bab 31

1.3K 35 0
                                        

Hari ini adalah hari dimana nelly akan masuk ke kerjanya semula. Allhamdulilah mak dia semakin sihat. Nelly duduk di mejanya sebelum menjerit gembira. Huwaahhh gembirnya.

"nellyyy... " siapa lagi yang memanggilnya kalau tak sofea. Belum sempat nelly pusingkan badannya. Tubuhnya sudah dipeluk erat.

"Uhukk.. Uhukkk.. " terbatuk-batuk nelly dipeluk oleh sofea. Ketat dohh.

"sofea kau gila ke? Ketat sangat wei kau peluk aku ni? Lepaslah.." marah nelly sambil memukul lenggan sofea yang berada di pinggangnya. Sofea tersengih. Pelukan dilepaskan.

"sorry.. Sorry.. Aku rindu bodoh dengan kau" ujarnya. Nelly tersenyum sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi semula. Sofea mengambil salah satu kerusi. Duduk mendekati nelly. Nak gosiplah tu. Tangan menongkat wajah. Memandang nelly. Kening diangkat.

"so macam mana cuti ni?" tanyanya ingin tahu.

"seronok sangatttt!!" kata nelly separuh menjerit. Sofea tergelak.

"mak kau dah ok?"

"allhamdulilah mak aku dah sihat." sofea mengangguk faham. Dilihat nelly yang masih tersenyum-senyum sendiri. Apa kes ni?

"kau dah kenapa weii.. " soalnya.

"kenapa?" tanya nelly semula. Kening dijongket namun senyuman masih tidak leka di bibir.

"kau kenapa senyum-senyum sendiri? Kau ok tak ni? Ke kena sampuk mana-mana jin?" gelabah sofea. Kepala nelly dipegang. Mulut terkumar kamit membaca surah. Entah surah apa entah. Nelly menepis kasar tangan sofea.

"kau asal? Aku ok lah!" marahnya. Sofea ketawa.

"dah tu? Kenapa senyum?" tanya sofea lagi. Masih ditopik yang sama. Well busybosy kut. Nelly kembali tersenyum.

"kau tau takk??"

"tak!"

"ishh.. Aku nak gitaulah ni!" rungut nelly. Sekali lagi sofea ketawa. Ayu sikitlah oii.. Sofea. Perempuan kut.

"ok. Apa dia?" tanyanya lagi. Kali ni dengan riak yang serius.

"kau nak tahu tak??.. " belum sempat nelly berkata lebih lanjut. Sofea terlebih dahulu menjawab.

"nak" nelly menjeling tajam ke arah sofea yang ketawa itu. Suka sangat main-main. Sofea menutup mulutnya. Tangan nelly digoyang-goyang.

"yalah.. Janji tak buat macam tu lagi" sofea memujuk siap akan tangan lagi. Tanda bersumpah.

"kau siap kalau buat macam tu lagi." ugut nelly. Ceritanya disambung semula.

"aku dah tunang weii" jerit nelly gembira. Sofea juga ikut berdiri. Dengan muka tak percaya.

"seriuslah" ujarnya masih tidak percaya. Yalah tak ada boyfriend. Tiba-tiba dah bertunang gilak tak terkejut.

"betullah.. "

"dengan siapa??" tanya sofea.

"kau kenal tak adam?"

Sofea menekup mukutnya. Tanda terkejut yang amat. Terbeliak dah mata dia. Dah nak keluar dah. Besar sangat. Lol.

"kau biar betik??" nelly ketawa sebelum mengangguk.

"member tengku tu ke?" soal sofea.

"yalah..."

"OMGGGG?!!!!" jerit sofea kuat. Tangannya dipukul.

"bisinglah.. Weii" ujarnya nelly sambil memandang sekeliling. Belum sempat perbualan mereka diteruskan. Tiba-tiba mereka ditegur. Automatik mereka berdiri tegak.

"hi nelly. Welcome back" sapa Tengku Qalif.

"tengku... Terima kasih" ujarnya nelly lembut.

"so how about your mom? She fine?"

"allahamdulilah. Mak saya dah sihat" kata nelly. Senyuman tidak leka di bibir.

"baguslah. " ujar Tengku Qalif. Nelly dan sofea berpandangan sesama sendiri. Peramah bebenor Tengku Qalif hari ni.

"and.. Congratulations" sempat Tengku Qalif mengucap tahniah. Nelly tersenyum malu tapi suka. Aihh.. Perempuan, perempuan.








❤❤❤❤❤







Imanina memasak maggie. Memandang hari ni dia cuma duduk di rumah. Yalah dah berhenti dari kerja PA sementara. Telur dipecahkan dan dimasuk kedalam kuali yang sudah terisi maggie. Mangkuk diambil.

"bismilahhhh.. " suapan demi suapan masuk ke dalam mulutnya. Serenok sangat makan maggie sambil tengo tv. jam dipandang. Sudah menunjuk jam 7 malam. Namun Tengku Qalif masih belum balik lagi.

Pintu terkuak.. Beru je sebut nama dah muncul. Imanina sekadar memandang sekilas wajah keletihan Tengku Qalif. Tiada langsung berniat ingin menyambut kepulangan suaminnya. Seperti pasangan suami isteri yang lain.

Perlahan-lahan Tengku Qalif duduk di sebelah imanina. Kepala dilentok di meja. Mata ralit memandang imanina.

"kenapa? Nak? Kalau nak sila masak sendiri erkk. Kan aku dah cakap makan minum kau aku tak nak ambil tahu" ujar imanina. Tengku Qalif masih tersenyum sambil memandangnya. Walaupun terasa hati dengan tutur kata imanina tadi. Namun dibuat seperti tiada apa yang berlaku. Kepala yang dilentok di meja tadi diangkat.

"macam mana hari ni? " tanya Tengku Qalid memecahkan kebisuan antara mereka.

"apa?" jawab imanina. Acuh tak acuh.

"dah dapat kerja?" tanyanya lagi. Imanina mengangguk.

"bila mula?"

"lusa" jawabnya sepatah. Tengku Qalif mengangguk. Imanina dilihat dengan pandangan sayu. Entah bila hari kebahagian mereka akan tiba. Hati imanina keras seperti batu. Semakin lama hatinya juga turut terluka.

"biy izinkan!" katanya tiba-tiba. Imanina mengerut kening.

"ada aku tanya kau ke nak izinkan ke tak? Kalau kau tak izinkan pun. Aku tetap nak kerja" kata imanina sinis. Tengku Qalif hanya tersenyum pahit. Bila lah agaknya dia dapat rasa kasih sayang isteri dia? Harap tak lama. Sebab takut hatinya tak kuat!

"biy just cakap je" katanya perlahan.

"tadi nelly dah masuk kerja. Alhamdulillah mak dia dah sihat. And.. Dia kirim salam tadi" bagitau Tengku Qalif cuba bermesra dengan imanina. Imanina hanya diam. Salam nelly disahut dalam hati.

"enjoy you food. Sorry kacau!" setelah berkata begitu Tengku Qalif terus naik ke atas tidak mahu menganggu ketenangan isterinya.

Nelly menghantar Tengku Qalif dengan pandangan mata. Sekeras-kerasnya pun Tengku Qalif masih berlembut dengannya. Malah turut meminta maaf walaupun dia tiada membuat kesalahan. Imanina akui Tengku Qalif seorang yang penyabar. Kalau orang lain ni confirm dah kena cerai.



Marah-marah SayangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang