Imanina terbangun apabila alamrya berbunyi. Iphone di bawah bantalnya dicari dengan mata masih lagi tertutup. Ipohennya dihidupkan setelah ditemu. Jam menunjukkan jam 5.30 pagi. Imanina bangun. Rambutnya diikat kemas sebelum mengambil tuala dan terus masuk ke bilik air.
"assalamualaikumwarahmatullah.. " imanina meraup tangan setelah menghabiskan solat subuh. Telapak tangan ditadah. Memohon keampunan atas kekasarannya dengan suami sendiri. Dia tahu berdosa mengabaikan suami. Meninggikan suara dengan suami. Keluar tanpa izin suami. Namun kadang kala marahnya tidak dapat dikawal. Dia cuba untuk melupakan namun sangat sukar. Tangan yang ditadah tadi diraup diwajah. Lama dia termenung di atas sejadah. Memikirkan hal semalam. Naik saja dibilik terus dia menghamburkan tangisannya. Lama juga dia menangia hingga tidak sedar bila masa dia tertidur.
Imanina sendiri lupa akan tarikh lahirnya. Mungkin kusut dengan pelbagai masalah. Hingga hari lahirnya pun tidak tahu. Imanina mengeluh. Tudung yang telah diiron disarung dikena dengan baju kurung satin. Simple. Dia sudah bersiap untuk ke kerja. Maklumlah kena awal siap sebab diakan naik teksi. Bukannya Tengku Qalif tak ajak jalan sekali. Tapi imanina yang tak nak. Jual mahal sangatkan.
Sebelum turun sempat imanina melihat jam. Awal masih ni. Baru jam 7.30. Kaki melangkah ke dapur. Ingin mengalas perut yang sejak semalam minta diisi. Keningnya bercantum. Hairan melihat meja makan penuh dengan makanan. Dia berfikir sejenak. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Susah payah Tengku Qalif menyediakan. Namun dia tega menolak begitu saja. Perut yang terasa lapar tidak dihiraukan. Rasa malas nak makan sarapan.
Kaki melangkah keluar. Namun perjalanannya terhenti apabila melihat susuk tubuh yang masih dilena mimpi. Perlahan-lahan dia mendekati. Sekali lagi dia rasa bersalah melihat wajah kepenatan itu. Tangan ingin menyentuh wajah itu. Tapi terhenti takala mendengar bisikan hatinya. Tanpa mempedulikan Tengku Qalif imanina laju berjalan keluar dari banglo itu.
Tengku Qalif mengeliat. Mulut ditutup saat dia menguap. Mata dicelik-celikkan. Menghilang rasa mengantuk. Sebelum matanya terbuka luas. Dahi ditepuk apabila meyedari dirinya sudah lewat. Solat subuh pun terlepas. Berlari anak Tengku Qakif menuju ke biliknya. Butang lif ditekan berkali-kali. Marahnya memuncak apabila lif itu tidak terbuka. Dia terus berlari menaiki tangga. Lebih cepat daripada lif tu.
Selesai membersihkan diri.Terkecoh-kecoh Tengku Qalif memakai kasut. Jam ditangannya dipandang sudah menunjukkan jam 9 pagi. Nasib bos. Kalau tak dah lama kena buang kerja. Siapa je yang datang kerja jam 9. Kereta BMW nya dibawa. Selekeh sungguhlah penampilan diri Tengku Qalif. Dengan tali leher belum dipasang lagi. Baju pula sedikit berkedut. Untuk pertama kalinya dia berperangai seperti ini. Dulu bukan main mementing kekemasan dan kebersihan. Mana taknya. Dia meeting dengan sebuah syarikat. Sebab tulah gelabah sangat.
Pintu yang dibuka kasar itu membuatkan semua memandangnya. Tengku Qalif buat tidak peduli. Imanina yang duduk di mejanya dikerling sikilas sebelum masuk ke bilik pejabatnya.
Imanina mengeluh melihat Tengku Qalif yang tadi terkecoh-kecoh. Salahnya juga. Satu sebab mesti Tengku Qalif penat sangat buat semua tu semalam. Dua dia dah tahu Tengku Qalif ada meeting hari ni. Tapi dia tak kejutkan Tengku Qalif. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Qalif. Pintu diketuk. Pintu dibuka selepas mendengar arahan memintanya masuk. Dilihat Tengku Qalif memasang tali lehernya.
"kita ada meeting sekejap lagi. Dorang dah tunggu kat bilik mesyuarat" bagitau imanina. Yalah kan dia PA sementara Tengku Qalif. Minggu depan nelly gantikan tempatnya pula. Dan insya allah minggu depan tawaran kerjanya diterima.
"okey. Give me 5 minutes" kata Tengku Qalif. Masih sibuk mengemas tali leher. Imanina mengangguk.
❤❤❤❤❤
Tengku Qalif meyandarkan dirinya di sofa yang tersedia di pejabat itu. Tangan mengurut dahi. Penat sangat. Dah lah tak cukup tidur. Ditambah pula dengan mesyuarat yang berlangsung selama 1 jam.
"nah air kopi" ujar imanina yang baru masuk. Memang dia ada pesan kepada imanina menyuruhnya membuat kopi. Tengku Qalif menegakkan dirinya.
"thanks" jawabnya sepatah.
"kawan tengku datang. Nak jumpa" sopan imanina berkata. Yalah kat tempat kerja kan. Tengku Qalif mengangguk tanda mengizinkan mereka masuk.
"assalamualaikum" daus dan adam terus melabuhkan tempat duduk di hadapan Tengku Qalif setelah memberi salam.
"walaikumsalam" jawab Tengku Qalif. Lemah.
"kau asal? Tak cukup tidur. Kau buat apa semalam?" tanya adam. Tengku Qalif tidak menjawab sebaliknya membaringkan dirinya disofa.
"kau asallah bodoh?" kali ini daus pula menyoal.
"penat gila weiii.. " katanya dengan mata yang tertutup. Adam dan daus berpandangan. Pelik.
"kau buat apa semalam?" sekali lagi mereka bertanya soalan yang sama.
"aku sambut brithday isteri aku semalam" jawabnya.
"yeke? Habis tu apa cerr?" daus ni memang sibuk sibuk hal orang.
"ehmm.. Macam tu jelah" Bertambah penat Tengku Qalif memikirkan hal semalam.
"kau dengan nina dah ok?" adam bertanya. Prihatin. Kesian tengo kawan baiknya ini. Macam ibu hilang anak.
"kau rasa macam mana?" sengaja Tengku Qalif bermain tarik tali dengan mereka.
"kau sabar jelah. Perempuan ni memang susah sikit nak pujuk. Kata tak nak tapi sebenarnya nak" pesan adam. Daus tertawa melihat mimik wajah adam.
"aku yakin suatu hari mesti dia jatuh cinta dengan kau punya" tambah daus pula. Memberi semangat.
"aku harap apa kau cakap tu betullah" Tengku Qalif menjawab dengan tangan diletakkan di dahi.
"okeylah. Kami ni saja je nak lawat kau. Kami cau dulu. Banyak kerja lagi ni" ujar adam dan daus. Tengku Qalif hanya mengumam kecil. Membiarkan adam dan daus keluar. Dengur halus terbit di bibirnya. Rehatlah wahai Tengku Qalif.
"happy brithday nina" ucap adam dan daus serentak. Imanina mendonggak. Hanya senyuman kecil diberi sebagai balasan tanda terima kasih.
"tolong jaga kawan baik kami tu ok. Kesian kat dia. Serabut sangat" sempat daus berpesan sebelum kelaur. Imanina tersenyum hambar. Terasa dirinya disindir pula. Pintu bilik Tengku Qalif dipandang lama.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...