bab 40

1.3K 41 0
                                    

"kita nak pergi mana ni umi?" tanya imanina. Matanya fokus memandu. Noraini mengerling sekilas anaknya.

"kita pergi supermarket dulu" ujar noraini. Anaknya dikerling sekilas. Lama. Imanina yang seakan-akan persaan dirinya di tenung memandang uminya sebelum kembali memandang ke depan.

"kenapa tenung nina macam tu?" imanina mengerut keningnya. Lain macam je tenungan tu.

"nina dah ok ke dengan qalif?" soalan di balas dengan soalan. Tersentak imanina mendengar soalan uminya itu. Nafas ditarik panjang. Sempat noraini dikerling sekilas.

"macam biasa je" jawabnya acuh tak acuh.

"macam biasa macam mana?" noraini masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya itu. Bayangkan sudah hampir 5 bulan mereka berumah tangga tapi langsung tidak ada perubahan.

"macam biasa macam yang umi nampak lah" sengaja imanina bermain tarik tali dengan uminya. Rimas diasak dengan pelbagai soalan.
Keluhan terlepas dari bibir noraini. Anaknya ini memang keras kepala. Ego tinggi melangit.

"nina tak kesian ke kat qalif tu?" sayu noraini bertanya. Imanina tidak menjawab. Tiada jawapan dengan soalan uminya itu. Entahlah kadang dia rasa kesian. Kadang rasa menyampah. Kadang rasa marah.  Dia sendiri keliru dengan perasaannya ini.

"umi boleh nampak dia iklas sayang kat nina. " ujar noraini. Lembut.

"mana umi tau?"

"kamu tak nampak ke dia bersabar dengan kamu selama ni. Pernah ke dia naik tangan dengan kamu. Itu tandanya apa?" Imanina diam. Memang Tengku Qakif tidak pernah naik tangan denganya walaupun sekali. Dia akui Tengku Qalif seorang yang bersabar.

"entahlah umi.. " hanya itu sahaja balasan yang imanina beri.

"kamu nampak diluar dia kuat. Tapi umi tau dia kecewa sangat dengan nina. Umi boleh nampak cara dia pandang imanina. Menagih kasih sayang seorang isteri. Bila qalif dah tawar hati jangan pula nina yang menyesal. Tak ada gunanya. " pesan noraini dengan serius. Terkedu imanina saat mendengar luahan terakhir uminya. Tiba-tiba dia rasa takut pula kalau betul Tengku Qalif dah tawar hati kat dia. Bukan itu ke yang kau mahu imanina?

"nina sebenarnya sayang kat qalif. Tapi ego nina melarang. Orang kalau dah sayang luahkan. Tak rugi apa-apa pun." rupanya belum habis lagi ceramah noraini ni.

"nina perlu masa umi. " balas imanina. Memohon pengeritan uminya.

"5 bulan? Tak cukup lagi?" tanya noraini. Sedikit bengang dengan anaknya ini.

"umi kena faham perasaan nina... " belum pun habis imanina berkata noraini sudah memintas percakapannya.

"habis perasaan qalif siapa nak faham? Asyik fikir nina je"

"nina sendiri tak tahu. Sakitnya masih terasa umi. Nina tak boleh lupa macam mana cara dia perangkap nina hari tu. Nina dah cuba lupakan. Tapi makin nina cuba makin dalam sakit ni. " luahan imanina. Matanya sudah bergenang. Melawan daripada air mata nya terus turun.

"umi tak tau nak cakap macam mana lagi kat nina. Semua keputusaan terletak di tangan nina." ucap noraini seperti orang yang berputus asa. Dan perjalan mereka kembali sunyi. Imanina juga turut diam. Melawan rasa sebak yang mendatang.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now