"Hati-hati jaga diri tu. Jangan lupa solat." pesan abahnya.
"nina taulah bah, umi. Nina pergi dulu kesian tengku dah lama tunggu tu" ujarnya. Tangan menyalam umi dan abahnya. Dipeluk sekejap tubuh uminya itu. Sebelum kucupan sayang hinggap di dahinya. Imanina tersengih suka.
Tengku Qalif didalam kereta hanya membalas senyuman dengan orang tua imanina. Pintu kereta dibuka. Wajah imanina dipandang. Lama.
"kita gerak terus ke tengku?" tanya imanina. Pakcik yang membawa kereta tersebut dibalas dengan senyuma tipis. Sebelum memandang riak serius Tengku Qalif.
"ehmm.. Kau ada nak singgah ke?"
"taklah. Saja je tanya!" mata dilemparkan memandang luar kereta berharap perjalananya baik-baik saja.
Setelah mengambil masa sejam akhirnya mereka sampai di destinasi.
Tengku Qalif memandang wajah imanina disebelah. Siap terbuka lagi mulut tu. Tidur mati. Tapu still comel.Perlahan-lahan tangan mengoncang bahu imanina. Mata memerhati imanina menunggu tindak balas namun sedikit pun tidak bergerak. Sah tidur mati. Kali ini bahu imanina digerak dengan kuat. Terus tercelik mata bundar itu.
"seronak ye kau. Dahlah tidur mati orang kejut bukan nak bangun. " sindirnya
"sorry. Saya tak sengaja. Dah sampai ke tengku?" tanya imanina tersengih malu.
"dah sampailah. Kau asal kau tak nampak kita kat mana sekarang ni. Mabuk?"
Imanina memerhatikan sekelilingnya. Sekarang mereka berada di hotel. Fuh lawa gila hotel ni. Hotel 5 bintang ni.
Setelah mendaftar nama masing-masing menuju ke bilik sendiri. Bilik imanina sebelah Tengku Qalif je sebenarnya.
"hari ni kita rehat, esok baru kita mula meeting and terus balik" ujarnya sempat berpesan kepada imanina sebelum masuk. Imanina sekadar mengangguk.
'bapa lawa gila bilik ni. Luas pula tu kalah bilik aku!'.
Badan dihempas kekantil empuk itu. Mata semakin lama semakin layu akhirnya imanina tidur juga tanpa membuka tudung, tak tukkar baju. Ishh selekeh betul.
❤❤❤❤❤
Jam menunjuk angkah 8.30 malam. Imanina sekadar menonton televisyen sambil mengunyah potato.
Tut..
Iphone disisi nya dicapai. Aplikasi whatsApp dibuka. Nama 'big bos' ditekan. Lama mata membaca ayat Tengku Qalif
Tengku Qalif
Masuk bilik aku ambik fail and turun bawah. Aku tunggu kat kafe.
Laju tangan membalas
Nina
Nak buat apa?
Tidak sampai seminit Tengku Qalif membalas
Tengku Qalif
Kau simpan bodoh kau sekejap boleh tak. Turun jelah sekarang. Aku ada benda nak bincang pasal meeting esok
Imanina mencebik suka hati je panggil orang bodoh. Lincah tangan membalas chat tersebut.
Nina
Yalah bosku yang bijak. Tapi ada bodoh juga. Macam mana saya nak masuk? passwort tengku apa?Tengku Qalif
23126
Imanina mengambil tudung. Pintu bilik Tengku Qalif dituju. Passwort tadi ditekan pada alat tersebut. Maklumlah hotel ni orang yang kaya-kaya je datang. Canggih habis. Tidak lama kemudian pintu terbuka berkerut dahi imanina. Gelap gila bilik ni. Tangan meraba-raba dinding mencari suis lampu sebelum bilik itu diterangi.
Laju imanina ke meja yang dikatakan Tengku Qalif. Puas dicari namun masih tidak jumpa. Kedengaran pintu ditutup mengejutkan imanina. Pantas imanina berpaling melihat pintu yang tadi terbuka sudah tertutup rapat. Hati mula berdebar-debar. Otak memikir yang bukan-bukan. Namun cepat dinafikan. Pintu itu tidak diambil peduli yang penting kena cari fail tu secepat mungkin.
Tiba-tiba pinggangnya terasa dipeluk. Mata dipejam berharap ini hanya halusinasinya.
"what are doing darling?"
Mendengar suara itu membuat imanina mengigil. Tangan yang berlengar di pinggangnya ditepis kasar.
"apa tengku buat ni?" marah imanina jelas sekali suaranya yang takut-takut. Sudahlah Tengku Qalif hanya mengenakan tuala. Mulut tidak habis-habis mengutuk dirinya yang mudah mempercayai lelaki itu.
Imanina melangkah ingin keluar dari bilik itu. Tapi sekali lagi tubuhnya dipeluk
"apa ni tengku???" tengku jangan macam-macam. Saya nak keluarlah!!" jerit imanina.
"lepaslah tengku" rayu imanina dengan mata yang merah, menahan tangisan.
"aku takkan lepaskan kau selagi kau tak jadi milik aku"bisik Tengku Qalif di telinga imanina yang bertudung .
"tengku pleaseee....." belum sempat imanina merayu pintu bilik diketuk. Serta merta jatuh air matanya melihat Tengku Qalif tersenyum mengejek ke arahnya.
Mata dipejam ketika Tengku Qalif membuka pintu dengan selamba. Berharap ini semua mimpi. Berharap orang yang mengetuk pintu bukan macam yang disangkahkan. Berharap agar dapat melarikan diri daripada permainan Tengku Qalif. Sungguh dia terperangkap. Kenapa bodoh dirinya memasuki bilik Tengku Qalif berani. Ya allah..imanina tidak kuat. Sungguh tidak kuat.
Saat mendengar suara itu. Imanina duduk rebah jatuh ke lantai. Tangisan semakin mengila. Tangan digenggam. Takut yang teramat.
"maaf kami dari pejabat agama telah dilaporkan bahawa encik dan cik duduk berduan tanpa ikantan. Dikirakan membuat maksiat" ujar daripada salah satu mereka.
Tengku Qalif hanya beriak selamba siap berpeluk tubuh. Langsung tidak mempunyai sifat balas kasihan. Ini ke rancangnya itu? Macam ni ke cara untuk mendapatkan imanina? Astagafirullahalazim.
Imanina menghabur segala tangisannya. Tengku Qalif dipandang benci. Sungguh benci.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomansaTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...