Datin mariam yang sedang duduk ditamannya terkejut saat mendengar Tengku Qalif menyapanya.
"mama Qalif ada something nak bagitau mama.. " punggung dilabuhkan dikerusi berhadapan dengan mamanya. Berkerut Kening Datin mariam.
"nak bagitau apa?" tanyanya, hairan. Tengku Qalif menarik nafas dalam sebelum dihembus kasar.
"apa yang susah sangat nak cakap ni?" desak datin marima. Pelik melihat anaknya bagai susah sangat ingin bercakap.
"jom kita lawat abah dengan umi nina nak?" ujarnya. Pantas. Datin mariam terkejut.
"kenapa tiba-tiba je ni?"
"qalif rasa dah sampai masanya cerita hal sebenar kat dorang. Qalif rasa serba salahlah" katanya perlahan. Datin mariam mengukir senyuman.
"tau pun rasa serba salah. Masa nak buat rancangan tu, lain kali fikir dulu." sindirnya. Tengku Qalif mencebik. Tak habis-habis nak ungkit.
"mama ni..qalif taulah. Tak payalah nak ungit balik-balik"
"tapikan ma. Qalif takutlah. So mama wajib ikut tau" bagitaunya.
"pandai pula nak takut ye.. " usik datin mariam.
"mama ni.. Nak merajuklah macam ni" rajuk Tengku Qalif siap silang tangan dekat dada lagi. Mengalahkan budak-budak. Datin mariam mencubit lenggan Tengku Qalif membuatkan Tengku Qalif menjerit kesakitan.
"mengada dah tua pun still nak merajuk. Ingat sikit umur tu dah nak masuk 29."marahnya seraya menjeling menyampah. Tengku Qalif mencebik.
"alahhh nak manja pun tak boleh. Habis tu nak manja dengan siapa? Dengan isteri? Nak layan pun tak nak!" walaupun kedengaran biasa namun jika diamati terselit luka yang tersirat. Datin mariam mengusap rambut anaknya kasar. Bertambah mucung mulut Tengku Qalif dibuatnya.
"mama.. Rosak rambut korea qalif" marahnya sambil menepis lembut tangan datin mariam.
"tak payah nak korea sangat. Cepat siap!"
"tapi ma kita ada satu lagi masalah!" ujarnya perlahan. Datin mariam mengangkat kening. Ketawa Tengku Qalif melihat wajah ingin tahu mamanya.
"mama kena pujuk nina. Tapi jangan bagitau dia kita nak jumpa abah dengan umi dia!" bisiknya di telinga datin mariam.
"tu senang je ni. Petik jari je" jawab datin mariam riak dengan wajah angkuhnya lagi. Tengku Qalif sempat mengenggam tangannya lalu diangkat tinggi tanda mengucap selamat berjaya.
"good luck ma.. "
Datin mariam masuk kedalam mencari kelibat anak dan menantunya setelah berjaya dikesan. Kaki melangkah kearah mereka.
" sara, nina jom teman mama keluar" ujarnya kepada 2 orang gadis dihadapan itu yang leka bercerita. Berkerut dahi kedua-dua gadis itu.
"nak pergi mana ma?" tanya sara. Hairan. Imanina juga turut memandang wajah datin mariam.
"adalah. Cepat siap" tangan menarik lenggan qaisara dan imanina meminta untuk berdiri.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...