Sudah seminggu imanina dan Tengku Qalif menjalankan perkawinan seperti suami isteri yang lain.
Imanina mengambil tali leher berwarna hitam itu lalu menuju ke arah Tengku Qalif yang sedang berdiri menunggunya.
Sudah seminggu juga imanina menjadi suri rumah sepenuhnya. Itu semua arahan daripada sang suami yang tercinta. Imanina hanya akur.
Tengku Qalif menunduk sedikit. Menyamakan ketinggian mereka bagi memudahkan imanina melakukan kerja. Tangan menlingkar di pinggang imanina. Dahi isterinya dikucup lembut.
"biy makan lunch kat rumah ke?" tanya imanina sambil tangan masih lagi memakaikan Tengku Qalif tali leher.
"mungkin hari ni tak kot. Sebab hari ni biy ada meeting. So busy sikit." jawabnya. Imanina memcebik. Entahlah sejak kebelakangan ni dia manja sangat. Kalau boleh setiap saat nak ada di sisi Tengku Qalif.
"sayang janganlah merajuk. Biy janji petang nanti biy balik awal sikit okey" pujuk Tengku Qalif. Imanina mengerling sekilas. Bibirnya sudah mengutum senyuman. Suka lah tu.
"promise!" imanina menyuakan jari kelingkingnya. Tengku Qalif tergelak. Namun tetap menyambut huluran itu.
"promise sayang" katanya lembut. Tubuh imanina dibawa ke dalam pelukan. Imanina turut membalas.
"love youu biyyy.. " katanya manja.
"i love youu moree.. " balas Tengku Qalif.
"jom turun. Nina dah siapkan sarapan. " ajak imanina. Tangan Tengku Qalif di paut mesra. Tengku Qalif tersenyum. Suka dengan perangai manja imanina.
Sampai saja di ruang makan. Tengku Qalif terus duduk. Imanina menyedokkan nasi goreng buat suaminya. Kopi juga turut dituang. Dia duduk di sebelah Tengku Qalif. Tangan menongkat wajah memandang suami tercinta makan.
"makanlah sekali" ujar Tengku Qalif. Imanina menggeleng kepala tanda tidak mahu.
"makanlah sayang.. Nanti sakit perut pula" pujuk Tengku Qalif.
"nina akan makan kalau biy suapkan" ujarnya lembut. Tanpa membuang masa Tengku Qalif terus menyuakan nasi goreng tersebut ke dalam mulut imanina. Laju saja imanina membuka mulut.
"sedap tak biy?" tanya imanina dengan mulut masih lagi mengunyah. Tengku Qalif mengeleng melihat perangai isterinya.
"makan dulu baru cakap" tegurnya.
"sedap tak?" tanyanya sekali lagi apabila sudah menelan nasi di mulutnya tadi.
"sedap.. Sedap sangattt.. " jawab Tengku Qalif.
"berapa bintang biy bagi?" tanya imanina lagi. Tengku Qalif diam sejenak.
"3 kutt.. " jawabnya selamba.
"kata sedap. Takkan 3 je..." jelas nadanya bertukar. Merajuk. Mulut di muncungkan.
"biy gurau jelah. Semua yang sayang masak semuanya sedap." pujuk Tengku Qalif. Muncung imanina ditarik geram.
"dah makan ni!" arahnya. Imanina dengan senang hati menerima suapan Tengku Qalif.
Imanina tunduk menyalam tangan kasar Tengku Qalif sebelum dahinya dikucup lembut. Dia mendonggak memandang suaminya.
"nanti nina nak keluar boleh?" tanyanya meminta izin.
"nak ke mana?"
"keluarlah. Nina nak beli barang rumah." jawabnya. Tangan Tengku Qalif di goyang-goyangkan. Muka pula sengaja dibuat comel. Supaya Tengku Qalif membenarkan. Bukan senang tau dia nak keluar dari rumah ni. Kalau nak keluar pun Mesti Tengku Qalif temankan. Tapi imanina langsung tak terasa terkonkong. Sebab dia lagi suka keluar berdua dengan Tengku Qalif. Rasa selamat.
"yalah. Tapi bagitau biy nanti kalau sayang dah nak keluar. Okeeyy" ujarnya memberi kebenaran. Rambut imanina diusap lembut.
Segera imanina Mengangguk faham. Bibir Tengku Qalif dikucup sekilas.
"tapi mesti berteman. Sayang bawalah sara boleh?" katanya.
"okeyy.. Nanti nina bawa sara sekali" balas imanina riang.
"good girl...biy gerak dulu tauu.. " sempat dia mengucup bibir, pipi, dan dahi imanina. Imanina melambaikan tangannya. Menghantar pemergian Tengku Qalif.
❤❤❤❤❤
"akak kita nak ke mana ni?" tanya qaisara. Nasib daus membenarkan qaisara keluar. Imanina mengerling sekilas.
"ehmm.. Akak nak masuk kat dalam tulah." ujarnya sambil menunding jari ke arah sebuah kedai pakaian. Wajahnya menora kemerahan. Qaisara tersengih.
"jom." qaisara menarik tangan imanina. Terpinga-pinga imanina mengiku jejak Qaisara.
"akak nak goda along ke?" tanya qaisara sambil membelek beberapa pakaian wanita.
"erkk.. Mana ada.. Lah.. " tergagap-gagap imanina menjawab. Qaisara ketawa. Lucu melihat muka malu-malu imanina.
"tak payah nak malulah. Jomlah sara tolong pilihkan. Tak payah nak malu sangat." ujarnya.
"erkk.. Sara jangan bagitau orang tau" ujar imanina. Qaisara mengangguk.
"akak apa kata pakai ni!" qaisara menunjukkan sehelai baju tidur yang seksi dan jarang. Bertali halus dan pendek separas paha. Imanina menelan liur. Seksi sangat. Belahan di dada pula terlalu panjang. Kalau pakai ni memang nampak yang tu.
"seksi sangatlah sara. " kata imanina.
"ishhh.. Apa pula. Biar seksi lah supaya along tak pandang perempuan lain. " Qaisara tetap berdegil.
"akak malu lah" katanya lagi. Qaisara mengeluh. Kepalanya digarukan.
"kalau akak malu macam mana nak goda along" kata qaisara. Imanina memandang sekeliling.
"baju ni macam mana?" kata imanina. Terlopong mulut qaisara saat dia memandang imanina memilih baju yang berada ditangan. Langsung tak menarik.
"akak ni. Ni tak seksi lah. Kalau macam tu baik tak payah goda along. Along pun tak terliur tau nampak akak pakai baju ni. Sara pun tak tergoda. Ni lagi kalau lelaki" kata-kata qaisara membuatkan imanina diam seribu kata. Dia terdiam seketika. Ada betul juga.
"yalah. Akak ambil ni" ujar imanina mengalah. Qaisara bersorak riang.
Mereka akhirnya membuat bayaran. Qaisara tersenyum memandang imanina. Berkerut imanina memandangnya.
"kenapa?" tanyanya, hairan.
"tak adalah. Good luck tau malam ni" usiknya. Imanina ketawa malu.
"jom kita singgah makan kejap" ajak imanina. Qaisara bersetuju. Memang perutnya pun dah berbunyi meminta isi.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
Любовные романыTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...