bab 48

2K 54 1
                                    

Semua berdiri apabila doktor yang merawat Tengku Qalif keluar. Sudah hampir 2 jam mereka menunggu. Semua menanti dengan penuh debaran. Imanina meramas-ramas jarinya bagi menghilangkan rasa gusar di hati.

"macam mana dengan kawan saya doktor?" tanya daus. Tangan isterinya qaisara juga turut digenggam.

Doktor yang bernama Azwan itu mengeluh. Mata memandang satu persatu wajah yang jelas kerisauan.

"saya dah cuba yang terbaik. Yang lain kita serahkan kepada tuhan. Minta banyak-banyak bersabar dan terus berdoa kepada pesakit ye" ujarnya membuatkan imanina menitik air mata. Semakin dia berasa gusar memdengar kata-kata doktor itu. Seolah-olah Tengku Qalif tidak dapat diselamatkan.

"dia okey je kan?" tanya adam pula.

"buat masa ni keadaan sangat teruk. Pesakit mengalami kecederaan yang sangat bahaya. Mungkin kita tidak boleh berharap sangat sebab nyawa pesakit 50/50" ujarnya. Imanina terus terduduk dikerusi semula. Kepala digelengkan. Tidak percaya.

"boleh kami jumpa pesakit?" aziz hsyam pula menyampuk. Doktor Azwan mengangguk.

"tapi mesti seorang saja yang dibenarkan.  Keadaan sekarang tidak mengizinkan untuk masuk beramai-ramai. Harap semua faham" pesannya.

"boleh tak kalau nina nak jumpa dulu" kata imanina. Dah bengkak dah mata tu. Mana taknya sejak tadi lagi asyik menangis. Memang bengkaklah jawabnya.

Semua mengangguk tanda membenarkan. Mereka tahu banyak yang ingin imanina sampaikan.

"baiklah kalau macam tu. Sila ikut jururawat ni sebelum masuk ke dalam. " imanina terus bangun dan mengikut langkah jururawat yang diperkatakan tadi.

"saya minta diri dulu" pinta doktor azwan.



Dengan penuh debaran imanina perlahan-lahan membuka pintu itu. Jatuh lagi air matanya saat memandang susuk tubuh yang terbaring kaku itu.

Kenapa perlu menangis?. Kenapa perlu bersedih? Sedangkan selama ini tidak pernah sekali pun dia menyatakan sayang kepada lelaki itu apatah lagi cinta. Bukankah ini yang buat dia bahagia. Adakah imanina memang sudah jatuh cinta dengan Tengku Qalif?

Imanina mendekati Tengku Qalif yang masih kaku itu. Jika dilihat daripada luaran tidaklah seteruk mana.

Kerusi ditarik mendekati kantil. Tangan dengan mengigil cuba diberanikan untuk menggenggam tangan kasar Tengku Qalif. Imanina menggengam erat bagai tidak mahu lepas.

"assalamualaikum biy.. " ujar imanina dengan suara yang bergetar. Bibir dilabuhkam ditangan Tengku Qalif. Lama dia mengucup tangan itu.

"nina minta maaf. Nina dah buat biy macam ni. Nina bodoh. Nina dosa dengan biy... Please biy.. Please wake up. I need you" katanya. Sekarang baru nak menyesal. Sekarang baru nak kata dia perlukan Tengku Qalif. Kenapa tak dari dulu. Well.. Egokan.

"biy nina sayang kat biy. Nina cintakan biy. Selama ni nina keraskan hati supaya tak cintakan biy. Tak sayangkan biy. Tapi nina kalah dengan hatinya sendiri. Nina mengaku kalah sekarang. Nina sayang perlukan biy. Pleasee biy..." rayu imanina. Namun langsung tiada sahutan yang terbalas. Liur ditelan sebelum memulakan perbicaraan semula.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now