5 bulan kemudian...
Imanina dengan teruja menunggu ke pulangan suaminya. Macam-macam yang dia masak untuk hari ni. Semua kesukaan suaminya. Jam di kerling entah buat yang je berapa kali. Hatinya tidak sabar memberitahu berita gembira ini.
Kedengaaran bunyi kereta memasuki garay banglo milik mereka. Laju saja dia membuka pintu. Senyum semakin melebar saat memandang figura suaminya yang turun dari kereta lambonya.
"assalamualaikum sayang.. Miss me?" salam Tengku Qalif berikan di selit dengan guraun.
Imanina menyambut huluran itu. Di kucup lembut tangan suaminya.
"walaikumsalam.. I miss you!" jawab imanina. Terasa bibirnya di kucup lembut sebelum beralih ke dahinya. Dia hanya menerima dengan senyuman. Siapa tak suka di manjakan sebegini oleh suami?
"biy mandi dulu erk? Lepas tu kita makan." ujar imanina. Tangan Tengku Qalif di tarik masuk ke dalam.
"wanginya sayang masak." puji Tengku Qalif tatkala hidung terhidu bau masakan. Imanina tersenyum suka mendengar pujian itu.
"mestilah. Dah pergi mandi cepat" arahnya.
"awalnya sayang masak. Selalunya habia isyak baru kita makan malam. Ni belum manghrib lagu ni" Berkerut dahi Tengku Qalif memandang isterinya. Baru jam 6 kut.
"hari ni sayang nak buat suprise sikit. Tak apalah. Hari ni kita makan awal." jawabnya dengan sengihan di bibir.
"yalah. Biy mandi dulu. " kata Tengku Qalif mengalah. Well perempuan mana nak kalah. Betul tak?
Kaki melangkah naik ke lif sebelum menekan ke tingkat 3 menuju ke bilik mereka. Walaupun terasa perangai isterinya memelikkan. Namun dia hanya membiarkan. Biasalah perempuan sentiasa berubah-rubah mood.
Selesai saja mandi Tengku Qalif terus turun ke bawah mencari susuk tubuh isterinya.
"abang jomm.. " ajak imanina saat sedar suaminya sudah pun berada di sebelahnya. Kerusi di tarik dan di pelawakan Tengku Qalif duduk.
"terima kasih" ujar Tengku Qalif. Lain macam je isteri dia ni.
"biy nak makan yang mana?" tanya imanina. Tengku Qalif diam sejenak. Mata memerhati lauk yang terhidang di meja. Banyak isterinya masak hari ni. Kecur perut terus. Ada ketam masak merah. Ada ayam masak sos. Ikan rebus. Dan sayur kubis. Semua makanan kegemaraannya.
"biy nak makan ayam dengan ikan tu." ujarnya sambil menunding jari. Imanina pantas menyedokkan nasi untuk suaminya.
"ketam nak?" imanina bertanya lagi.
"nak" jawab Tengku Qalif. Pinggan kosong di ambil dan di letakkan ketam di pinggang itu lalu terus memberi kepada Tengku Qalif.
Imanina duduk bersebelahan Tengku Qalif. Dia menongkat wajahnya memandang Tengku Qalif makan.
"makanlah. Rugi tau sayang tak makan" ujar Tengku Qalif. Imanina tersenyum sambil menggeleng kepala.
"nak biy suapkan ke?" segera imanina mengangguk mendengar pertanyaan itu. Mulut di buka luas menerima suapan Tengku Qalif. Manja seperti selalu.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
Любовные романыTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...