"aku terima nikahnya NUR IMANINA BINTI AZIZ hsyam dengan mas kawin 55 ringgit tunai.. "
"sah!!"
Imanina memejamkan matanya saat mendengar lafaz daripada Tengku Qalif dengan sekali lafaz saja dia kini sudah sah menjadi isteri orang. Matanya dipejam mencari kekuatan. Air matanya jatuh lagi. Tangan mengigil untuk entah yang keberapa kali. Bagaimana hidupnya yang kini sudah bertukar 360 darjah. Adakah ini takdir yang memang tertulis untuknya. Tengku Qalif ke jodohnya. Jika benar mohon kuatlah wahai hati. Menerima dengan rela. Memang cakap senang tapi sangat sukar untuk melakukan. Bagaimana dia mahu kuat tanpa keluarganya yang seharusnya memberi semangat. Menjadi tongkatnya untuk berdiri meneruskan hidup. Beginikah kisah bujangnya berakhir.
Tengku Qalif datang mendekati imanina tangan dihulur meminta salam. Perkawinan yang sangat unik. Tiada cincin. Tiada pelamin yang indah. Tiada acara bergambar. Tiada menjamu selera. Bah kan baju kawin juga tiada. Macam mana nak ada kalau kawin paksa. Lebih tepat kerana ditangkap khalwat. Siapa yang suka dikawini dengan cara ini. 99% yakin tiada siapa yang suka.
Huluran itu tidak disambut. Dipandang jijik sehingga hujung jari pun tidak sudi disentuh. Apatah lagi ingin mencium tangan itu. Lama dipandang tangan Tengku Qalif.
"nina salam tangan qalif tu" arah uminya. Menyedarkan imanina. Air mata dilap kasar. Sebelum perlahan-lahan menyambut. Dicium sekilas. Tidak sampai 2 saat. Baru saja tunduk dah angkat kepala. Bibir tidak kena pun ditangan itu. Tidak rela.
Tengku Qalif menarik perlahan kepala imanina. Walau apapun dugaan yang mendatang dia harus kuat lama dahi itu dicium. 'dialah lafaz pertama dan terakhir ku' bisik Tengku Qalif. Imanina pantas menarik kepalanya. Jijik dicium dengan lelaki itu. Dah beratus kali nak cakap jijik je. Benci sangat dah ni.
Semua keluar dari pejabat aqama setelah selesai.
"mulai hari ini nina ikut qalif balik. Jangan pernah jejak kaki di rumah abah. Selagi abah hidup abah haramkan kaki nina jejak rumah tu." begitu sekali aziz hsyam membenci anaknya. Tanpa mendengar penjelasaan. Kaki melangkah laju ke arah keretanya. Semakin laju kaki melangkah semakin deras air matanya turun doanya hanya satu semoga anaknya bahagia. Cukup.
Imanina memandang sayu. Air matanya tidak lagi keluar. Penat menangis sepanjang hari. Jelas kelihatan wajah putih itu keletihan. Pucat. Uminya mengenggam tangan imanina. Digosok lembut kepala anak tunggalnya itu. Rela melepaskan dia pergi.
"nina dah jadi isteri qalif sekarang. Walau macam mana pun nina benci qalif dia tetap suami kamu. Tak kiralah kena tangkap khalwat ke? Apa ke? Suami tetap suami. Jaga diri baik-baik. Jangan derhaka dengan suami. Cuba relakan hati tu untuk terima qalif. Nina boleh umi tahu nina boleh" pujuknya. Tahu anaknya ini terluka. Dia yakin ada salah faham yang berlaku. Dia kenal anaknya macam mana.
Imanina memeluk tubuh uminya erat sambil menangis teresak-esak. Baru tadi dia tak menangis. Tapi kali ni tak dapat tahan lagi.
"insya allah abah boleh terima semua ni. Bagi abah masa. Nanti kita jumpa k" ujarnya melerai pelukan.
"qalif tolong jaga nina baik-baik. Qalif je harapan umi. Ini je anak yang umi ada. Apapun yang qalif buat umi maafkan. Umi restu qalif jadi menantu umi. Tolong ye.. "rayunya sebak. Dipandang penuh berharap Tengku Qalif yang tegak berdiri di sisi mama dan adiknya.
"insya allah umi. Qalif janji akan jaga imanina selagi qalif mampu. " ujarnya. Tangan mentuanya dicium. Noraini ya itulah nama umi imanina, hanya mengangguk. Pandangan dilemparkan ke arah wanita tua yang sebayanya. Sebelum bersalam.
"saya balik dulu datin"
"tak payahlah panggil saya macam tu. Panggil mariam je" belankang noraini diusap. Dibisik sesuatu di telinga itu.
"saya akan jaga nina macam anak saya sendiri. Ani jangan risau"
Pelukan dileraikan. Wajah qaisara pula menjadi sasaran."ni anak saya qaisara. Sara salam makcik" arah datin mariam. Pantas Qaisara menunduk.
"nanti senang-senang kita jumpa lagi"
"insya allah.. "ujar umi imanina noraini. Sekali lagi dahi imanina dicium. Kali ini lebih lama. Dengan pandangan sayu hanya mampu imanina lakukan menhantar susuk tubuh uminya melangkah
Selama 23 tahun dia hidup tak pernah lagi dia berjauhan dengan keluarganya. Sekarang nak tak nak kenalah biasakan diri tinggal berjauhan. Kereta alza yang lalu itu dipandang lama. Terasa tubuhnya dipeluk. Melihat gerangan yang memeluknya membuatkan dia terkaku.
"nina jangan risau. Mama ada disisi nina. Jom kita balik ye. Dah lewat ni." ujar datin mariam. Imanina tersenyum tipis kepala diangguk perlahan. Pak hamid yang menunggu mereka segera membuka pintu kereta alfat putih itu. Sepanjang perjalanan imanina diam. Memikirkan perjalanannya yang sudah berubah. Mampukah dia menjalankan tanggujawabnya? Bagaimana perkawin mereka boleh bertahan jika perasan bencinya masih kuat. Biar takdir yang menentukan.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...