Imanina mendukung maira. Sejak tadi lagi maira asyik berkepit dengannya yalah hampir 1 bulan mereka tidak berjumpa.
"luqman balik dulu ye pakcik, makcik" kata luqman. Imanina meneman luqman dan maira sehingga tiba dikereta luqman. Maira yang berada di dukungan imanina diambil.
"abang balik dulu..". Imanina mengangguk sempat dahi maira dicium.
"mommy nanti kita jumpa lagi boleh?" tanya maira. Imanina tertawa. Kepala sekali lagi diangguk.
"mestilah boleh. " jawabnya.
"nina take care ok. Any problem just tell me. " ujar luqman prihatin. Tak payahlah nak prihatin sangat suami dia ada. Betul tak?
"insya allah. Nanti datanglah lagi!" bukan main erk lembut suara imanina.
"okeyy!" imanina melambai tangan ke arah maira. Kereta itu dipandang sehingga hilang. Kaki melangkah masuk kedalam rumah Semula. Noraini yang duduk di sofa itu dituju. Aziz hsyam? Dah naik atas
Tidur."umi kenapa?" tanya imanina. Tangan tua itu digenggam. Noraini menggeleng kecil.
"tak ada lah.. "
"ye ke? Habis tu kena termenung je?" soal imanina lagi. Sejak tadi uminya termenung. Naik hairan juga imanina. Tetiba je uminya diam.
"ehmm.. Qalif dah makan?" persoalan itu membuatkan imanina melepaskan tangan uminya yang digenggam tadi. Keluhan dihembus kasar.
"biar jelah dia tu. Kalau lapar nanti pandailah dia turun makan. Siapa suruh mengada tak nak makan. Ehmm.. Padanlah muka" ujarnya selamba. Macam tak ada apa-apa jadi. Walhal Tengku Qalif tak nak makan pun sebab perangai dialah.
"tak baik tau cakap macam tu. Sepatutnya nina kena sediakan makan minum dia. " tegur noiraini.
"alahh.. Pandailah dia jaga diri. Bukannya dia budak-budak lagi. Semua nak urus bagai. " ehmm.. Imanina nak kata bodoh tak jugakan! Takkan lah hal macam ni pun nak kena ajar.
"nina..itukan dah jadi tanggujawab isteri. Habis tadi tu kenapa layan luqman macam luqman pula suami kamu. Siap cedokkan nasi lagi. Luqman tu pun bukannya budak lagi. Sama je dengan qalif. Kenapa nina tak boleh layan Qalif macam nina layan luqman? Kenapa?" desak noraini. Kesal dengan sikap anaknya yang langsung tidak mempunyai sikap bertanggujawab.
"abang luqman lain. Umi ni kenapa? Dah tak suka kat abang luqman? Sepatutnya qalif yang umi perlu marah?" Imanina mendengus kasar. Semak dengan uminya.
"apa yang lainnya. Umi bukannya tak suka luqman. Tapi cara nina layan qalif dengan luqman tu berbeza. Sepatutnya nina perlu layan qalif masa makan tadi. Bukan luqman. Nina sedarkan nina isteri siapa? Buat apa umi nak marah qalif pula? Dah allah tetapkan jodoh kamu dengan qalif macam tu. Reda jelah. " jawabnya panjang lebar. Imanina diam. Noraini berdiri sempat bahu anaknya diusap lembut sebelum naik.
"umi tau nina marah. Tapi ingat syurga dekat tapak kaki qalif."
❤❤❤❤❤
Imanina menjeling Tengku Qalif yang sedari tadi hanya memandangnya. Tapi langsung tidak dihiraukan. Saat punggungnya dilabuhkan di kerusi meja solek. Suara Tengku Qalif menegurnya sinis.
"serenok layan tunang tadi?" sindirnya. Mata tajam memandang imanina. Terkilan kerana imanina langsung tidak memujuknya. Masuk bilik buat tak tahu lagi tu.
"seronok!" balas imanina sepatah. Semakin membara api kemarahan Tengku Qalif dengan jawapan selamba imanina.
"biy nak tanya siapa suami sayang sebenarnya? Me or luqman?" tanyanya tidak puas hati. Imanina bangun.
"dah taukan. Buat apa nak tanya?" ujarnya. Tengku Qalif juga turut berdiri.
"baguslah kalau tahu biy ni suami sayang" kata-kata Tengku Qalif membuatkan imanina ketawa mengejek. Hairan Tengku Qalif memandang. Salah ke?
"ishh.. Perasan betul"
"habis tu biy siapa?" Tengku Qalif menyoal lagi.
"untuk pengetahuan kau. Aku tak pernah ada suami. Terutamanya suami yang bernama TENGKU QALIF" selamba saja imanina menuturkan kata-kata itu.
"walau macam mana pun sayang tak nak mengaku tapi sayang tak boleh nak lawan takdir. Bahawa TENGKU qalif inilah suami sayang!" Imanina mencebik.
"ehmm.. Memang pun tapi aku doa banyak-banyak supaya perkawinan ini cepat-cepat lah sampai penghujung" Imanina menadahkan tangan dan meraup dimukanya. Kononnya sedang berdoa.
"biy dah buat yang terbaik. Biy dah jumpa abah sayang. Biy dah terus terang. Apa lagi yang biy nak lakukan. Sayang kata nak kan abah sayang balik. Then biy dah bagi. Apa lagi yang biy tak buat? Sayang juga kata akan maafkan biykan. So mana kemaafan tu. You is liar." bentak Tengku Qalif. Wajahnya memandang imanina merayu.
"opss.. Aku terlupa satu lagi masa cakap benda tu dekat kau. So aku cakap lah ye sekarang. Memang abah dah maafkan aku. Satu lagi yang kau perlu buat" ujar imanina. Tengku Qalif mengangkat kening kanannya.
"ceraikan aku!" perkataan itu membuatkan Tengku Qalif tunduk memandang lantai.
"kalau yang tu biy tak boleh buat" katanya lemah.
"then aku takkan maafkan kau."
"biy akan buat sampai sayang maafkan biy" ujarnya yakin. Imanina senyum mengejek. Bantal ditepuk-tepuk tanda dia mahu tidur. Tudung masih tersarung. Sepanjang mereka sah bergelar suami isteri sekali pun imanina tidak pernah membuka tudungnya.
"aku tak kan terima kau walaupun kau berusaha macam mana sekali pun"katanya bantal disebelah dibaling ke arah Tengku Qalif. Mata ditutup rapat.
Perlahan-lahan Tengku Qalif berbaring dillantai. Maklumlah bilik imanina tidak mempunyai sofa. Terpaksalah tidur dilantai. Tanpa tilam dan selimut. Hanya bantal saja yang diberikan. Kurang ajar sungguhlah imanina ni. Tengku Qalif menyilangkan tangannya. Mata dipejam. Jahat tak jahat imanina ini? Nasib kaulah qalif.
YOU ARE READING
Marah-marah Sayang
RomansaTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...