bab 27

1.1K 40 0
                                        

Tengku Qalif memarkingkan keretanya dihadapan rumah imanina. Hatinya bertambah panas apabila melihat kereta luqman sudah berada   dihadapannyan. Ini bermakna mereka telah sampai. Tengku Qalif tadi singgah sekejap dekat pantai menhilangkan tekanan. Tu yang lambat sampai. Barang-barang yang berada di bonet kereta diambil. Kaki melangkah masuk. Baru saja kakinya memasuk rumah itu. Aziz hsyam memanggilnya.

"qalif.. Apa yang kamu buat dekat luqman ni? Sampai celah bibir dia luka?" tanya aziz hsyam, tegas. Tengku Qalif menjeling luqman yang dirawat oleh imanina. Cemburu lagi. Sikit je pun. Tapi lagaknya macam dah nak nazak.

"Qalif.. Abah tanya ni?" Tengku Qalif menrungus kasar. Punggung dilabuhkan di sofa single itu. Rambut diraup kasar.

"luqman nilah bah. Adakah patut dia bawa imanina entah nak kemana. Dah tu buat macam qalif tak wujud pula dekat sana!" ujarnya.

"habis tu tak kan sampai nak tumbuk bagai. Macam budak-budak betul!" marah aziz hsyam. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat imanina memapah luqman masuk ke rumah dengan muka calar balar.

"dah dia cari fasal. Siapa suruh?"

"minta maaf dengan luqman sekarang!" arah aziz hsyam. Tengku Qalif mengeleng kepala sambil tertawa kecil. Takkan bapa mentua dia ni bodoh kut?  Bukannya salah Tengku Qalif pun. Yalah bukan menantu pilihan kan. Siapa je yang suka.

"sepatutnya dia yang patut minta maaf dekat Qalif. " katanya. Imanina berhenti daripada terus merawat luqman. Tengku Qalif dipandang tajam.

"dah buat salah tu. Sedar sikit". Hahh ni lagi satu. Marah orang tanpa sebab. Memang betul aziz hsyam dengan imanina ni sama je. Keras kepala.

"tak apalah. Luqman maafkan. Dan luqman minta maaf juga buat keluarga ni jadi macam ni" cela luqman.

"tak. Abang tak salah. Dia yang salah. Dia yang buat keluarga ni jadi macam ni. Serabut" nampaknya imanina menyebelahi luqman.

"dah.. Nina tak baik cakap macam tu? " marah noraini. Aziz hsyam sekadar menjadi pemerhati.

"yalah. Saya salah tumbuk luqman. Saya salah buat keluarga ni huru-hara. Saya minta maaf. Nina malam ni kita balik rumah mama. Mama kata ada orang nak datang. Qalif naik atas dulu" ujar Tengku Qalif. Mengalah. Dah 3 lawan 1. Siapa menang? Walaupun sebenarnya ini bukan salah dia. Mereka sekadar memandang Tengku Qalif naik ke atas.




❤❤❤❤❤

"kami balik dulu ye abah umi!" ujar imanina dan Tengku Qalif. Selesai bersalaman dengan aziz hsyam dan noraini. Mereka terus bertolak balik ke rumah datin mariam. Sepanjang perjalanan mereka sekadar senyap. Imanina pula sejak tadi tidak menegur Tengku Qalif. Dah terbalik pula. Sepatutnya Tengku Qalif yang baikot tak nak cakap dengan imanina. Ni tak. Macam-macam betul pasangan suami isteri ni

Hampir 1 jam mengambil masa. Akhirnya mereka pun tiba di banglo. Imanina terus turun ke dari kereta. Mengeleng Tengku Qalif memandang.

Masuk saja dia melihat kawan rapatnya sedang duduk di ruang tamu. Imanina pula sudah duduk di sebelah qaisara. Tengku Qalif menyalam mamanya. Kening dijongket bertanya kenapa. Dia memandang Qaisara seli berganti dengan sahabatnya. Punggung dilabuhkan disofa empukm

"mimpi apa korang berdua datang sini" sinis Tengku Qalif berkata. Adam tertawa kecil. Daus pula nampak gusar sangat.

"kau dah kenapa daus?" tanya Tengku Qalif. Hairan melihat daus. Sekejap memandang adam.  Sekejap memandang qaisara. Sekejap memandang datin mariam.

"erkk.. Aku.. Aku..nak.." gagap daus bercakap. Semakin hairan Tengku Qalif.

"aku apa?" jerit Tengku Qalif

"aku nak masuk pinang sara!" dengan sekali lafaz daus berkata kerana terkejut mendengar suara Tengku Qalif. Di menekup mulut. Baru tersedar  dia terlepas cakap. Tapi memang tu pun yang dia nak cakap sebenarnya. Semua memandang Tengku Qalif. Menanti pendapatnya.

"tak boleh" ringkas Tengku Qalif berkata. Terkejut qaisara dan daus mendengar. Daus pula sudah mencebik. Qaisara pula sudah tertunduk sambil bermain dengan jari jemarinya.

"qalif. Apa pula cakap macam tu". Tengku Qalif tersenyum memandang datin mariam. Sebelun memandang qaisara dengan daus.

"eeee.. Daus ni tak layaklah ma!" selamba Tengku Qalif berkata. Bertambah muncung daus jadinya. Qaisara pula hampir menitis air mata.

"qalif... " marah datin mariam..

"betullah ma. Tengo tu orang gurau pun dah cebik bibir. Jantan Apa macam ni?" usik Tengku Qalif. Serta merta senyuman terbit dibibir daus. Qaisara pula berlari memeluk abangnya. Muka disembam didada Tengku Qalif.

"along ni suka tau main-main" ujar teresak-esak sambil memukul dada Tengku Qalif. Kepala qaisara diusap.

"takut sangat tak boleh kawin dengan daus" usik Tengku Qalif lagi. Kepala Qaisara dikucup.

"daus kau kalau adik aku calar balar siap kau" katanya memberi amaran. Daus mentabik.

"okey bos"

"happylah tu!" usik adam. Daus tersenyun gembira.

"gila tak happy. Meh sayang peluk sini" ujarnya gatal. Mendepa tangan ke arah qaisara meminta peluk. Qaisara menjeling manja.

"kau. Belum halal lagi! " marah Tengku Qalif. Qaisara pula masih di dakapannya. Manja sangat.

"so bila nak mulakan majlis?" tanya  datin mariam.

"tak sabar nampak nya mama ni!" datin mariam tersengih diusik oleh Tengku Qalif.

"mama nak ada cucu ni. Tak sabar" mendengar perkataan cucu itu membuatkan Tengku Qalif dan imanina berpandangn sesama sendiri. Imanina berdehem menghilang rasa debaran.

"nanti daus bagitau ibu daus. " jawab daus. Yang lain mengangguk.

"dah sampai bila nak melekat dengan along ni?" tanya Tengku Qalif. Qaisara bangun. Air mata dilap lembut. Sebelum menjerit gembira. Terkejut yang lain dengan jeritan itu.

"yeahhh.. Nak kawin. Thank you along" jeritnya. Pipi kanan Tengku Qalif dikucup sekilas. Datin mariam mencubit lenggan qaisara.

"tak malu betul buat perangai budak-budak depan daus!" qaisara tersengih. Mata dikenyit memandang daus. Gatal. Sekali lagi cubitan dihadiakan dilenggannya.  Semua ketawa. Imanina juga turut tertawa namum ketawanya terhenti melihat wajah murung Tengku Qalif yang memandangnya. Adakah rumah tangga mereka terus begini? 

Marah-marah SayangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang