"ceraikan aku.. "
Gugur jantung Tengku Qalif mendengar. Masa seolah-olah berhenti buat seketika. Masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh imanina. Kakinya mengigil. Kepala di geleng laju. Cuba menaifkan. Jujur dia tidak sedia lagi. Dia tidak kuat hidup tanpa imanina di sisi.
"sayang... " perlahan suara berkata. Matanya mula berkaca.
"jangan panggil aku sayang. Aku nak kau ceraikan sekarang.. " jerit imanina bagai kerasukan.
"nina!" tegas aziz hsyam menyebut nama itu. Noraini pula sudah terduduk.
"abah. Tolong nina abah. Nina tak nak lagi hidup dengan lelaki ni. Nina tak nak. Tolonglah abah.. " rayu imanina. Tangan aziz hsyam digoyang-goyangkan. Meminta pertolong. Berharap aziz hsyam akan faham.
"nina. Nina sedar tak apa yang nina cakap ni? Nina tau tak?" ujarnya. Sayu hati melihat wajah anaknya yang sudah comot di banjiri air mata.
"nina tau abah. Nina sedar. Tolong nina abah." rayu imanina lagi. Tengku Qalif tertunduk. Tangannya di genggam erat. Mencari kekuatan
"abah tak boleh buat apa-apa. Semua keputusan di tangan qalif." katanya perlahan. Dia tidak boleh masuk hal rumah tangga mereka. Talak di tangan Tengku Qalif.
"kau dengar tak? Kau boleh tak lepaskan dia sekarang. Jangan selfish lah. Fikir kebahagian orang lain juga. " sampuk luqman. Merah mata Tengku Qalif memandang luqman. Nak kena penumbuk lagi ke luqman ni
"KAU DIAM BOLEH TAK!" jerit Tengku Qalif. Semakin kuat tangisan maira. Noraini memeluk tubub kecil itu. Cuba menenangkan.
"luqman pakcik tau kamu sayang nina. Tapi pakcik harap biarkan mereka selesaikan masalah ni sendiri." tegur aziz hsyam. Memang tak patut pun luqman berkata begitu. Lagi-lagi dia langsung tidak ada kena mengena dengan mereka. Orang tua imanina sendiri pun tidak masuk campur. Inikan pula luqman.
"sayang pleasee.. Jangan macam ni" pujuk Tengku Qalif.
"kau ceraikan aku sekaranglah." jerit imanina tidak mengiraukan pujuk rayu Tengku Qalif.
Tengku Qalif meramas rambutnya dengan kasar. Tangan imanina ditarik.
"abah bagi qalif bincang dengan nina dulu boleh?" pintanya lembut. Imanina merentap kasar pengangan itu.
"jangam sentuh aku" marahnya.
"kita bincang kat atas. Saya tak nak ada orang menyebuk" sindir Tengku Qalif. Siapa lagi kalau bukan untuk luqman. Hilang panggilan biy sayang. Sekali lagi tangan imanina ditarik naik ke atas bilik mereka. Kali ini imanina akur.
Pintu di tutup. Tengku Qalif kembali memandang imanina yang tertunduk itu. Tangisannya sudah reda.
"langsung ke tiada kemaafan untuj saya?" tanyanya sayu. Imanina tergelak sinis.
"kau nak maaf macam mana lagi. Jangan banyak tanya lah. Just ceraikan aku. Apa susah. Jatuhkan talak tu sekarang." paksa imanina.
"mudahnya awak minta cerai kat saya. Tak fikir langsung perasaan saya." ujar Tengku Qalif. Penat dengan semua ini.
"habis perasaan aku kau ada fikir ke? Kau nak aku faham kau. Tapi kau faham ke aku? Aku terseksa tau tak hidup macam ni" katanya dengan keras.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomansaTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...