Waktu kerja sudah pun tamat. Imanina mengemas barang-barangnya untuk bersiap sedia pulang ke rumah. Hari pertama memang memenatkan. Lenguh-lenguh dah badan ni. Tak sabar nak balik rumah, saat ini hanya kantilnya menjadi pikiran.
"kau naik pulang naik apa?" tiba-tiba Tengku Qalif menanya dahlah tak bagi salam. Imanina mengurut dadanya bagi menghilangkan rasa terkejut. Kus semangat.
"ekk.. Naik teksi kut"jawab imanina tanpa memandang Tengku Qalif. Perlahan-lahan Tengku Qalif mendekati imanina. Sekali lagi imanina terkejut. Selangkah dia kebelakang selangkah juga Tengku Qalif kedepan. Begitulah situasi mereka sehingga imanina tesandar di meja kerjanya. Tangan Tengku Qalif mengepung tubuh imanina, tangan diletak di meja kerja imanina. Terasa kesat liur ditelan. Dakat bebenor jarak mereka.
Dah lah tinggal mereka je berdua di ofis ni. Bukan sofea tak mengajak imanina tumpang keretanya, imanina yang menolak. Menyesal pula tak ikut sofea tadi.
"tengku a..pa ni... Sa..ya nak..nak balik dah ni"tergagap imanina bercakap. Kepala di tundukkan. Segan memandang Tengku Qalif.
"aku dah cakap kan bila bercakap pandang aku, susah sangat ke nak ikut arahan aku tu". Tajam Tengku Qalif memandang imanina yang menunduk itu. Pasal tu je pun. Aduhh dia ni...
"ma..aff tengku"
"again, maaf, maaf, maaf..tapi buat juga.. Imanina aku kat pandang aku"kali tegas bunyinya. Lagi membuatkan imanina tidak keruan dah peluh-peluh dah dahi ni. Perlahan-lahan imanina memandang Tengku Qalif. Dekat benar jarak muka mereka. Tengku Qalif menunduk manakala imanina mendonggak. Lama mereka berkeadan begitu.
Tengku Qalif terpaku melihat mata bundar itu. Mata meliar memandang segenap ruang wajah imanina. Dari mata, turun ke hidung, turun pula ke bibir merah imanina. Memang diakui wajah imanina sangat cantik tidak ada sebarang cacat celah nya.
Imanina juga memandang Tengku Qalif tidak berkelip. Terasa di pukau untuk terus memandang mata Tengku Qalif. Hati tak payah ceritalah dup..dap..dup..dap..dup..dap.. Hati bagaikan berdenyut seperti baru mengahabiskan larian maroton. Dengan nafas lagi tersekat-sekat. Payah benar mahu bernafas.
"dah, jom aku hantar kau" terus saja pipi imanina memerah. Buat malu jelah pandang orang tak ingat dunia. Dah macam perempuan sundal dah. Cepat saja kaki mengikut jejak Tengku Qalif.
Tengku Qalif mengosok-gosok belakang tengkuknya. Hampir saja bibir imanina di cium nya. Mata di pejam seketika bagi mengusir nafusnya. Imanina memang buat iman dia tergugat. Namun bibir tetap mengukir senyuman.
Terasa janggal antara mereka selepas kejadian tersebut. Masing-masing mendiamkan diri.
"kat mana rumah kau ni?"tanya Tengku Qalif. Imanina memandang sekilas sebelum memberitahu lokasi rumahnya. Hampir setengah jam kereta mewah Tengku Qalif berjalan akhirnya sampai juga di rumah imanina. Imanina membuka tali pinggang. Tengku Qalif keluar membuka pintu untuk imanina.
"terima kasih tengku.. Tengku tak nak singgah dulu ke?"pelawa imanina. Yalah orang dah tolong hantar kan kena lah balas walaupun sekadar menjemput minum. Kira ok lah tu.
"tak apa lah.. Lagi pun aku dah nak balik ni. Tengo cuaca pun macam nak hujan." ujarnya.
Baru saja kaki melangkah keluar seorang budak memeluk imanina.
"mommmyyy!!"
Berkerut dahi Tengku Qalif memandang. Takkan anak imanina pula. Mustahillah sebab dalam maklumat yang nelly bagi tentang imanina tertulis bujang masih. Habis tu anak siapa pula ni.
"ya allah maira.. Terkejut mommy..datang dengan siapa ni?" imnina mula mencangkung di hadapannya
"dengan daddy"jawab maira. Bertambah lapisan di dahi Tengku Qalif. Siapa pula daddy ni? Dahlah imanina bahasakan dirinya mommy juga.
Tiba-tiba keluar seorang lelaki. Tengku Qalif memandang. Mungkin ni daddy kut.
"abang luqman!" terus imanina berdiri. Luqman tersenyum sebelum mata dialihkan memandang Tengku Qalif. Imanina juga turut memandang, dahi ditepuk sedikit lupa pula ada mamat ni kat sini.
"Luqman.. " ujar luqman menghulurkan tangannya. Tengku Qalif membals huluran itu.
"Tengku Qalif"
"erkk.. Abang luqman kenal kan ni tengku bos nina. Tengku ni luqman..." belum sempat imanina berkata datang pula uminya.
"nina dah balik?" imanina mengangguk sebelum menyalam tangan uminya. Umi imanina memandang Tengku Qalif dan imanina bergilir-gilir.
"assalamualaikum makcik.. Apa khabar?" Tengku Qalif juga turut menyalam umi imanina. Terkebil-kebil orang tua itu jadinya.
"ekkk.. Walaikumusalam..alhamdulilah makcik sihat." balasnya.
"umi kenal kan ni Tengku Qalif. Bos imanina. Tadi dia tolong hantarkan."
"yeke. Maaflah qalif menyusahkan kamu pula" kata uminya
"tak apa. Tanggujawab saya"
"meh lah masuk. Kita minum-minum dulu" kali ini ibunya pula mempelawa, tadi anaknya. Tengku Qalif menggelang perlahan tanda menolak. Bukan nak sombong tapi dia risau tentang mamanya. Dahlah nak hujan.
"tak apa lah makcik. Saya dah nak balik dah ni. "
"betul ke ni?"
"ye makcik. Maaf lah ye. Lain kali saya datang lagi" lain pula rasanya kan bila Tengku Qalif mengelarkan dirinya 'saya'. Umi imanina hanya mengangguk tak kan nak paksa pula. Dah orang tak nak. Mungkin ada hal kut.
"terima kasih sekali lagi ye tengku tolong hantar kan saya" sekali lagi imanina mengucap terima kasih. Tengku Qalif hanya mengagguk kepala sebelum masuk ke kereta. Tingkap di buka sedikit.
"saya balik dulu ye makcik" ujarnya Tengku Qalif separuh menjerit. Mereka menghantar pemergian Tengku Qalif dengan pandangan sehingga kereta itu hilang daripada pandangan.
"amboi mata tu"kata luqman terselit nada cemburu. Imanina mengalihkan pendangan daripada terus jalan raya itu.
"abang luqman ni!"
"dah-dah jom masuk. Umi ada goreng karipap tu".
![](https://img.wattpad.com/cover/270148239-288-k8120.jpg)
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
Storie d'amoreTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...