Sekejap putar ke kiri. Sekejap putar ke kanan. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati. Sejak balik dari rumah Tengku Qalif tadi. Dia rasa lain macam.
Iphone di ambil. Di tekan butang on. Melihat jam sudah menunjuk jam 11.30 malam. Imanina mengeluh. Mata dipejam. Selalunya jam 11 dah terbuai mimpi. Ni tak. Rasa macam ada sesuatu yang terjadi. Tapi cepat-cepat di usir.
Terkejut imanina saat iphonenya berbunyi. Kening berkerut melihat nama yang tentera di skrin itu. Laju saja tangannya menjawab panggilan tersebut.
"walaikumsalam mama.. " jawab imanina. Jantungnya berdebar mendengar suara mentua seperti sedang menangis.
"nina.. Nina.. Kat mana ni?" tanya datian mariam dengan suara yang teresak-esak.
"nina kat rumah ni? Kenapa ma.. " sekali lagi imanina menanya. Dia duduk di sisi kantilnya.
"qalif.. Qalif nina.. " tersekat-sekat datin mariam berkata.
Semakin kuat degupan jantung imanina. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Cuba bertenang.
"kenapa ma?" tanyanya sepatah. Berdoa apa yang bermain difikirannya tidak benar sama sekali.
"qalif.. Kemalangan... "
Terduduk terus imanina saat mendengar penyataan itu. Air mata mula bertakung. Kepala di geleng tidam percaya.
"nina datang sekarang juga. Mama tolong share nama hospital tu ye" katanya dengan suara yang bergetar. Terus talian di matikan.
Almari dibuka. Baju t-shirt berlenggan panjang diambil. Tudung juga turut di sarung. Tak kisahlah senget ke? apa ke? Yang penting sekarang kena pergi hospital dulu.
Bilik umi dan abahnya diketuk. Tangannya mula mengigil. Air mata pula sudah laju menitis. Sungguh dia takut. Takut tak sempat minta maaf. Rasa bersalah sangat.
"nina ya allah kenapa ni?" kalut noraini bertanya. Wajah imanina dipegang.
"qalif kemalanga umi" beritahu imanina dengan tangisan menggila.
"allah... " noraini pantas mengejutkan suaminya.
"bang bangun...bangun" jerit noraini. Terpisat-pisat aziz hsyam membuka mata.
"kenapa ni?" tanyanya mamai.
"cepat bangun. Qalif kemalangan" Terbeliak mata aziz hsyam. Laju saja dia menyalin baju.
Setelah semua sudah bersedia. Laju mereka masuk ke dalam kereta. Tergesa-gesa mereka pergi ke hospital.
Imanina pula sejak tadi tidak berhenti menangis. Puas noraini pujuk untuk bersabar.
"sabar nina.. " pujuk noraini.
❤❤❤❤❤
"mama!!" jerit imanina. Datin mariam yang sedang duduk di kerusi itu terus berdiri saat mendengar namanya dipanggil.
Tubuh tua itu di peluk erat. Tangisan dihambur dibahu datin mariam.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...