Imanina turun menuju ke dapur. Baju tidur qaisara tadi dipakai. Tudung juga dikenakan walhal dirumah ini semua muhrimnya.
"nina mari sini makan" ajak mamanya. Imanina sekadar membalas senyuman. Masih terasa kekok.
"akak along mana?" tanya qaisara. Imanina mengangkat bahu tanda tidak tahu. Setahunya selepas mereka bergaduh Tengku Qalif terus turun ke bawah.
"assalammualaikum.. " baru saja qaisara ingin bertanya dengan lebih lanjut. Suara abangnya sudah pun kedengaran. Mereka semua terus ke ruang tamu utama. Terkejut mereka melihat Tengku Qalif dan 2 orang lelaki sedang mengangkat bakul masuk ke dalam. Banyak gila.
"apa yang kamu beli banyak sangat ni?" tanya datin mariam, hairan. Tengku Qalif tidak menjawab malah mengarahkan 2 orang budak itu untuk terus beredar. Mungkin orang suruhannya kut. Yalah orang kaya kan.
"apa ni qalif banyak sangat?" sekali lagi datin mariam bertanya. Tidak puas hati apabila anaknya tidak menjawab. Tengku Qalif tersenyum sebelum menarik tangan imanina mendekatinya.
"ni semua baju untuk sayang. Biy tau sayang tak ada baju kan. Ahh..ambiklah. Biy dah beli semua pakaian sayang tudung pun ada sekali. " katanya teruja sambil menunjukkan beberapa helai pakaian dan tudung. Terlopong imanina jadinya. Banyak sangat ni. Dah tu semua barang berjenama pula. Imanina menarik nafas panjang. Biar pun menghabiskan sejuta duit pun dia tetap masih tidak boleh menerima Tengku Qalif.
"ingat aku ni tak mampu ke? Tak payah susah-susah aku boleh je beli sendiri. Duit aku cukup beli semua ni" ujarnya dengan bengang. Tidak menghiraukan riak terkejut mentua dan adik iparnya. Yalah kasar kut cara dia bercakap tu. Bagi imanina kalau kita tak suka tu lebih baik buat cara tak suka. Tak payah nak berlakon suka pula. Macam sekaranglah. Depan mentuanya tetap juga ber 'aku kau' dengan suami sendiri. Itulah prinsip imanina. Sekali benci terus benci selamanya. Ehmm..ye ke benci selamanya? Kita tengo je ending dia macam mana? :) Benci lagi ke tak?
Tengku Qalif hanya tersenyum. Dengan senyuman itulah memberi kekuatan untuk dia terus bersabar. Nampak macam tak terasa langsung padahal hati ni terguris sangat walaupun tak adalah sakit yang sangat. Tapi cukup memberi kesan.
Apa pun kata-kata imanina dia harus menelannya. Perlu mempunyai hati yang kental. Tidak cepat terguris. Ini baru permulaan, baru 1 hari mendirikan rumah tangga. Banyak lagi dugaan yang akan datang. Kita tak tahu. Sebab tulah perlu bersedia dari awal lagi. Bagai pepatah sediakan payung sebelum hujan."duit sayang tu sayang simpan ni biy hadiahkan. Tak apa biy suruh bibik kemaskan ye" katanya masih tidak berputus asa.
"bibik.. " jerit Tengku Qalif.
"ya tuan.. "
"tolong kemaskan barang ni kat almari saya"arahnya.
"baik tuan!"
Imanina sekadar memandang. Malas nak bertekak. Sakit dah mulut ni. Asyik menjerit. Lepas tu menangis. Muak sangat dengan situasi sebegini walaupun baru 1 hari.
"suka hatilah" ujarnya.
"jomlah kita makan"
❤❤❤❤❤
"akak naik dulu"
"good night" sempat Qaisara melambaikan tangan. Selepas saja makan imanina dan Qaisara duduk di ruang tamu. Memperkenalkan diri. Yalah kan baru je kenal. Imanina selesa bercerita dengan Qaisara. Kekadang dia terlupa akan masalahnya. Mentuanya pula sudah tidur. Penat agaknya. Tengku Qalif? Entah lepas je makan terus menghilang.
Perlahan-lahan imanina menolak pintu bilik Tengku Qalif, melihat Tengku Qalif yang khusyuk menghadap laptop di atas kantil membuatkan imanina berfikir 'nak tidur mana pula ni?' bisiknya sendiri. Kepala digaru kasar. Tanpa membuang masa bantal disisi Tengku Qalif diambil. Tubuh dibawa ke sofa yang tersedia dibilik itu. Tanpa menanggalkan tudung imanina terus merebahkan diri. Baring membelakangi Tengku Qalif.
Hebusan kasar terdengar dari Tengku Qalif. Ingatkan imanina tidur juga disebelahnya tapi lain pula jadi. Tengku Qalif berdiri menuju ke arah imanina. Bahu imanina dicuit sedikit. Namun tiada sebarang balasan. Kali ini lebih kuat pula. Imanina mendengus kasar.
"sayang tidurlah kat kantil tu!" ujarnya.
"tak ingin aku tidur sekatil dengan kau" balasnya. Mulut ni kalau tak cakap elok-elok sikit tak boleh ke? Asyik menengking je kerjanya. Sabar jelah wahai Qalif. Pandai mulakan so pandai-pandailah tamatkan.
"tau sebab tu biy suruh naik atas kantil tu. Biar biy tidur kat sini. Ke nak tidur sekali ni?" katanya diselit sedikit gurauan. Cuba menceriakan suasana. Imanina menjeling menyampah. Segera dia bangun dan terus berbaring dikantil empuk itu. Wahh selesanya hanya tuhan yang tau.
"bukalah tudung tu tak panas ke pakai tudung time tidur?" soalnya. Seperti biasa tiada sahutan dari imanina.
"sayangg... "
"aku tak suka dedahkan aurat aku" jawabnya malas.
"aurat apanya. Biy suami sayangkan"
"memang. Tapi bagi kau jelah. Aku tetap tak anggap kau suami aku. So pleasee jangan paksa aku buat sesuatu yang aku tak suka. Aku tak rela pun kawin dengan. Kalau bukan sebab hal tu. Aku tak kan kawin dengan kau. "ujarnya sinis.
"biy faham. Tak apa lama-lama biy yakin sayang boleh terima biy" ujarnya. Kata-kata imanina dibiarkan berlalu.
"bahkan dalam mimpi pun aku takkan terima kau. Ini pula realiti. Kita ni cuba biasakan diri berpijak di bumi yang nyata. " sekali lagi padu sindiran yang imanina berikan. Fuhh.. Kali ni sentap sedikit Tengku Qalif dibuatnya. Tengku Qalif tidak membalas. Nanti dibalas lagi teruk dia kena sindir. Nasib kaulah qalif. Buat lagi rancangan bodoh tu. Kan dah merasa.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
Любовные романыTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...