bab 38

1.1K 32 1
                                    

Masuk saja rumah. Imanina perasan yang Tengku Qalif merenungnya sambil berpeluk tubuh. Terasa susah benar dia menelan liur. Gerun dengan wajah Tengku Qalif yang serius memandangnya. Pintu ditutup. Imanina berlagak tenang padahal jantungnya sudah mula mengepam darah dengan laju.


Dup.. Dap..Dup.. Dap..


"we need to talk" ujar Tengku Qalif serius. Imanina melepaskan keluhan. Tahu apa yang ingin mereka bincangkan. Perlahan-lahan dia memandang Tengku Qalif.

"nak bincang apa?" tanya. Sengaja ingin bertanya. Hilangkan gugup di hatinya. Tengku Qalif tergelak. Jelas ketawa yang dibuat-buat. Membuang rasa sakit hati. Sudahlah imanina buat selamba je. Tiada rasa bersalah langsung.

"kita nak bincang fasal apa? Sayang boleh tanya. Seriusly" katanya. Walaupun bahasanya sudah kembali kepada biy sayang seperti selalu. Namun nadanya masih sama seperti tadi. Tiada kemesraam. Wahh.. Dia dah buat salah. Nak kena layan mesra-mesra lagi. Siapa je boleh tahan hati tengo isterinya makan bersuap-suapan. Dengan lelaki pula tu.

"what do you want?" tanya imanina. Tengku Qalif meramas rambutnya sehingga jadi serabut.

"I want you to explain everything." dengan wajah bengis Tengku Qalif mendekati imanina. Sabarnya semakin tipis.

"okey. Calm down" imanina cuba buat Tengku Qalif bersabar. Nafas ditarik.

"do you want me calm down after you do it. How could you?" tengking Tengku Qalif. Bengang imanina jadinya. Terjerit-jerit. Tak boleh cakap baik-baik.

"okey. Memang  abang luqman bos aku." bagitaunya.

"just that"

"abang luqman bawa aku keluar lunch salah ke?" sekali lagi terlepas tertawa Tengku Qalif dengan soalan imanina itu. Boleh tanya salah ke tak?

"memang tak salah. Tapi yang salahnya sayang keluar tanpa izin biy. Apa ingat biy ni tunggul ke dalam rumah ni" kata Tengku Qalif dengan suara masih ke ton yang meninggi.

"kita dah bincangkan sebelum kawin lagi. Kau buat hal kau. Aku buat hal aku" marah imanina mengingatkan janji Mereka.

"i don't care. Janji tak janji tetap bersalah seorang isteri keluar rumah tanpa izin suaminya. Perlu ke biy nak ajar lagi." Imanina mendengus kasar. Rimas dengan Tengku Qalif.

"kalau dah tak tahan sangat dengan perangai aku. Just ceraikan aku." baru saja luqman menegur hal percerain. Perkataan cerai itu sudah meniti kembali di bibir Imanina

"ingat senang ke biy nak ceraikan sayang macam tu je. Apa biy tak ada perasaan. Biy pun manusia. Ada perasaan. Pandai marah. Pandai nangis. Sayang tak adil dalam hal ni. Biy dah minta maaf. Buat macam-macam. Tapi still tak nak maafkan. Sebab apa?  Sebab sayang ego. Apa yang sayang dapat cipta ego tinggi-tinggi" pertanyaan itu berjaya membuatkan imanina diam. Tengku Qalif mencapai tangan imanina. Di usap lembut.

"i love you so muchh. Sayang tak nampak ke semua ni?" luruh saja Tengku Qalif bertanya. Memandang mata imanina dalam.

"biy tak kuat nak lepaskan sayang. Biy tak mampu. Biy perlukan sayang dalam hidup biy. Melengkapkan hari-hari biy. Pleasee.. Forgive me." rauh Tengku Qalif. Jatuh air mata imanina saat mendengar rayuan Tengku Qalif. Sungguh dia tak boleh dengar rayuan sebegitu. Tengku Qalif memeluk tubuh isterinya yang masih menangis teresak-esak. Di usap lembut belakang isterinya.

"i love you so muchh sayang. I really do. " pujuk Tengku Qalif. Imanina menyembamkan wajahnya di dada Tengku Qalif. Rasa tenang bila Tengku Qalif peluknya sebegitu. Rasa selamat sangat.

Lama mereka berkeadaan begitu. Hanya esakan imanina yang menjadi peneman mereka. Tengku Qalif Pula masih mengusap belakang isterinya. Setelah berasa sedikit bertenang imanina menolak perlahan tubuh Tengku Qalif.

"saya minta maaf. Saya tau saya salah buat macam ni. Tapi saya tak boleh kawal marah saya. Please lepaskan saya. " ujar imanina kali ini lebih sopan kerana tidak menggunakan bahasa aku kau. Tangan Tengku Qalif dicapai. Di cuim lembut.

"saya tak nak tambah dosa saya lagi. Please ceraikan saya." rayu imanina. Terus dia berlari masuk ke biliknya. Tengku Qalif mengeluh. Dia tak kuat lepaskan isterinya. Dia takut. Hidupnya tak lengkap tanpa imanina di sisi.









❤❤❤❤❤








"abang dah balik!" qaisara menyambut kepulangan suaminya daus. Tangan daus disalam. Dicium tangan kasar daus. Baru saja Dia mengangkat wajahnya. Tubuhnya dipeluk.

"i miss you so muchh sayang" kata daus. Ubun-ubun qaisara dicuim bertalu-talu.

"i miss you too" balas qaisara.

"mama mana?" tanya daus. Tangan isterinya digenggam sambil berjalan menuju ke bilik mereka. Memandangkan datin mariam keseorang dirumah ini. Mereka pun mengambil keputusan untuk tinggal bersama. Menemani datin mariam.

"mama tidur. Kepala dia pening" beritahu qaisara. Pintu dibuka terus saja daus merebahkan tubuhnya. Selesa hanya tuhan yang tahu.

"abang nak minum ke? Sara boleh buatkan" tanya qaisara.  Dia duduk disebelah daus. Butang baju daus dibuka satu persatu. Daus mencelik matanya. Pipi qaisara diusap lembut.

"tak naklah. Tapi abang rasa macam nak makan pula" berkerut dahi qaisara. Kening dijongket.

"nak makan apa? Kejap lagi sara masakkan" ujarnya. Daus tersenyum miang. Tubuh qaisara di bawa ke dalam pelukan.

"nak makan sayang boleh?" tanyanya dengan memek wajah yang miang. Merah terus wajah qaisara belum sempat dia menjawab daus terlebih dahulu mencium bibirnya rakus. Dada daus ditolak berkali-kali. Namun perbuatannya hanya sia-sia. Ciuman masih tidak dilepaskan. Tangan kecil qaisara  ditangkap dan digenggam ke atas.

Setelah puas mencium keseluruh bibir isterinya. Daus melepaskan. Tercunggap-cunggap qaisara mencari oksigen.

"sakitlah" marahnya. Apatahnya macam nak bengkak bibirnya. Kasar sangat.

"sorry. Siapa suruh bibir sayang mengoda sangat" jawab daus selamba. Bibir pula disalahkan. Wajahnya ditunduk kembali digomol-gomol geram seluruh wajah qaisara. Tertawa geli qaisara Jadinya.

"abang.. Geli lah.. " ujar qaisara. Daus melepaskan. Dia juga turut ketawa melihat wajah isterinya sudah merah.

"dah lah pergi mandi" arah qaisara. Tubuh daus cuba ditolak namun semakin ditolak semakin daus mengeratkan pelukan.

"kan abang kata nak makan sayang" ujarnya. Miangnya ya allah.

"nantilah. Siang lagi kut. Sabar sikit erk.. " kata qaisara mengelak.

"i want eat you now. " bentak daus. Wajah isterinya kembali dicium. Sehingga ke lehar yang terdedah itu. Akhirnya terpaksalah qaisara merelakan saja. Tak fasal-fasal nanti dapat dosa free pula kalau tak layan kemahuan suami. Layan kan ajelah. Janji bahagia.

Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now