bab 34

1.1K 34 0
                                        

Sejak kejadian itu Tengku Qakif mula diingin dengan imanina. Tidaklah sediingin dulu. Tapi dia hanya menegur imanina bila perlu sahaja. Imanina bersiap hal ala kadar. Memandangkan hari ini adalah hari perkawinana daus dan qaisara. Imanina duduk di ruang tamu menunggu Tengku Qalif.

Sedar tak sedar sudah hampir 3 bulan usia perkawinan mereka. Namun langsung tiada perubahan malah semakin hambar. Lagi-lagi dengan perangai Tengku Qalif yang  semakin melayannya acuh tak acuh. Mahu meminta maaf segan. Ego.

"dah siap? Jom" Entah bila Tengku Qalif sudah berdiri di hadapannya. Imanina memandang lama wajah Tengku Qalif. Dia rasa rindu dengan perhatian Tengku Qakif. Pujuk rayu Tengku Qalif. Kenakalan Tengku Qalif. Senang cerita semua dia rindu.

"jomlah. Apa yang dimenungkan lagi" imanina menundukkan wajah malu. Pintu dikunci bersedia untuk balik ke datin mariam.

Imanina dan Tengku Qalif masing-masing hanya mendiamkan diri. Bertambah sunyi apabila radio pun tidak dipasang. Imanina memandang luar tingkap. Sempat Tengku Qalif mengerling imanina.

"sayang ada masalah apa-apa ke?" tanya Tengku Qalif. Imanina memandang sekilas. Kepala digeleng. Sebak dengan layanan Tengku Qalif yang masih merisaukannya. Walaupun hatinya masih terluka.

"kenapa biy nampak sayang asyik termenung je kebelakangan ini" tanyanya lagi. Sekali lagi imanina mengeleng. Dalam hati rasa gembira kerana Tengku Qalif masib lagi melayannya seperti dulu.

"sorry!" maaf Tengku Qalif. Berkerut kening imanina. Sedar akan kerutan itu Tengku Qakif tergelak.

"yalah. Sebab sejak kebelakang ni biy jarang layan sayang. Kerja ofis banyak sangat" bagitaunya. Dia akui dia kurang memberi perhatian kepada imanina.

"tak apalah. Lagi aku suka" jawabnya selamba. Dia mengigit halus bawah bibirnya. Lain yang dia nak fikir. Lain pula yang dia cakap. Tengku Qalif hanya membalas dengan senyuman hambar. Rasa sakit di hati cuba diusir.

"sayang tak pernah terfikir ke nak hidup bahagia macam orang lain" Tengku Qalif menyoal. Terasa ada sesuatu rasa yang menjalar di hatinya.

"aku takkan pernah bahagia selagi hidup dengan kau" Ujarnya. Suasana sepi semula dengan jawapan imanina.



❤❤❤❤❤







"ahh.. Sampai pun" kata datin mariam. Menyambut kedatangan imanina dan Tengku Qalif. Mereka menyalam tangan tua itu. Ramai yang datang di majlis ini.

Imanina naik ke atas berjumpa dengan qaisara. Rasa cemburu sebenarnya melihat majlis  yang meria itu. Senyuman terbit di bibir apabila melihat qaisara masih disolek.

"akak.. " jerit imanina. Juru solek yang dipanggil kak su itu hanya tersenyum. Memandang imanina.

"akak. Sara takutlah" rengek qaisara. Tangan imanina dipeluk. Imanina mengusap kepala qaisara.

"takut apa pula? Bukannya ni hari yang sara tunggu-tunggu ke?" usik imanina. Qaisara mencebik.

"sara rasa berdebarlah" ujarnya. Tangan dilekap di dada. Mendengar degupan jantung yang berdegu kencang.

"biasalah tu.. " sampuk kak su.

"erkk.. Cik jangan terasa pula kalau kak su tanya ye?" kak su menyoal sambil tangan masih ligat menyolek wajah imanina.

"panggil nina je kak su" kata imanina. Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan qaisara.

"erkk.. Nina ni ada apa-apa ke dengan sara?" tanyanya. Termati senyuman imanina mendengar soalan itu. Qaisara yang sedar riak wajah imanina bertukar muram. Terus menyampuk.

"nina ni isteri alonglah kak su" bagitaunya. Terlopong mulut kak su.

"isteri? Bila pula Tengku kawin?" sekali lagi imanina tersenyum kelat. Pintu bilik yang dibuka itu menyelamatkan imanina dan qaisara daripada soalan maut itu. Timbul wajah datin mariam.

"dah siap dah" tanyanya.

"dah siap dah datin. Nak pakaikan tudung je ni" bagitau kak su.

Datin mariam mengangguk perlahan kepala qaisara diusap.

"tok kadi dan daus dah sampai". Semakin berdebar qaisara bila datin mariam memberitahunya.





Semua mata memandang qaisara yang  baru turun saja turun ke bawah yang dipimpin oleh imanina dan datin mariam. Qaisara duduk di pelamin sempat matanya memandang daus yang segak berpakain serba putih.

"boleh kita mulakan sekarang" ujar tok kadi. Daus mengangguk. Tangan digosok menghilangkan rasa Debarannya.

"AHMAD DAUS BINTI AHMAD DAFI"

"YA SAYA!"

"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN TENGKU QAISARA DENGAN MAS KAWIN 2OO RATUS RINGGIT TUNAI."

"AKU TERIMA NIKAHNYA TENGKU QAISARA DENGAN MAS KAWIN 200 RATUS RINGGIT TUNAI!"

"SAH!"

"SAH!"

Dengan sekali lafaz saja qaisara kini sudah menjadi isteri daus. Jatuh air mata qaisara saat mendengar perkataan sah itu. Daus mendekati qaisara cincin disarung di jari manis qaisara. Qaisara menciun tangan daus lembut. Air matanya jatuh lagi. Dia mengangkat wajahnya. Daus mencium dahi qaisara. Lama.

"assalamualaikum isteri abang. " bisiknya lembut. Qaisara sekadar membalas dengan senyum segan. Selesai saja majlis acara bergambar. Datin mariam pula mencium dahi qaisara.

"jadi isteri yang solehah ye" ujarnya. Air Matanya juga turut jatuh.

"aku dah serahkan adik aku kat kau" kata Tengku Qalif menepuk bahu daus yang berdiri memperhatikan qaisara dan datin mariam.

"aku tau. Terima kasih. " ujarnya.

"kau didiklah dia baik-baik. Kau siap kalau buat adik aku menangis" Tengku Qalif memberi amaran.

"takkan lah.. "

"tak menyempat ye kau. Tak bertunang terus ajak kawin" usik adam. Daus tersenyum sumbing

"kau jealous cakap"

"tak adanya aku nak jealous. Kau tunggu kejap lagi aku pula kawin"

"dahlah.. Kau makanlah. Ingat pesan aku" Tengku Qalif dan adam meninggalkan daus.






Marah-marah SayangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang