"assalamualaikum..... " jerit noraini memberi salam. Imanina pula mengangkat bakul-bakul yang di penuhi makanan. Kaki ikut uminya melangkah ke dapur. Bakul-bakul tadi di letakkan di atas meja.
"mana qalif ni?" tanya noraini kepada imanina. Hairan langsung tiada siapa yang menyahut salam mereka.
"tadi bukan main lagi call umi. Risaulah. Apalah. " bebelnya. Imanina pula buat tak tahu. Hari ni entah masuk ke berapa kali dah uminya asyik sebut nama Tengku Qalif. Naik rimas pula.
"dari mana?" tiba-tiba suara aziz hsyam kedengaraan. Imanina dan noraini yang sedang mengemas barang-barang serentak memandang embun suara itu.
"abah dah balik ke? Ingat belum lagi. " ujar imanina. Tangan tua itu dikucup lembut.
"dah tadi lagi." jawabnya. Pandangannya dialih pula ke arah isterinya.
"kenapa tak bagitau abang nak keluar?" noraini tersengih.
"ani lupa" ujarnya. Aziz hsyam mengeleng melihat perangai isterinya. Memang pelupa betul. Maklum lah dah tuakan nyanyuk.
"tak apalah. Apa yang korang beli ni? Banyak sangat"tanyanya sambil membelek-belek bakul itu.
"barang dapur. Saja nak masak banyak sikit malam ni" jawab imanina pula.
"qalif mana bang?" tanya noraini kembali ke topik tadi. Imanina menrengus kasar. Risau sangat kat menantu dia tu.
"tidur kut." jawab aziz hsyam. Dia melabuh punggung berhadapan dengan isterinya.
"tadi luqman call abah" ujar aziz hsyam. Imanina yang mendengar nama itu terus menoleh ke arah abahnya.
"kenapa?" tanyanya sepatah.
"malam ni dia nak datang sini. Maira nak jumpa kamu katanya. Rindu" jawab aziz hsyam. Senyuman terus terukir di bibir imanina. Dia sendiri rindu akan maira. Tak boleh nak pisah lama-lama mesti rindu.
"baguslah macam tu. Boleh ikut makan sekali." ujarnya teruja. Teruja maira nak datang ke atau luqman?
Perbualan mereka berlarut panjang. Lama tak berkumpul bertiga. Ada je lah mereka cerita. Kadang ketawa sampai tak ingat dunia. Masing-masing mengambil tempat duduk di meja makan. Sambil-sambil itu mereka minum kopi.
"macam mana kerja nina sekarang okey!?" tanya aziz hsyam. Noraini juga turut memandang anaknya.
"alhamdulillah okey je!" jawab imanina.
"baguslah macam tu.. " kata noraini pula.
"umi nak naik dulu nak tukar baju. Kamu nina naik atas tadi qalif call kamu katanya kamu tak angkat." sempat noraini membebel sebelum naik atas. Imanina menaikkan biji matanya ke atas sambil mulut terkumat-kamit entah apa yang di cakap.
"umi ni tak habis-habis sebut nama dia je. Muak nina nak dengar. " rungut imanina. Aziz hsyam tertawa kecil melihat muncung anaknya itu.
"dahlah abah nak naik juga. " pinta aziz hsyam meninggalkan imanina sendirian. Imanina bangun mengambil cawan yang mereka gunakan tadi dan di bawa ke singki.
Selesai mencuci cawan dengan malas imanina naik ke atas. Pintu biliknya dibuka.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
عاطفيةTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...