Sejak kejadian di mana imanina menangis di dada Tengku Qalif. Imanina semakin hari semakin ingin mengelakkan diri. Tengku Qalif memicit kepalanya sudah seminggu imanina tidak mahu bercakap dengannya. Kalau dulu ada je benda yang nak di gaduhkan. Dia lagi suka imanina asyik marah-marah. Daripada senyap macam ni.
Tengku Qalif mengangkat punggung. Kaki laju saja berjalan ke bilik imanina. Misi memikat hati isterinya bermula.
Tokk.. Tok.. Tokk..
Lama Tengku Qalif menunggu sahutan namun masih sama juga. Hampir 2 minit. Sekali lagi ketukan di bilik imanina kedengaraan. Tidak lama kemudian timbul wajah imanina yang sedang mengintai di sebalik dinding dengan melilit tuala di kepalanya. Walhal bukan nya haram pun. Saat lafaz sudah dijatuhkan maka aurat imanina tidak perlulah ditutup. Suami dia kut.
"nak apa?" tanya diingin. Tengku Qalif tersengih seperti kerang busuk.
"jom kita balik rumah umi nak?" soalnya. Hanya dengan cara itu saja imanina bolehlah ada teman bercerita. Tak adalah nak berkurung je kat bilik tu. Turun bawah pun makan je. Lepas tu naik.
"betul ke ni?" tanya imanina lagi tapi kali ini tidaklah diingin tapi teruja.
"jomlah. Sayang siap-siap dulu. Biy nak kemas baju kejap."ujarnya sambil mengangguk kepala.
"berapa hari?" Tengku Qalif berfikir sejenak.
"sayang nak berapa hari?" tanya semula. Imanina pula terdiam.
"ehmm.. Seminggu ok?" Tengku Qalif mengangguk mendengar pendapat imanina tanda setuju. Terus saja kakinya melangkah ke bilik sebelah. Mengemas pakaiannya.
Berkali-kali Tengku Qalif memandang jam dipergelangan tangan. Sudah hampir 30 minit dia menunggu di ruang tamu. Kelibatan imanina masih juga tidak muncul. Keluhan dilepaskan. Entah yang keberapa kalinya dia mengeluh. Perempuan bersiap memang macam ni ke?
"sorry lambat.. " tiba-tiba suara imaniba menegur Tengku Qalif.
"dah siap. Jom" kata Tengku Qalif. Imanina mengangguk. Teruja nak jumpa abah dan uminya. Tengku Qalif membuka pintu untuk imanina. Setelah imanina masuk dia juga turut masuk ke dalam. Gear ditarik memulakan perjalanan.
"nak singgah mana-mana ke?" tanya Tengku Qalif setelah lama berdiam diri. Keretanya laju menyusur di jalan raya. Imanina yang memandang luar tingkap dikerling sekilas. Nampak gaya macam tak dengar je dia tengah bercakap. Jauh betul termenung.
"sayang... " panggil Tengku Qalif. Kali ini nada suaranya dinaikkan sedikit. Imanina pantas menoleh. Kening diangkat. Menadakan kenapa.
"nak singgah mana-mana ke?" ulang Tengku Qalif. Imanina mengeleng perlahan.
"menung apa?" Sengaja Tengku Qakif bertanya itu ini. Biar mulut tu membebel je. Tak senang duduk betullah kalau tak dengar suara imanina sehari.
"mana ada menung!" dalih imanina.
"habis tadi biy tanya. Tak dengar pun" ujar Tengku Qalif.
"jangan sibuk lah" kata imanina dengan rengusan kasar. Tengku Qalif hanya membalas dengan sengihan.
"kalau ada apa-apa masalah bolehlah bagitau dekat biy. Mana tau biy boleh tolong. Insya allah. " pesan Tengku Qalif. Imanina tidak membalas. Menyambung kembali memandang permandangan dari luar tingkap kereta mewah itu. Tengku Qalif juga turut diam. Tidak mahu menganggu isterinya. 'Mood lain macam hari ni maybe period kut.' bisik Tengku Qalif sendiri. Dan begitulah keadaan mereka. Sunyi sepi.
❤❤❤❤❤
Tergesa-gesa imanina turun dari kereta tidak sabar nak peluk uminya. Tengku Qalif sekadar mengeleng melihat isterinya yang sudah berlari masuk. Dia membuka pintu kereta dibelakang. Mengambil pakaiannya. Baru saja kaki melangkah masuk iPhonenya berbunyi. Diseluk masuk tangannya kedalam poket jean yang dipakainya. Panggilan disambut.
"walaikumsalam.. " sahut Tengku Qalif apabila talian disebalah memberi salam.
"kau kat mana ni bro!"tanya adam
"kat sini rumah mak mentua aku. Kenapa?" tanya Tengku Qalif. Hairan. Jaranglah adam nak call dia. Kecuali daus.
"boleh tak kau bagi nelly cuti seminggu?" tanya adam. Tengku Qakif tersengih. Patutlah call.
"kenapa nelly tak cakap je dengan aku sendiri?"
"dia takut lah.. "
"takut apa pula? Kau nak buat apa dengan nelly cuti. Tak nak pergi honeymoon. Kawin pun tak lagi" seloroh Tengku Qalif. Terdengar adam tertawa dengan usikan Tengku Qalif itu.
"adalah. Sibuk je. So boleh tak ni?" tanya ada lagi sekali.
"yalah. Oklah. Bye" belum sempat adam ingin membalas Tengku Qalif sudah mematikan panggilan. Kejam punya kawan.
"assalamualaikum.. " Tengku Qalif segera memberi salam. Kasutnya dibuka.
"walaikumsalam.. Masuklah" pelawa noraini. Menyambut kedatangan Tengku Qalif.
"umi sihat?" tanya Tengku Qalif. Tangan ibu mentuanya disalam.
"sihat.. " jawab noraini sepatah.
"abah mana umi?" Tengku Qalif meliar memandang sekeliling rumah. Cuba mencari susuk tubuh bapa mentuanya.
"keluar kejap" ujar Noraini. Tengku Qalif mengangguk.
"qalif naiklah kat atas. Umi nak pinjam nina boleh? Nak keluar beli barang dapur kejap" ujar noraini. Tengku Qalif memandang isterinya yang baru saja turun. Baju ditubuh imanina sudah bertukar. Mungkin sebab tulah dia naik. Tukar baju rupanya.
"jom umi. Lambat pula nanti" ajak imanina tanpa memandang Tengku Qalif.
"boleh je. Nak qalif temankan,?" kata Tengku Qalif. Noraini pantas mengeleng kepala.
"tak apalah. Qalif rehatlah. Umi boleh je jalan dengan nina ni. " tolak noraini lembut. Tidak mahu mengusahkan Tengku Qalif.
"kami keluar dulu ye. Nanti kalau lapar pergilah dapur. Umi ada masak tadi." pesan noraini. Imanina menarik tangan uminya. Tengku Qalif hanya mengeleng melihat karenah imanina. Tak sabar betul.
"hati-hati" jerit Tengku Qalif. Sempat dia melambai tangan dengan noraini. Kereta alza yang dipandu imanina terus keluar daripada garaj rumah itu.
Imanina sebenarnya pandai bawa kereta tapi kereta je tiada. Katanya malas nak bazirkan duit. Duit yang Tengku Qalif bagi setiap bulan pun belum disentuh. Sudah berkali-kali dia tolak supaya tak payah masukkan dia duit. Tapi Tengku Qalif tetap berdegil. Katanya tanggujawabnya. Sudahnya imanina sekadar membiarkan saja. Malas nak bergaduh entah bila jumpa penamatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Marah-marah Sayang
RomanceTengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membuat ramai yang takut akan sikap yang diingin. Siapa saja yang tidak mengenalinya..jutawan muda berumu...