Imanina masuk ke dalam bilik Tengku Qalif. Malam ini mereka terpaksa tidur di rumah datin mariam memandangkan banyak kerja yang hendak diurus. Lama dia memandang dirinya dipantulan cermin. Dia sendiri tidak tahu sampai bila hubungannya dengan Tengku Qalif begini. Hanya serahkan kepada allah sahaja. Imanina masuk ke dalam kamar mandi. Membersihkan diri.
Masuk saja ke bilik itu bayangan isteri tiada kelihatan. Mendengar pancutan air daripada kamar mandi meyakinkan Tengku Qalif isterinya berada di sedang mandi. Baju dibuka dan dilemparkan di bakul. Badannya terasa panas. Penat. Bantal diambil dan diletakkan di sofa. Tubuhnya dihempas kasar. Tangan diletakkan di dahi. Mata dipejam. Tidak sampai 15 minit kemudian. Degur daripada bibir Tengku Qalif kedengaraan. Ehmm.. Penat sangat ni.
Imanina keluar dari kamar mandi. Setelah mengambil masa 30 minit. Baju sudah sedia dipakai dengan tudung. Terkejut dia melihat susuk tubuh Tengku Qalif yang nyenyak tidur. Perlahan-lahan di duduk bersipu di sisi Tengku Qalif. Melihat dada Tengku Qalif turun naik menampakkan dia sudah dibuai mimpi.
Wajah Tengku Qalif dipandang lama. Tangan berjalan di wajah bersih itu. Dari kening yang lebat. Turun ke hidung. Dan turun ke bibir merah suaminya. Nampak sangat Tengku Qalif tak merokok. Senyuman terukir. Entah kenapa dia berasa sebak. Melihat qaisara dan daus bahagia. Membuatkannya ingin turut merasa kebahagian rumah tangga itu. Dia tahu dia mula jatuh sayang dengan suaminya. Tapi ditepis perasaan itu di sebabkan rasa marah yang melampau. Sejak pertama kali berjumpa dengan Tengku Qalif entah mengapa hatinya berdegup. Adakah itu di namakan cinta pandang pertama? Tengku Qalif mengeliat sedikit. Pantas imanina bangun menuju ke meja solek. Berlagak tenang.
Mata dicelik seketika. Dia rasa mimpi kali ini memang bahagia sekali. Bermimpi isterinya menyentuh wajahnya. Belaian yang lama di tunggu. Mimpi konon'-'. Padahal realiti. Wajahnya diraup kasar. Dia berdiri dengan malas menuju ke almari mengambil tuala dan terus masuk ke kamar mandi.
Imanina mengurut dada. 'nasib tak kantoi' bisiknya sendiri. Pipi ditampar berkali-kali. Memberi kesedaran dia ke alam nyata. Imanina berbaring di kantil empuk milik Tengku Qalif. Selimut di tarik hingga menutup wajahnya. Senyuman masih terukir dibibirnya. Bahagia dapat sentuh wajah Tengku Qalif.
❤❤❤❤❤
Pasangan pengatin baru itu turun dengan berpegang tangan. Mereka melabuhkan punggung di kerusi. Bersedia sedia untuk makan.
"lewat bebenor penggantin ni turun" usik Tengku Qalif dengan jelingan menyampah. Daus tersengih.
"dah nama pun penggantin baru. Mestilah. " ujarnya. Tangan dengan selamba menyedok nasi goreng untuk isterinya yang berada di sebelah.
"yalah. Mentang-mentang semalam malam pertama kan" usikan Tengku Qalif itu membuatkan qaisara tersedak. Daus menghulurkan minuman. Tangan mengusap perlahan belakang isterinya. Datin mariam sekadar tersenyum penuh makna.
"along ni. Tak senonoh betullah" marah qaisara. Tengku Qalif dijeling tajam.
"lahh dah kenapa? Salah ke? Dah memang semalam malam pertama korang kan.. " balasnya. Mata dikecilkan memandang qaisara.
"sara fikir lain erkk?" Sekali lagi qaisara tersedak.
"Uhukk.. Uhukk"
"kau ni dahlah usik bini aku. Tengo dah tersedak 2 kali. Aku tak naklah jadi duda awal-awal ni" seloroh daus terselit nada bergurau.
"amboiii.. Abang nampak sangat nak sara matikan" rajuk qaisara. Daus mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aduiii gurau pun tak boleh.
"gurau je lah" pipi qaisara di tarik manja. Habis merah.
"ishh.. Sakitlah" rengek qaisara.
"sorry" maaf daus. Terus pipi itu dicium sekilas. Semakin merah pipi qaisara. Membulat mata Tengku Qalif.
"woii.. Kau agak-agaklah nak sweet-sweet. Depan kitorang kut" marahnya. Daus tersenyum sumbing. Miang.
"alahh.. Kalau kau nak tu bini kau. Kiss je lah" selamba daus berkata. Mulut dimuncungkan menunjuk ke arah imanina. Terasa tangannya dicubit geram. Siapa lagi kalau bukan isteri kesayangannya, qaisara.
"aduihhh.. Yang.. Sakitlah"
"abang ni gatal lah. " rungut qaisara. Daus mengusap-gusap tangannya. Sakit woii bini kalau mencubit.
"gatal dengan sayang je" sakat daus lagi. Datin mariam ketawa melihat pasangan bahagia itu.
"makan.. Tak baik gaduh depan rezeki" arahnya. Dan suasana meja makan itu hanya ditemanin bunyi garpu dan sudu saja. Masing-masing menghayati makanan mereka. Amboii...over ye.
"nina dah kerja ke?" tanya datin mariam tiba-tiba sekali gus memecahkan suasana sepi itu.
"dah. Minggu lepas lagi" jawab imanina lembut.
"ok tak dengan kerja baru kat sana" tanya datin mariam lagi. Prihatin. Imanina mengangguk.
"ok je ma. Nina selesa je kerja kat sana"
"kalau ada masalah share je dengan mama. Insya allah mama akan tolong yang mana mama mampu" Katanya. Imanina sekali lagi mengangguk kepala. Dan suasana kembali senyap.
Jangan lupa vote tau guys. Maybe auto akan post 2 bab sehari. Kalau rajin 4 bab sehari. Hihihii.. Apa macam ejoy tak bab ni. Komen sikit

ANDA SEDANG MEMBACA
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...