnya. Sudah lebih seminggu imanina mula bertugas. Dan seminggu itu juga mereka jarang bersua muka. Jam dilihat entah kali keberapa. Sudah pukul 8 malam namun batang hidung imanina langsung tidak kelihata.

Bunyi kereta mengecutkan Tengku Qalif. Langsir itu diselak sedikit melihat imanina yang beru balik. Yang memelikkan siapa yang hantar imanina balik?. Tengku Qalif cepat-cepat duduk semula apabila melihat imanina sudah masuk kedalam.

Pintu dibuka. Imanina sekadar memandang Tengku Qalif begitu saja. Belum sempat kaki ingin melangkah naik Tengku Qalif menahannya.

"lambat balik" ujarnya. Walaupun kedengaraan biasa. Namun suaranya sudah ditahan-tahan supaya tidak meninggi. Imanina mengerling Tengku Qalif yang memandangnya tajam.

"ada apa-apa masalah ke kalau aku balik lambat?" tanyanya sinis. Tengku Qalif berjalan mendekati imanina.

"siapa yang hantarkan sayang balik?" tanyanya tanpa menjawab soalan sinis imanina tadi.

"siapa yang hantar aku tak perlu kut kau nak tau." jawabnya. Langsung tidak gentar dengan pandangan tajam Tengku Qalif.

"biy perlu tau. Biy suami sayang. " ujarnya. Imanina tertawa mengejek. Baru saja dia mahu naik kebiliknya. Namun Tengku Qalif menahannya lagi sekali. Imanina mendengus kasar. Tangan Tengku Qalif ditepis kasar.

"apa masalah kau ni ahh?" marahnya. Suaranya sudah naik.

"masalahnya. Biy nak tau dengan siapa sayang balik? Dah lewat malam pun tak reti nak balik" marahnya. Suaranya juga tidak kurang tinggi. Sama-sama menunjuk riak wajah tegang.

"kau tak payah sibuk boleh tak?" imanina menolak dada Tengku qalif. Melepaskan geram. Tengku Qalif mengenggam tangan imanina erat.

"lepaslah" jerit imanina. Tengku Qalif tidak menghiraukan sebaliknya menarik kasar tubuh imanina. Pinggang imanina dipeluk kemas.

"sekali lagi biy tanya. Siapa yang hantar sayang balik?" tanyanya lagi dengan riak serius. Imanina menelan kesat air liurnya. Berdebar-debar saat mereka sedekat ini. Sepanjang perkawinan yang sudah menginjak 2 bulan ini. Tidak pernah lagi mereka serapat ini.

"biy tanya ni?" tegas suaranya. Imanina mengeluh kasar

"bos aku yang hantar. Any problem?" bagitaunya mengalah. Tangan menolak kuat tangan Tengku Qalif yang berada di pinggang nya. Namun semakin dia menolak semakin kuat Tengku Qalif memeluknya.

"lelaki ke perempuan?" dengan suara mendarat Tengku Qalif bertanya.

"perempuan lah" jawab imanina. Terpaksa menipu. Malas nak panjangnya masalah kalau dia bagitau luqman adalah bos sebenarnya.

"betul ke?" Tengku Qalif bertanya lagi meminta kepastian.

"tepilah. Kalau tak percaya lantak kaulah" marahnya. Akhirnya berjaya juga dia melepaskan diri daripada pelukan Tengku Qalif.

"jom makan. Biy dah masakkan" pelawanya. Suara sudah ke ton lembut. Wajah tidak lagi sebengis tadi. Sudah mengukir senyuman.

"dah makan tadi"kata imanina. Terus menghilang naik ke atas. Tengku Qalif memandang. Keluhan dilepaskan.








❤❤❤❤❤







Memandang hari ini cuti. Tengku Qalif tersenyum riang. Dia menuju ke dapur. Imanina pula dari tadi lagi berkurung di bilik. Bahan-bahan untuk dimasak dikeluarkan. Tengku Qalif memakai apron ditubuh sasanya. Sebelum memulakan masakan.

Setelah mengambil masa 2 jam didapur. Tengku Qalif mengelap peluh didahinya. Tangan ditepuk bermakna tugasnya telah selesai. Berhabisan dia berperang di dapur tadi.

Pintu bilik imanina diketuk. Tidak sampai seminit imanina sudah membuka pintu bilik. Garang dia memandang Tengku Qalif. Tangan imanina ditarik. Tidak sempat imanina menahan. Matanya terbuntang luas memandang sajian makanan di meja itu. Ada ayam. Ada ikan. Ada ketam. Ada sayur. Semua masakan kampung. Kecut liur dia melihat.

"jom kita makan" pelawa Tengku Qalif. Imanina mengeleng walaupun memang nak sangat makan. Tapi ego melarang.

"makanlah seorang-seorang" senyuman Tengku Qalif semakin pudar. Bunga-bunga di hatinya yang kembang mekar terus layu mendengar penolakan imanina. Sedih kerana hari ini merupakan hari special buatnya.

"jomlah rasa sikit. Teman biy makan pun jadilah" pujuk Tengku Qalif. Imanina mengetam bibir. Geram dengan Tengku Qalif yang suka memaksa.

"aku tak naklah. " marahnya.

"hari ni je teman biy makan" pujuknya lagi. Tidak berputus asa. Dia nak sangat sambut hari specialnya ini dengan isterinya buat pertama kali.

"aku tak naklah. Kau jangan paksa aku boleh tak?" imanina meninggalkan Tengku Qalif. Namun dia terhenti mendengar suara Tengku Qalif.

"hari ni brithday biy pun sayang buat tak tahu. Penat biy masak nak sambut dengan sayang. Walaupun sebenarnya sayang yang perlu masakkan untuk biy. Biy pun teringin nak makan masakan sayang. Tapi semuanya hanya angan-angan. Biy tau sayang tak tau hari ni hari istemewa untuk biy. Biy tak marah. Biy tau sayang tau ke tak? Semuanya sama je. Sebab tu biy ajak sayang makan sekali. Just makan dengan biy. Tu pun dah bermakna sangat untuk biy." luah Tengku Qalif. Kecewa. Imanina diam membisu. Entah kenapa sebak mendengar suara itu. Kedengaraan sangat terluka. Tengku Qalif menyambung lagi.

"sekali pun sayang tak pernah tanya fasal kesihatan biy. Biy penat ke tidak balik kerja. Biy nak setiap kali balik kerja ada orang sambut biy. Masakkan makam malam untuk biy. Kejutkan biy waktu pagi. Biy nak rasa belaian isteri biy. Biy nak perhatian isteri biy sepenuhnya untuk biy. Jaga biy bila biy sakit. Dengar setiap masalah biy. Urus makan minum biy. Urus diri biy. Semualah. Tapi biy tau biy takkan rasa semua tu. Biy tau sangat. Biy hanya mampu berangan seorang diri. Dan berharap anganan biy akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Biy tak kan paksa sayang. Biy cuma nak sayang kisah dengan biy. Kalau tak sebagai suami. Kawan pun jadilah. Tak adalah biy rasa kesorangan je."Hampir saja imanina menitis air mata. Namun sedaya upaya ditahan.

"kau yang buat aku layan kau macam ni" ujarnya dengan suara serak. Tengku Qalif tersenyum mendengar balasan imanina. Berkali-kali dia cuba untuk berdamai dengan imanina. Tapi tidak ada apa-apa yang berubah. Mata dipejam mengusir rasa sakit hati. Pedih sangat. Rasa macam kena toreh dengan pisau tajam. Dalamnya luka itu sehingga tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya. Luluh hatinya dilayan sebegini. Hari-hari dia terpaksa melayan sikap tidak beradap imanina. Setiap hari. Setiap saat. Setiap waktu. Dirinya hanya mampu sabar dan terus bersabar.

" biy tau. Biy minta maaf sekali lagi. Tak apalah. Kalau sayang nak makan sayang makan je. Biy nak naik dulu. Nak rehatkan badan. Makanlah. Biy tau sayang tak makan lagi sejak pagi" ujarnya lembut sebelum meninggalkan imanina sendirian. Makanan dibiarkan. Hilang selera terus.

Dan saat itu juga jatuh air mata imanina. Dia rasa bersalah. Namun ingin meminta maaf egonya tidak rela. Dia membiarkan saja air mata turun lebat. Makanan tadi dipandang sayu.




Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now